Khamis, 27 Disember 2012

Mustafa Kamal Ataturk



Tajuk Novel:
Mustafa Kamal Ataturk


Karya:
Abdul Latip Talib


Bilangan Muka Surat:
403


Harga:
RM21.25


Sinopsis:

Dia bapa sekularisme Turki. Lelaki yang memusnahkan institusi khalifah Islam. Dia lelaki yang membawa Barat ke Turki dengan menolak Islam. Dia lelaki yang memberi kisah, untuk kita renungkan, bagaimana murahnya maruah agama apabila dunia menjadi matlamat.

Ulasan Hans:

Aku membeli buku ini disebuah kedai buku di dalam Puduraya selepas membeli tiket bas tempoh hari. Aku tertarik apabila melihat wajah kulit buku serta judul yang tercetak pada buku tersebut - MUSTAFA KAMAL ATATURK. Aku telah mendengar nama ini sejak kecil lagi dan apa yang aku tahu ialah mayatnya tidak diterima oleh bumi dan dia ialah seorang yang amat kejam namun hanya itu sahaja yang aku tahu dan ini membuatkan aku tidak berfikir panjang untuk membeli novel ini bukan sekadar sebagai koleksi tetapi juga sebagai salah satu bahan bacaan yang insyaallah memang bermanfaat pun sebenarnya.

Membaca apa yang telah dilakukan oleh manusia bernama Mustafa Kamal Ataturk ini adakalanya mampu membuatkan kalian sedih apabila mengetahui segala bentuk kekejaman serta kejahatan yang telah dilakukannya bukan sahaja terhadap orang Islam di Turki tetapi sebenarnya terhadap seluruh umat Islam di muka bumi ini. Selain daripada itu juga, terdapat juga sejarah tentang Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya menawan kota Konstantinopel setelah sekian lama umat Islam berusaha menyebarkan Islam di sana. Dan bagaimana dengan mudahnya si Ataturk ini memusnahkan segala usaha yang telah dicapai oleh Sultan Muhammad Al-Fateh ini hanya dalam sekelip mata sahaja. Banyak lagi perkara menarik yang terdapat di dalam novel ini tetapi adalah lebih jika kalian sendiri yang membeli dan membacanya sendiri.

Novel sejarah ini sememangnya menarik dan amat bermanfaat untuk kita semua hayati dan muhasabah diri. Jadi, aku menyarankan agar kalian semua sudi - sudilah melabur sedikit wang kalian untuk membeli novel Mustafa Kamal Ataturk ini sebagai salah satu bahan bacaan anda semua sebab ada banyak perkara yang apabila aku amati selepas membaca sememangnya banyak perkara yang kita boleh belajar sama ada tentang kehidupan, peranan ibu bapa, cara mendidik, ketaatan kepada agama dan banyak lagi yang insyaallah mampu membuka atau menyedarkan hati kita walaupun sedikit. Apa - apapun, selamat membaca kepada sesiapa yang belum membaca atau membeli lagi novel ini. Memang terbaik!!



P/S : Ada Lagi 2 Buah Novel Lagi Yang Perlu Dibaca! Hehehe! (^_^)Y


15 ulasan:

  1. same la ngan aku hans..
    taw yang dia do something kat turki cuma tak taw in detail..
    nanti nak carilah novel tu..
    thanks for the review..

    BalasPadam
  2. rajinnya...

    Dah lama kot tak baca novel..!

    BalasPadam
  3. novel ni memang ikut susur galur sejarah yg sebenarnya...?

    tapi dia ni klu org bercakap pasal dia mmg x ada yg baik2 semua yg buruk2 jer...haha

    BalasPadam
  4. buku lelaki . *menguap* hahaha

    best baca sejarah :) tpi hati ni tertarik pda novel cinta . haha

    BalasPadam
  5. Ada baca review dia kat bloggers yg lain..dah lupa siapa bloggers tu. Tapi bila baca kita jangan emosi sgt sampai tentukan tempat dia di akhirat nnt..itu semua urusan DIA. :)

    BalasPadam
  6. Haha . Memang minat baca novel . tapi novel alah budak-II & novel jer kot . kalau pasal Sejarah , mau nya tertidur tengah membaca . baca bku teks sejarah pom dah naik muat , ni pulak baca novel sejarah . Haha .

    Good hobby btw . Keep it up . :D

    BalasPadam
  7. buku sejarah tulisan pak latip memang best. wajib beli hehehe.

    BalasPadam
  8. dia ni lah musuh Islam.. kalau tak salah aku, masa dia mati, bumi tak terima jasad dia ni..

    BalasPadam
  9. pernah baca tentang kekejaman dia ni kat blog solihin zubir.

    BalasPadam
  10. thanks hans atas info tentang buku ni..

    BalasPadam
  11. kalau novel mcm ni akak suka..real story..yg cintun2 ni lemah sikit..

    BalasPadam
  12. salam kenal..menarik buku ni..akan dicari =)
    http://www.mamayayang.blogspot.com

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com