Selasa, 18 Disember 2012

Malaysia Fear Factor House Challenge - Versi Blogger



Pada 15 Disember 2012(semalam) berlangsung sudah Malaysia Fear Factor House Challenge -  Versi Blogger yang diadakan di Sunway Pyramid. Alhamdulillah kerana buat pertama kalinya aku dapat join event yang dianjurkan oleh pihak Nuffnang serta Astro ini. Seramai 30 orang blogger terpilih untuk menyertai cabaran ini dan berpeluang mencabar ketakutan masing-masing melalui 4 cabaran yang diberi.


Aku Tak Takut Pun So Aku Senyum Jer Lah!! Hahaha!!


Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh 30 orang blogger ini ialah :

1) Mencari 3 biji guli di dalam tanah/selut/lumpur yang dipenuhi cacing dalam masa 30 saat

2) Memindahkan beberapa ekor katak ke bekas lain dalam masa 60 saat

3) Mencari 3 bendera di dalam bilik yang cukup gelap dalam masa 60 saat

4) Mencari kunci di tempat yang dikelilingi ular dalam masa 60 saat


Keputusan Malaysia Fear Factor House Challenge Blogger Version - Sumber Gambar   


Kepada sesiapa yang berjaya menghabiskan kesemua cabaran dengan masa yang terpantas akan membawa pulang hadiah yang memang terbaik lah.


Juara : Macbook Pro & RM1500

Naib Juara : Canon EOS 650D kit (DSLR)

Ketiga : The New Apple iPad 64GB


Kalau dah tengok gambar pemenang tu tak ada muka aku dan memang sudah terang lagi menyuluh lah yang aku kalah!! Lepas tu jangan tanya macam mana perasaan bermain semua cabaran tu. Malu cheq nak habaq haihhh sebab...sebab...tanya lah blogger lain yang masuk! Hahahaha!! Tapi yang seronoknya semalam sebab sebab dapat jumpa dengan ramai blogger yang antaranya memang dah lama aku kenal dekat dunia blog tapi tak pernah berjumpa macam Pena Berkala , Bro Eyriqazz dan Amir Nawawi. Kemudian dapat pula kenal dengan Belia Muda, Mady dan Kak Ayu(memang kelakar betul akak nih..hehe!) dan apa yang boleh aku cakap depa semua nih memang ramah dan terbaik lah. Yang lain-lain tu pun bukan main kecoh, gila-gila dan sempoi nak habaq mai tapi aku lupa pula nak ambil nama blog masing-masing. Hehehe!!!  





Nasib lah walaupun kalah tapi dapat jugalah hadiah ole-ole dari pihak Astro. Hahaha! Apa-apapun, bagi aku ini adalah salah satu pengalaman yang memang menarik dalam sejarah aku terlibat dalam dunia blog sebab dapat merasai suasana sebegini. Terima kasih kepada semua blogger yang sudi bertegur sapa semalam dan terima kasih juga kepada si juara Kifli kerana sudi belanja kami semua makan tengahari. Semoga berjumpa lagi kalian semua. Assalammualaikum!


P/S : Jangan Lupa Saksikan Fear Factor Selebriti Malaysia Di Saluran Astro Ria(104), Pukul 9 Malam Pada 29 Disember Ini! (^_^)Y


11 ulasan:

  1. kah3.. akak rasa tuan punya blog neh lagi kelakau.. tqvm sudi backlink blog akak.. harap2 berjumpa lagi di events akan datang...

    BalasPadam
  2. Tak apa bro biasa lah first singgah kot hehehehe.. tapi lepas ni leh singgah selalu and comment ok harap dpt jmpa lagi kat event lain ok.. thanks bro..

    BalasPadam
  3. nice entry uols :)
    harap dapat jumpa di event yang akan datang :)

    BalasPadam
  4. ada versi bloger plk.. bestnye.. bila on air ni

    BalasPadam
  5. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Tidak ada yang namanya hari yang tidak penting dalam kehidupan manusia ini. Setiap saat berharga.

    BalasPadam
  6. sebab fear factor la kita boleh bersua muka bro
    cayalah, 4 taun kenal baru first time jumpa face to face

    BalasPadam
  7. x sempat tegor2, tp next event kita join okeh! :)

    BalasPadam
  8. eden dah agak siapa no. 23 akan menang coz no. spm eden dulu tu..hahaha.....

    BalasPadam
  9. Dapat hadiah pertama sure best kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. mau tak best kalau menang
      hahaha

      Padam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com