Bertapa

Alhamdulillah gua dah sampai dekat bumi Aloq Setaq selepas 8 jam bertapa dekat dalam bas tu. Walawehhh!! Jalan sesak punya pasal sampai naik kematu punggung gua duduk dalam bas tu. Macam-macam peristiwa juga lah yang gua alami semalam.


Dekat Shahab Perdana Semalam! Hehehe!


1) Seorang perempuan cina terlepas bas dan cuba nak menumpang bas yang gua sedang naik tapi tak dapat sebab memang bas gua dah penuh. Gua kesian juga tetapi salah dia juga lah sebab masa bas gua sampai dekat perhentian RnR tu memang bas dia dah lama ada dekat situ. Bayangkan bas gua dah rehat dekat situ nak dekat sejam kut. Jadi, peringatan kepada sesiapa yang menaiki bas ekspress, kalau yer pun nak berjalan-jalan dekat RnR tu agak-agak lah yer! Bas selalunya takkan nak berhenti lama-lama sangat melebihi sejam. Kan tak pasal-pasal kena tinggal bas?




2) Salah seorang penumpang bas di belakang gua. Seorang India tetapi gua tak pasti India tempatan atau pelancong dari India. Agak kelakar kerana segala beg baju dia yang besar almari dia nak angkut masuk dalam bas. Lepas tu gigih dia nak sumbat beg dia masuk ke dalam tempat letak beg dalam bas tu tetapi masalahnya kalau dah tahu beg besar kenapalah tak letak dekat bahagian bawah. Adoiyai! Dah kena bising dengan driver bas. Hahaha! Lepas tu yang tak tahan dia tanya gua bila bas nih nak sampai ke Alor Setar dan gua jawab lah mungkin pukul 11 malam sebab jalan sesak kan. Speaking u'olssss!!! Tak sangka tiba-tiba lancar pula gua speaking dengan dia. Lepas tu muka dia pelik sebab kenapa bas nih sampai lambat. Helloooo!!! Dah jalan sesak lagi mau tanya ka? Lantak kau lah!! Hahaha!! Aku malas layan lepas tu aku enjoy makan jagung dalam bas. Hahah!





3) Sebelah aku pula ada sepasang kekasih dari benua Arab. Memang betul cakap housemate aku yang baru balik dari sana. Orang Arab nih cakap biasa-biasa jer tapi bunyi macam nak gaduh. Mak aihhh!! Hingaq gila nak habaq maiii!! Aku rasa macam nak sumbat ja beg baju aku dalam mulut depa bagi diam teruih!! Hahahaha!! Nasib dua orang Arab nih tak kena tinggai bas macam kes 1 dekat atas tu. Orang bagi rehat 30 minit tapi depa bantai sampai sejam. Gila betoi!! Panas hati sungguh aku semalam!! Hahaha!




Itulah antara pengalaman yang gua alami semalam sepanjang naik bas dari Puduraya ke Alor Setar. Jadi, sekarang sedang menikmati hari cuti di rumah dengan gembiranya. Nanti gua update lagi yer! Assalammualaikum!


20 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. *ini bukan komen racism (lebih pada sikap)

    pernah naik bas dari melaka sampai kluang. kat belakang (betul-betul belakang aku punye tempat duduk) satu family india naik bas. ade dalam 4-6 orang jugak.

    sepanjang perjalanan dekat 3 jam tu telinga panas, rase nak bernanah dengar die orang berbual.

    bual kuat-kuat.
    tak reti hormat orang lain dalam bas.

    penumpang lain ade yang sengaja batuk kuat2 nak sound. senyap sekejap je.

    Bila turun satu keluarga tu (dah nak sampai kluang). rasa tersangat aman damai suasana dalam bas.

    Kalau ade sivaji dalam bas tu, dah lama kena lipat semua tu

    BalasPadam
  2. setakat ni saya naik bas takde kena lagi macam tu :)

    BalasPadam
  3. hehe..macam2 ragam di bas..

    kalau kat komuter lagi banyak rasanya ragam dia..

    BalasPadam
  4. cek nak habaq mai pulak ni, kalau ada jer orang yang macam tu dalam bas yang hang naik sekali, better hang sumbat earphone dngar mp3 xpon tido usah nak layan buat sakit hati jer

    BalasPadam
  5. Nur Fauzi : owh..tu semalam pun ada tapi sebab dah biasa sebab dah selalu ada jer orang macam tu jadi dah imune...hahaha

    Cik Tia : kamu bertuah :-)

    Qarr : haha..aku naik komuter setakat nih pengalaman best2 jer

    Jal : earphone tak ada..mp3 rosak pula...so terpaksa la menghadap dengar...hahaha

    BalasPadam
  6. Sepanjang perjalanan banyak pula kerenah dan ragam manusia ..haha..

    buat masa ni , situasi macam ni blum pernah rasa plak.. >_<

    BalasPadam
  7. haha...sabor ler hans..kihkih~ pengalaman kan... dulu aku dah selaalu..T__T

    BalasPadam
  8. Dalam train pun sama..hahaha

    BalasPadam
  9. Uiiii...cam tu ke kalu naik bas, syok kan mcm2 ragam manusia..macam dalam drama le pulak..Cam ne pun mmg rindu sgt nak naik bas..

    BalasPadam
  10. 8 jam? mak aih~itu semua cobaan... kata sedang bertapa kan? kan? kan? hehe

    BalasPadam
  11. bukan setakat bas ekspress pon gini, bas biasa pon sama

    not being racist

    penumpang india selalunya mmg mcm ni.
    suka cakap kuat2, pasang lagu kuat2 mcm dorg je ada lagu.pftt

    even tgh naik moto pon mereka boleh berbual dgn kuat (dgr apabila berenti kat trafik light). #sigh

    sabar je la.

    BalasPadam
  12. Oyeah , Skrang kat Alor star ke ? Gua baru balik kelantan semalam Dari Alor Setar jugak . Kezin kahwin kat sana . :D .

    BalasPadam
  13. mujur tak de tukar2 bas.akak dulu dari jb ke perak mesti sampai kl je kena tukar bas..menyampah betul.

    BalasPadam
  14. lama x p kedah..kalau nek bas mmg memacam ragam...blum lg kalau jumpa org nak muntah...adussss

    BalasPadam
  15. tergelak gelak baca post ni thankyouuu

    BalasPadam
  16. Standard la kalau benda mcm ni jadi time nak berjalan jauh. tang nak menunggu tu paling tak tahan kan. Haha..

    Happy holiday bro! :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama