Rabu, 15 Ogos 2012

Kisah Kehidupan Seorang Jejaka Bernama Hans

Hari nih gua dah tekad nak pergi buat MyKad baru sebab ada seorang kerani nih menyarankan gua ganti kad pengenalan gua tu waktu gua buka akaun Tabung Haji sebelum nih. Sebelum nih gua cadang nak pergi waktu pagi sebab nak jaga kulit gua yang 'putih' nih agar tidak lah gelap. Tetapi, seperti biasa gua merancang dan gua juga yang memusnahkan rancangan gua. Akibat kemalasan melampau maka gua pergi lepas Zohor! Panas habaqqq hangggg!!!!





Gua cari jaket buruk gua!! Cari punya cari baru gua ingat gua tinggalkan dekat rumah sewa gua sebab gua malas nak bawa balik rumah hari tu!! Argghhhh!! Akibat kepanasan cuaca yang melampau memang gua bawa motosikal laju gila hari nih! Habis segala lori ker basikal ker semua gua potong!! Sampai sudah gua dekat Jabatan Pendaftaran Negara dekat Anak Bukit tu lepas tersilap masuk jalan! Seronoknya tu gua baru ambil nombor giliran dan baru duduk tak sampai 5 saat! Alih - alih nombor gua dah dipanggil! Mungkin sebab tak ramai orang sebab sekarang kan orang fokus pada shopping raya! Gambar pun dah diambil dan gua berdebar - debar menanti wajah baru MyKad gua! Harap - harap kacak lah hendaknya wajah MyKad gua tu walaupun gua tak yakin langsung dengan apa yang gua taip nih! Hahaha!



Jangan Buat Pasai Muka Gua Jadi Lagu Nih!!! Hahaha!!


Lepas tu gua pun pergi lah Tesco Mergong! Hajat di hati gua nak singgah dekat Popular nak cari buku pasal Aung San Suu Kyi dan di waktu yang sama nak cari buku masakan Ketuk - Ketuk Ramadan Sheila Rusly(ini mak gua yang nak!!) tu tapi dua - dua gua tak jumpa. Akhirnya gua beli novel orang putih la. Tajuk apa tak tau! Cerita pasal magik - magik! Macam best juga lah tapi gua baru baca 5 muka surat. Hahahaha! Entah berapa tahun nak habis pun tak tau! Lepas tu gua pergi lah window shopping tengok baju - baju, seluar jeans, selipar raya dengan perfumes! Ooohh mak aihhhh!! Asal yang gua berkenan jer semua harga riban - riban!! Asal taste gua semua benda mahal nih?? Hahahaha!! Jadi, gua tengok jer lah sambil berharap agar duit jatuh dari langit atau ada perompak bank campakkan duit dekat gua waktu polis kejar mereka! Haihhhh!!!



Indahnya Hidup Kalau Duit Dalam Gambar Ini Adalah Duit Gua!!


Akhirnya apa yang gua beli selain novel orang putih yang entah bila gua nak habis baca tu ialah sesikat pisang! Hahaha!! Lama gila kut tak makan pisang!! Pisang emas ka pisang awak entah yang gua beli tapi janji sedap! Dimakan pula bersama aiskrim Paddle Pop malam tadi dan terasa diri gua seperti sedang terbang menuju ke Eiffel Tower di Paris!! Gua juga dapat satu berita yang belum pasti tetapi kemungkinan besar skop kerja gua lepas nih dengan kanak - kanak pula. Gua suka kanak - kanak tetapi dalam masa yang sama gua boleh jadi cepat marah dengan kanak - kanak nih. Tak tahu lah macam mana tetapi harap - harap jadi kenyataan dan kalau betul alhamdulillah sebab itu salah satu rezeki dalam kerjaya gua.





Apa - apapun, sebenarnya gua dah lama tak membebel dekat blog nih dan tiba - tiba terasa nak merepek pula tengah malam nih. Mungkin juga disebabkan gua masih termimpi - mimpi baju SODA kategori NEW ARRIVALS dan ini membuatkan gua kena pergi lagi sekali lah nampaknya untuk melihat dan mungkin membeli jika ia berbaloi. Hahaha! Okay lah!! Nantikan Hans Comix yang terbaru! Akan datang!! Tata!! Assalammualaikum dan salam sejahtera!!


P/S : Untuk Menjadi Bijak Maka Kita Perlu Rajin Mencari Ruang Serta Peluang Yang Mampu Membina Diri Kita Untuk Menjadi Seorang Yang Bijaksana Dan Berguna Kepada Agama, Ibu Bapa, Masyarakat Dan Negara! (^_^)Y


15 ulasan:

  1. hehe. .wat je muka poyo dlm mykad. .mcm sy. . :D

    BalasPadam
  2. Mykad aku buruk giler..rye ni nk wat baru juga la..

    *panjang betul cite mu kali ni kan hihi

    BalasPadam
  3. ohhh cik mama pun sepatutnya kena tukar mykad tu, dari sekolah ag mykad tu, huhuhhuuhh.. eh mak jemah last tu cik mama sukalaa tgok dia m'bebel, blablablabla.. hehehhee

    Selamat hari raya maaf zhir batin. ^_^

    BalasPadam
  4. ahah . mmg aku suka bca bebelan kau . smpai aku pulak ter-sesak nafas . :DD

    BalasPadam
  5. nak tukar mykad sampai sudah tak tukar lagi.

    BalasPadam
  6. aku igt ade la gmbar mykad baru ko kat sni..cissssssssssss

    BalasPadam
  7. haha, my kad anis muka darjah 6 lagi. tak taw nak buat yang baru bila :DD

    BalasPadam
  8. Kalau pergi pagi mesti lebih lama ko tunggu hans..sama mcm kat hospital and kat mn2..sbb semua orang igt pagi2 orang x ramai.haha

    BalasPadam
  9. den pun kena tukar kad baru, tapi malas nak gi lagi..huuh

    BalasPadam
  10. haha!
    2nd time wat mykad kt Jitra.
    naseb baik pakcik tua yg snap pic tu, kalau org muda? mau segan. haha

    last minit shoping mmg best.!

    BalasPadam
  11. Dan juga untuk geng bloggers!..he...he...

    BalasPadam
  12. skang baru aku tau yg sivaji tu warganegara malaysia.

    BalasPadam
  13. Haha , Mane Mykad kau yg sebenar ? ;) . Mak aih , taste kau ni memang yang mahal-II kan , ! HAha , nasib lah..

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com