Isnin, 31 Disember 2012

Sorotan 2012 Dan Juga Entry Terakhir Hanspunyablog Untuk Tahun Ini

Alhamdulillah! Tahun 2012 bakal berakhir lebih kurang beberapa jam sahaja lagi. Memang tahun ini tahun yang agak mencabar dari segi emosi dan mental sebab banyak pengalaman pahit dan menyedihkan yang aku alami terutama di dalam mencari pekerjaan tetapi tidak kurang juga pengalaman manis dimana banyak kejayaan atau kepuasan diri yang aku peroleh serta bertambah ramai orang yang aku baru kenal dan menjadi kawan aku. Alhamdulillah! Jadi, disini aku kongsi gambar - gambar dan sedikit penerangan untuk gambar - gambar tersebut yang berlaku sepanjang tahun 2012.



Lepak bersama kawan-kawan baik sejak diploma selepas aku selesai menghantar laporan akhir praktikal aku atau dengan kata lain telah jadi graduan cuma tak konvo lagi masa nih. Sebelum aku lepak dengan mereka nih juga aku ada pergi satu temuduga tergempar yang dah menjanjikan aku pekerjaan tetapi rupa-rupanya aku tertipu dengan mereka. Siap bagitahu aku tarikh aku akan mula kerja! Suruh aku cari rumah sewa bagai dekat situ! Betapa geramnya aku waktu tu sebab gara-gara syarikat tu konon-konon dah confirm nak hire aku jadi aku dah tolak 4 interview lain. Memang 4 bulan juga lah aku menganggur mencari kerja! Serius sampai sekarang aku menyumpah syarikat tu! Jadi, pengajarannya selagi korang tak dapat offer letter maka jangan terpedaya dengan janji-janji manis orang yang temuduga korang tu. Pergi jer mana-mana temuduga!



Hari konvo aku jatuh pada bulan Mei 2012. Disebabkan waktu tu rasa-rasanya dalam kelas aku yang lebih 30 orang tu cuma aku seorang jer yang masih menganggur memang buat aku rasa stress, malu, sedih dan pada mulanya memang aku tak nak pun pergi konvo aku tu. Serius! Aku memang tak semangat langsung nak pergi! Tetapi, atas pujukan dan kata-kata semangat dari kawan-kawan baik dan keluarga aku jadi aku gagahkan diri juga pergi dan alhamdulillah memang ada hikmah aku pergi sebab dekat sini lah rakan sekelas aku tanya aku berminat tak nak bekerja dengan syarikat yang dia kerja. Alhamdulillah!



Ini team rakan sekerja aku yang pertama. Mereka datang dari pelbagai latar pendidikan. Pada mulanya memang sedikit kekok dan aku lebih suka menyendiri tetapi alhamdulillah akhirnya aku menjadi salah seorang yang terlebih becok. Baru korang tau aku nih hingaq sebenarnya! Hahaha! Mereka nih sebenarnya antara rakan-rakan sekerja yang aku memang tak boleh lupa sebab memang banyak membantu aku dari segi kewangan dan sokongan moral sebab maklumlah mula-mula kerja memang duit tak banyak. Lagipun disebabkan masalah kontrak aku lambat siap jadi memang gaji aku dapat lepas habis aku kerja. Dua bulan beb kerja tanpa gaji! Bayangkan! Mencabar emosi aku ohh nak pergi melepak ker karaoke ker tengok wayang ke atau beli baju sebab duit tak ada! Gila kan? Nasib lah waktu tu tempat tinggal dan makanan free! Hehehe!!



Kali terakhir aku pergi stadium untuk menonton perlawanan bola sepak ialah masa aku sekolah rendah. Tengok pasukan Kedah lawan Perak. Hahahaha! Ini pun sebab aku dapat tiket free Malaysia lawan Arsenal jadi memang aku pergi lah dengan semangatnya! Lama tak rasa kepuasan menjerit kegirangan kerana pasukan yang disokong meledak gol sampai tak ada suara nak habaq mai! Hahahaha! Memang terbaik lah!!



Hahahaha! Sebenarnya sangat seronok bekerja dengan team nih! Sempoi! Tak ada nak pening kepala atau emosi tak tentu pasal. Sibuk-sibuk aku bersama mereka pun kami masih ada masa untuk melepak dan mencari ketenangan serta melarikan diri daripada kesibukan kerja. Ini ialah hari terakhir rakaman program dan boleh dikatakan hampir separuh daripada rakan-rakan sekerja aku ini telah menyambung pelajaran dan bekerja di tempat lain. Memang banyak pengalaman dengan mereka nih dan serius rindu nak lepak ramai-ramai dengan mereka! Hohohoho!!



Buat pertama kalinya di bulan Ramadhan, aku sanggup beratur panjang semata-mata nak beli Air Teh Bunga yang memang sangat-sangat terkenal yang dijual dekat Bazaar Ramadhan Stadium Darul Aman tu. Walawehhhh!! Ramai orang nak habaq dekat hang!! Mau dekat 40 minit juga lah aku beratoq dekat situ! Siap boleh dok menyembang sekali dengan orang-orang yang turut sama beratoq semata-mata sebab air teh bunga tu! Walaupun panas terik tapi kami dibekalkan payung oleh tuan punya kedai. Jadi, tak ada lah rasa penat pun! Hahahaha!



Hahhhhhhhhh!!! Tahun nih aku dapat banyak kad raya dari blogger-blogger! Tak sia-sia tunggu posmen lalu depan rumah hari-hari. Terima kasih kepada semua yang sudi menghantar kad raya kepada saya. Yang best tu siap bagi aku duit raya lagi tu! Terbaikkk!!!



Dekat atas tadi kan aku cakap aku kerja 2 bulan tapi gaji tak dapat lagi sebab masalah kontrak kan? Jadi, habis kerja aku bercuti raya dulu dan korang boleh bayangkan tak apa yang aku buat bila duit gaji dapat seminggu sebelum raya menjelang? Hah! Nikmat weh bila beli barang pakai duit sendiri! Hahahaha!! Tersangat gembiranya membeli dan membelah tahun nih! Yang tak tahan tu ini lah raya pertama aku siap bersampin ohhh! Hahahaha!!! 



Pertama kali aku dapat tengok proses orang yang membuat tatoo di badan atas urusan kerja. Fuh! Agak ngeri juga sebenarnya dan kepada sesiapa yang beragama Islam adalah haram untuk membuat tatoo yer. Satu pengalaman baru lah yang aku dapat hari tu apabila melihat proses membuat tatoo nih.



Hahhhhhh!!! Aku sebenarnya tak suka sangat bergambar dengan artis(yer ker?). Cuma kalau aku rasa artis tu macam aku minat ker atau keluarga aku minat jadi aku pergi lah ambil gambar dengan artis-artis nih. Tapi Dato Jalaluddin Hassan nih memang sempoi pun jadi aku pi lah ambil gambar dengan dia lepas habis rakaman program. Hohoho!!



Yeahhhhhhhh!! Pertama kali dalam hidup aku jejak kaki dekat FRIM. Kawan aku lah ajak teman dia pergi sana. Katanya masuk contest apa kebenda entah. Kena snap gambar-gambar dekat situ. Aku pun teman jer lah dia. Nohoroommmmm(nampak tak tercarut kejap dekat disini! Hahaha!)... rupa-rupanya nak kena mendaki bagai! Can U imagine...aku pakai jeans kut!! Jeans tu ketat sikit dekat bahagian paha(nampak tak kantoikan diri dah gemuk secara sengaja?)....Adoiyai! Serius aku pancit! Nak melangkah tu dah rasa macam kaki tak ada pun yer juga!! Gila betul! Memang mulut aku memanjang bisinglah dekat kawan aku tu! Pandai-pandai lah kau tadah telinga dengaq aku hingaq! Akhirnya, berjaya juga aku habiskan pengembaraan aku tu! Rasa-rasa hilang la kut 10 kilogram hari tu! Hahahahaha!!



Pergi menonton Anugerah Blockbuster dengan kawan aku. Enjoy sebab ada Zizan dan Afdlin Shauki. Itu jer lah kut! Tak tau nak tulis apa pasal benda nih! Hohoho!!!



Macam biasa lah tugas setiap tahun pergi ambil daging korban dekat surau. Hahahaha! Tahun nih cepat pula mereka sembelih. Aku sampai-sampai semua dah settle! Kalau tak boleh juga aku tengok seekor dua lembu tu kena sembelih. Bagus ramai anak-anak muda pelapis join hari tu untuk sembelih lembu. Alhamdulillah!



Hah! Selalunya restoran mamak nih jadi tempat lepak aku dengan team aku. Kebetulan malam tu lepak sekali dengan Imam Muda Asyraf yang datang sekali dengan blogger Hami Asraff tu. Lama aku tak jumpa bro Hami Asraff tu. Alih-alih terjumpa pula malam tu. Hohoho! Disebabkan restoran nih agak cekik darah jadi kemungkinan besar tahun 2013 nanti tempat lepak akan ditukar ke kedai makan yang lain kut. Hahahaha!!!



Yeahhh!! 1st time aku join event blogger yang dianjurkan oleh nuffnang! Hahaha! Agak berdebar-debar juga sebenarnya sebab yang aku tahu join cuma blogger Pena Berkala jer. Rupa-rupanya ada lah lagi 2-3 orang yang aku kenal dan secara tak langsung hari tu aku dapat menambah kawan-kawan blogger aku. Banyak juga sebenarnya dugaan yang berlaku dekat aku sebelum tiba event nih. Hampir-hampir aku tak dapat join tetapi memang dah takdir aku dah tertulis yang aku join benda nih. Sayangnya kalah pada 1st stage sebab tak jumpa lagi satu batu. Memalukan! Hohoho!



Lepas event Fear Factor untuk blogger tu maka aku lepak dengan blogger-blogger nih. Kesian kawan aku kena tunggu sejam sebab aku lepak dengan diorang nih pun nak dekat sejam juga. Apa-apapun, menarik juga lah lepak dengan blogger-blogger yang baru aku nak kenal nih. Kui3!



Ini pula ialah team kerja aku yang baru. Sekarang aku sedang bercuti dan selepas nih akan bersambung kerja dengan team yang sama untuk program yang sama. Suka, duka, letih, gembira dan macam-macam lagi yang aku peroleh untuk kali ini. Harap tahun 2013 akan menjadi lebih baik untuk aku dan mereka. 


Jadi, itulah antara sorotan peristiwa hidup aku sepanjang 2012 nih yang aku ingat dan ada gambar untuk diletakkan! Okay! Inilah entry terakhir pada tahun ini! Jadi, berjumpa lagi ditahun hadapan(budget macam lambat lagi jer tahun 2013). Hehehe! Terima kasih kepada semua yang sudi follow, baca, komen, singgah dan menjadi sahabat kepada Hanspunyablog! Assalammualaikum dan salam sejahtera!


42 ulasan:

  1. tahniah hans!! teruskan,, hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih...doakan yang terbaik untuk insan bernama Hanis nih :)

      Padam
  2. teruskan usaha :) moga bermakna 2013

    BalasPadam
    Balasan
    1. usaha akan diteruskan..amin..terima kasih :-)

      Padam
  3. wahh..memang meriah..
    semoga tahun 2013 akan dtg bertambah meriah ye..^^V

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah...doakan yang terbaik untuk Hans yer :-)

      Padam
  4. mcm2 event nmapk hans

    tula rase kejap je mse berlalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups....masa memang cepat berlalu skrg..cuma waktu malas masa terasa lambat..hehehe

      Padam
  5. seronoknyee dapat join banyak event :D
    Nak jugakkk !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..banyak? event apa jer? satu jer pun..haha

      Padam
  6. penuh dengan aktiviti menarik..lets hope 2013 akan jadi lebih baik dari 2012..happy new year bro..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups..semoga 2013 ada gambar dari luar Malaysia pula
      amin :-)

      Padam
  7. wah..bergambar dengan artis...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha.....banyak lagi tapi letak satu je..eh? hahaha

      Padam
  8. menarik sungguh perjalanan 2012 kamu. ni nak tanya...teh bunga tu memang sedap sangat ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. entah...
      den minum sedap jer lah
      ada juga kata sedap
      ada juga kata biasa
      ada juga kata tak
      ikut selera masing2 kut...
      hoho

      Padam
  9. selamat tahun baru 2013... moga terus sukses....

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat tahun baru juga..
      amin :-)

      Padam
  10. fuhh. dah lama tak join mana-mana blogger event. sumpah rindu nak gather2 macam dulu. hehe~

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu pun boleh join sebab event fear factor tu...hehehe

      Padam
  11. walaweih...heheh selamat thn baru.semoga dilimpahi rezeki yg melimpah ruah n ceria2 selalu :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah..doa2kan yer..terima kasih :-)

      Padam
  12. Bukan main seronok dia punya gambo ye?
    Semoga tahun depan lebih berjaya hendaknya Hans.

    Sedapnya teh bunga.

    -kak6- zy

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah...
      mudah-mudahan doa sis dimakbulkan :-)
      amin

      Padam
  13. Moga sama-sama kita terus maju, riang dan ria untuk tahun 2013 nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaallah
      doakan yang terbaik untuk semua
      amin :-)

      Padam
  14. hahahaha.kes ko sama macam kes aku. dulu aku pernah kena tipu. konon jawatan yang gempak, last2 masa aku masuk kerja, rupanya aku kena jadi salesman.siot betul

    BalasPadam
    Balasan
    1. at least ko dapat kerja...
      aku nih tiba2 dia kata tak jadi nak hire..
      memang aku mencarut sudah...
      geram wehhh!!!
      nasib sekarang dah kerja...
      alhamdulillah :-)

      Padam
  15. best best..kenangan jgn dilupaaaa..:)

    BalasPadam
  16. ko ingat jgk eh kenangan2 tu, byk tu... hehe.. smoga tahun depan akan lebih bermakna dari tahun nih... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab semua nya dalam tahun 2012...so boleh lah ingat :-)

      Padam
  17. program imam muda dah tak sambung ke? hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...ada rezeki ada lah kut Imam Muda 4

      Padam
  18. nampak macam gembira lebih banyak dari duka jer 2012 punya cerita?

    selamat menyambut tahun baru bro :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang duka buang jauh2...
      yang gembira ku kenang selama2nya
      hehehe

      Padam
  19. pengalaman yg menarik kan so tahniahlaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah semuanya best2 :-)

      Padam
  20. selamat tahun baru 2013 hans..wah banyaknya pic.hans dgn retis..jeles mama..gurau je ek..semuga tahun baru ini hans diberkati & dimurahkan rezeki olh Allah..amin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat tahun baru juga sis
      semoga hidup kita diberkati dan dimurahkan rezeki oleh Allah
      amin :-)

      Padam
  21. Hans kerja apa hans? Jumpa Dato Jalaludin Hassan tu dia ada bagi beras x? Nanti boleh chef hans ajar masak nasi pulak.hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerja biasa jer Dezee... :-)
      hahaha..tak ada bagi beras pun..keh3
      owh...eh, okay juga idea tu...
      nanti chef Hans kembali untuk ajar cara masak beras..
      tapi bila Chef Hans masak beras lah..
      Chef Hans serius pakar masak nasi putih...
      bukan semua tahu masak nasi tau...hehehe

      Padam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com