Ahad, 3 Mac 2013

Broga Hill

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Walawehhhhh!!!! Pagi Sabtu bersamaan 2 Mac 2013 maka terciptalah sejarah bahawasanya Hans berjaya tiba di puncak Bukit Broga bersama rakan-rakan seperjuangan sewaktu belajar di UiTM dahulu. Yeahhhhh! Alhamdulillah sebab bagi orang-orang yang amatur dan pertama kali mendaki seperti gua nih maka memang ini merupakan satu pencapaian yang boleh dianggap menggembirakan lah! Hehehe!

Disebabkan Hans dan rakan-rakan lain tinggal berjauhan jadi kami semua berjumpa di sebuah tempat yang ditetapkan. Rakan-rakan yang lain tidur dulu di rumah sebelum berjumpa tetapi gua tak tidur lah sebab kalau gua tidur memang tak bangun lah jawabnya. Hahaha! Jadi, Hans dan rakan-rakan tiba di tempat meletak kereta di Bukit Broga pada pukul 4.30 pagi dengan bayaran RM2. Disebabkan hari ini hari minggu jadi memang ramai betul manusia dekat sana walaupun hari masih lagi kelam.

Jadi, apa yang diperlukan sewaktu mendaki semestinya lampu suluh, sedikit ubat-ubatan, air minuman dan pastikan pakaian anda bersesuaian dengan aktiviti mendaki ini. Jadi. pengembaraan Hans bersama lima orang rakan Hans pun bermula!! Yeahhhh!!!


Cabaran kami semua bermula apabila salah seorang daripada rakan Hans mula keletihan dan pening kepala sehingga muntah-muntah. Jadi, tips yang Hans nak beri dekat sini ialah sebelum mendaki pastikan anda jangan makan makanan yang terlampau berat atau dalam kuantiti yang banyak untuk mengelakkan terjadinya kes sebegini. Alhamdulillah, selepas segala khazanah di dalam perut dikeluarkan oleh rakan Hans nih maka dia kembali bersemangat meneruskan perjalanan. Terbaik!!!


Hans dan rakan-rakan tiba di kawasan pertengahan Bukit Broga ini. Sebelum tiba disini, kami berenam sempat membantu salah seorang wanita daripada satu kumpulan dimana si wanita ini hampir pitam. Walawehhhh! Agak cemas juga sebab dikatakan wanita tersebut menghidap asma dan kesilapan utama disini ialah si wanita tadi tidak menjamah sebarang makanan sebelum datang untuk mendaki dan kesilapan kedua ialah apabila kumpulan wanita ini berpecah dan wanita ini tertinggal di belakang. Jadi, perjalanan kami terhenti seketika dan kemudian apabila semua sudah kembali normal maka kami berenam meneruskan kembali misi kami untuk menawan puncak Bukit Broga. Yeahhhh!!!


Yeahhhh!! Bergambar kenangan dulu sebelum meneruskan misi ke atas sana! Memang susah nak ambil gambar kami berenam tetapi nasib tangan rakan Hans tu panjang. Terasa macam waktu zaman belajar dulu-dulu pula! Hehehe!


Masyaallah! Subhanallah! Indahnya langit dari puncak Bukit Broga! Alhamdulillah kerana akhirnya kami berenam tiba juga di puncak walaupun sedikit terlewat daripada sasaran kami sendiri disebabkan beberapa insiden seperti yang Hans beritahu di atas tadi. Syukur kerana cuaca sangat baik dan tanah juga kering. Kalau hujan memang menjawablah nak nak naik ke atas! Hehehe!


Betul cakap rakan-rakan Hans! Hari minggu memang ramai betul manusia mendaki dan apa yang menarik bukan sekadar remaja mahu pun warga emas sahaja yang mendaki tetapi turut ada kanak-kanak yang comel ditemani ibu bapa yang gemar melakukan aktiviti lasak seperti ini. Memang seronok!


Yeyeyeyeyeye!!! PUASSSSSSSSSS!! Kalau waktu belajar dahulu memang ramai rakan-rakan yang ajak Hans datang ke sini tetapi masa dahulu keyakinan diri Hans kurang untuk melakukan aktiviti lasak macam nih! Tetapi, mungkin disebabkan sebelum ini Hans pernah terlibat dalam aktiviti Skytrex dan alhamdulillah disebabkan kejayaan tersebut barangkali yang membuatkan minat Hans terhadap aktiviti-aktiviti macam nih kian menebal. Sedang merancang untuk melakukan aktiviti paragliding di Bukit Jugra pula lepas nih! Yeahhh!!


Dah lama tak jumpa rakan-rakan seperjuangan masa menuntut ilmu dahulu. Memang seronok sebab boleh bergosip-gosip dengan mereka nih dekat atas puncak Bukit Broga tu! Hahahaha! Seronok bila dengar kisah mereka yang masing-masing berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing! Terbaik!!!!


Hans cukup suka menyaksikan perubahan warna langit dari atas puncak Bukit Broga nih. Dari warna hitam yang pekat bertukar menjadi kebiruan dan kemudian berubah kepada kemerah-merahan. Syukur kerana dapat menyaksikan keindahan dan keunikan landskap langit ciptaan Allah ini! Alhamdulillah!


Lalang nih walaupun sedikit tajam dan menggatalkan kulit tetapi demi sebuah gambar maka redah jer lah! Hahaha!! Dah macam cover album zaman belajar dulu pun ada! Hahahaha!!


Sekali pandang gambar nih nampak macam masing-masing nak terjatuh pun ada. Hahaha! Memang aktiviti Hans dan rakan-rakan dekat atas tu bergambar sebanyak mana yang boleh sebelum turun ke bawah. Tak boleh turun lewat-lewat sebab bila hari cerah kalau duduk dekat atas tu mahu rentung kami semua sebab ramai kata panas bila dah masuk tengahari. Hehehe!!


Hans menyemak kejap dekat belakang! Mana boleh mereka bergambar tanpa gua!! Eh? Kau siapa Hans? Penting ker? Hahaha! 



Waktu untuk kembali semula ke bawah! Bagi Hans sebenarnya untuk turun ke bawah adalah lebih sukar daripada naik ke atas. Mungkin sebab gua tak suka tempat-tempat yang curam nih. Berada di tempat yang tinggi tak menjadi masalah tetapi untuk bergerak di kawasan-kawasan yang curam memang bikin hati gelisah seketika. Hahaha!


Hans minta tolong abang mana entah untuk ambil gambar kami berenam. Terima kasih kepada abang tersebut. Memang satu aktiviti yang menarik. Riuh rendah daripada belum sampai, waktu mendaki, waktu menuruni bukit hinggalah ke tempat letak kereta. Seronok dapat bersama dengan rakan-rakan lama iaitu Ina, Atin dan Deja serta mengenali dengan lebit dekat rakan-rakan baru iaitu Sara dan Edwin. Korang berlima memang terbaik dan sempoi!


Sebelum masing-masing pulang ke rumah tu maka kami berenam pun makan lah nasi lemak dekat sebuah gerai tepi jalan. Memang terbaik! Sambal sotong! Hati! Rendang daging! Semua sedap! Tak sia-sia singgah makan dekat sini! Alhamdulillah!



Mendaki bukit bukannya lama,

Khusyuk melihat mentari pagi,

Selamat tinggal Bukit Broga,

Ada rezeki Hans datang lagi.


P/S : Nak Buat Paragliding Lepas Nih Kalau Ada Peluang Walaupun Terasa Agak Cuak! Hahaha!! (^_^)Y


48 ulasan:

  1. wah bestnya hans dpt mendaki broga hill dgn kawan2 !!.. :)

    BalasPadam
  2. syoknya..

    btw..cntik watermark 2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tengok lah sapa yang design kan
      :)

      Padam
  3. tahniah sebab berjaya ke puncak broga.... saya pun x pernah sampai situ lagi... huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      boleh lah pergi cuba tengok bro :-)

      Padam
  4. tahniah hans coz berjaya naik & turun dgn jayanyer :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      terima kasih Nisya :-)

      Padam
  5. Tengok gambar pun dah rasa kenyang.Kalau pegi panjat rasanya terus rasa 'oh tak sangka!tak sangka!' haha. anyway, nice experience here :)

    BalasPadam
  6. bestnya lepak dengan kekawan...
    btw, broga tue dekat gila dengan rumah aku...
    uhuhuhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..
      tapi tak pernah pergi ke bro?

      Padam
  7. cantiknya pemandangan kat sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      sebab tu kena mula mendaki pagi-pagi buta

      Padam
  8. Subhanallah..cantik tempat nie.. Hr 2 ada rombongan nak daki bukit nie, tapi sya xdapat p. rugi.. rugi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak apa
      boleh pergi lain kali

      Padam
  9. Waahh bestnyaa..akak mmg suka mendaki ni..cuma xberkesempatan lg

    BalasPadam
  10. teringin nak naik brogaa!!! :D

    BalasPadam
  11. waaaaa..kita pun teringin sangat nak mendaki.biarlah ada pengalaman sekali..sob3 -___- duduk je kat bangi,tak menyempat nak pergi sana. uhuk uhuk uhuk jelesnya dia dah pergi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      pergilah minggu depan

      Padam
  12. Ooooo... tak pernah daki situ. Bulan 4 ni aku nak daki gunung/bukit berembun. Mahu ikut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bulan 4 teman busy kerja yob
      hohoho

      Padam
  13. SubhanaAllah...cantiknyaaa..!
    Teringinnya nak pergiii..!

    BalasPadam
  14. wish to go Broga Hill one day too~

    Regards,
    http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

    BalasPadam
  15. bestnye..teringin wooo nk naik broga nih..tp tade partner..sobs..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cari jer member2 blogger
      mesti ada punya nak join :-)

      Padam
  16. dah pergi baru nak mengajak ae???

    eh2 semua baru la kat sini..purple2 gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      yups
      wajah baru semua :-)

      Padam
  17. bestnya! teringin nak pegi. bila la agaknye. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergi lah hujung minggu nih :-)

      Padam
  18. macam ada blogger buat entry pasal bukit broga ni, siapa ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      ramai blogger pergi Bukit Broga untuk bulan nih dan bulan lepas

      Padam
  19. Hati bukan xingin hans..tapi xder member yang sama level nk naik benda macamni.ada pun level advance..kacau diaorang jer bila tinggal belakang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau gerak berkumpulan tak kisah kumpulan tu expert or tak
      kena bergerak sama2 juga
      sebab itu namanya aktiviti berkumpulan :)

      Padam
  20. best ek kat sana....sempat sembahyang subuh tak kat atas bukit broga? sementara menunggu mentari pagi naikkk...

    BalasPadam
  21. Tak pernah lagi sampai bukit broga ni. Tapi tu lah dah terlampau ramai mesti jadi tak best...

    BalasPadam
    Balasan
    1. entah...okay jer sebab saya suka tengok gelagat orang :-)

      Padam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com