Khamis, 20 Disember 2012

Hermit Crab



Lepas gua balik dari cabaran Fear Factor Blogger dekat Sunway Pyramid yang gua KALAH tuuuuu...Hahahaha!!! Jadi, malamnya gua pergi ker Downtown Cheras dengan housemate dan seorang member gua. Temankan diorang nak beli kasut lah baju lah! Sampai jer dekat sana gua pekena dulu cucuk-cucuk steamboat dekat tepi jalan tu. Dekat 8 cucuk jugalah gua sebat! Semua warna bebola tu merah-merah jer - Ketam, Udang, Ketam, Udang! Walaupun alergik ketam tapi malam tu bantai jer mengketedarah makan! Muahahaha!!


Terbaikkkk!!!


Nak dijadikan cerita tengah dok sakan berjalan dok tengok kasut la, lampu la, cadar Liverpool lah...tiba-tiba gua terpandang satu ciptaan yang bagi gua cukup unik dan mengagumkan pada ketika itu. Gua dok tenung lah dalam akuarium tu sambil tak sedar tercakap sedikit kuat,"Menatang apa pula dalam nih hah? Eh? Eh? Dia gerak lah!!" Kemudian terus tauke kedai tu datang terangkan dekat gua pasal haiwan yang comel nih.


Comel! Comel! Comel!


Namanya Hermit Crab @ Umang-Umang dan harganya RM25 seekor. Gua selalu jer jumpa umang-umang nih dekat pasir tepi pantai tapi semua kecil-kecil jer. Tapi kali nih memang comel lah! Memang gua jatuh cinta sama ini Hermit Crab! Tauke kedai kata nak jaga si 'Hamid' nih tak susah. Bagi makan 5 butir nasi pun dah cukup! Hahaha! Katanya si 'Hamid' nih :-




1) Suka makan buah atau sayur macam lobak merah.

2) Habitat dia dekat tempat yang kering. Jadi, kalau nak boleh letak pasir dekat tempat tinggal dia(akuarium).

3) Kena bagi dia mandi paling kurang sekali seminggu.

4) 'Hamid' nih tak boleh hidup sorang-sorang. Kena ada 'Hamidah' sebagai peneman dia. Hahaha!

5) Kena sediakan air masin juga sedikit dan letak dalam bekas kecil dekat tempat tinggal dia. Garam yang nak masukkan dalam air pula tak boleh garam yang kita guna untuk masak tu. Kena guna garam bukit.

6) Kena beli cengkerang 'spare' yang lebih besar supaya nanti kalau si 'Hamid' nih dah besar dia boleh tukar cengkerang dia. Cengkerang nih ibarat baju lah bagi golongan macam 'Hamid' nih.

7) 'Hamid' nih aktif pada waktu malam. Jadi, sebab tu tempat tinggal dia kena beli akuarium yang bertutup. Kalau tidak karang waktu malam dia 'fly' pula pergi merantau ke dapur ker tandas rumah pula. Hahahaha!


Setakat ini itu jer lah yang gua tahu pasal si Hermit Crab nih. Jadi, memang gua dah pasang niat nak mula memelihara si 'Hamid' nih bermula awal Januari tahun depan. Insyaallah! Sebenarnya. Hermit Crab nih dah lama dah popular sebagai haiwan peliharaan @ pets sekitar tahun 2006 tapi gua pula baru berpeluang jumpa dan menikmati keindahan ciptaan Allah nih depan mata lebih dari 5 minit. Hehehe! Kalau gua berpeluang bela si 'Hamid' nih nanti gua akan update lagi dekat blog gua nih. Sekian!


P/S : Tengah Fikir Nama Untuk 'Hamid' Dan 'Hamidah' Yang Bakal Gua Beli Nanti! Hehehe! (^_^)Y


11 ulasan:

  1. aduyai.. benda pon ada org bela ek.. selalu kan banyak kat pantai tuu :)

    BalasPadam
  2. si lampu neon : ramai jer bela kalau tak memang tak ada orang jual..dekat pantai tu banyak tapi bukan semua orang tinggal atau pergi ke pantai hari-hari :-)

    BalasPadam
  3. Pernah nampak jugak jual kat The Mall depan PWTC tu...tempted jugak waktu tu nak beli,nasib nak travel jauh je,kalau tak memang dah beli... unik kan binatang ni...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum dan salam ziarah, lama gila tak ber'blogwalking' blog makin hensem, hans makin menawan. haha :D btw, umang2 tu memang comel doe..

    BalasPadam
  5. si hermit ni bukan macam si crab dalam spongebob squarepant tu ka???

    BalasPadam
  6. Letak jela nama hamid & hamidah.. setel mslh..hehe

    BalasPadam
  7. Hanih Borhan : yups..memang unik :-)

    Anwar Naim : tq :-)

    Khairul Hassan : (^_^)

    Kniedaz : bukan..mr crab tu memang sah2 ketam..hahaha

    Akhelaken : xmau lah!!! hahahaha!!

    BalasPadam
  8. Waaha , Comell siot . Apa beza Hamid & Hamidah tu ? Err , Senang sangat jer nak jaga kalau camtu . Muahaha .

    BalasPadam
  9. Hehehe...memey senang sngt nak jaga dia...pstu klo da hlng mulelh klm kbt cri.. sbb dia ska duk lam gelap...bess ada hermit crab...saya da ada 3 ekor...so anda plk bila lg? :D

    BalasPadam
  10. Hi hermit crab lovers! need a new shell for your cute little growing hermiy? http://more.sh/home4hermitcrab

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com