Kalau Tak Nak Cakap Lah

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Sebenarnya gua tak tahu nak update apa dekat blog gua nih! Tapi sebenarnya gua banyak benda nak update! Eh? Apa gua cuba sampaikan nih? Hahaha!! Baiklah! Gua nak kongsi sedikit pengalaman gua sewaktu menemuramah orang-orang awam dekat luar sana.

Macam biasalah manusia nih ada macam-macam ragam. Ada yang tak nak masuk televisyen lah! Ada yang buat-buat malu tetapi dalam hati mahu! Ada yang memang tak ada masalah untuk muka mereka masuk televisyen! Hahaha! Gua tak kisah sangat pasal semua tu sebab kalau yang tak mahu gua pun tak boleh nak paksa kan! Tetapi, paling gua BENGKEK tu bila ada sesetengah manusia nih menipu gua! Diulangi!! MENIPU GUA!! Hahaha!


Macam contoh ada seorang mamat nih! Gua nampak dia dari jauh jadi gua pun pergi lah terjah Mamat A nih! Mamat A nih tengah jalan dengan anak dia! Jadi, gua pun cakap lah gua nak temuramah dia kejap :-

Hans : Assalammualaikum abang! Saya dari sekian sekian...! Saya nak interview abang sekejap jer berkenaan sekian sekian....

Mamat A : Oh..nak tanya pasal apa yer?

Hans : Saya nak tanya pasal....bla bla bla..jadi apa pendapat abang?

Mamat A : Hurmmm...boleh tak kalau kejap lagi abang jawab sebab nak bawa anak abang nih pergi toilet! Dia nak kencing! Dah tak tahan dah nih! Boleh tak?

Hans : Oh! Okay! Kalau macam tu tak apa lah bang! Abang bawa lah dulu anak abang pergi toilet!

Mamat A : Nanti abang datang balik yer! Sekejap jer!

Hans : Okay! No problem!

Yer lah tu!!!! Sekejap konon! Padahal entah mana Mamat A tu pergi pun gua tak tahu lah!! Haihhh!! Apalah susah sangat! Kalau tak mahu bagitahu jer tak mahu!! Kan senang! Jadi, gua pun pergi lah temuramah orang lain pula hinggalah tiba-tiba gua ternampak balik Mamat A tu lalu dekat kawasan gua interview tu dengan anak kecil dia. Gua tahu Mamat A nih memang dah tipu gua tadi jadi saja gua nak pergi terjah dia lagi nak tengok apa pula cubaan menipu dia kali nih. Hahahaha!!!

Hans : Abangg!! Abang!! (Muahahaha!)

Mamat A : Oh...Hah! Yer yer! (Muka Blur)

Hans : Abang! Penat saya tunggu abang! Hah! So, dah boleh lah nih saya nak interview abang?

Mamat A : Hurm..Oh! Awak! Boleh tu boleh dik tapi anak saya nih macam mana? Duduk tak diam budak nih!

Hans : Tak apa bang! Kita rakam muka abang jer! Anak abang tak nampak pun!

Mamat A : Tapi saya takut kalau nanti anak saya nih buat perangai!

Hans : Yer ker? (gua tengok anak dia relaks jer dekat tepi dia!)

Mamat A : Macam nih lah! Saya hantar anak saya nih dekat isteri saya dalam kedai tu kejap! Lepas tu saya keluar balik untuk awak interview saya.

Hans : Owh, okay! okay! Saya tunggu tau abang! (Puiiiiiiiii! Kejap toilet! Kejap anak! Kejap isteri! Propaganza betoi lah Mamat A nih!)

Lepas tu gua pun sambung lah interview orang lain sampai lah habis kerja gua dan sampai ke sudah tak ada pun si Mamat A tu keluar! Haihhh!!! Rasa macam nak lempar bom jer kalau jumpa dia balik! Hahahaha! Gua bukan apa! Gua tak nafikan memang bukan semua suka wajah mereka terpampang dalam televisyen tetapi adalah lebih baik dan afdal daripada awal lagi bagitahu saja gua kata lu tak mahu muka lu keluar televisyen. Gua pun bukan jenis nak memaksa sampai pegang-pegang kaki lu macam dalam filem Bollywood tu. Haihhhh!!



Kesimpulannya, jangan menipu orang lain yer sebab takut nanti sikap dan perangai tu turun dekat anak yang melihat kita nih menipu orang. Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi atau tertumpah ke lantai. Jadi, ini antara pengalaman gua sewaktu bertanya dan menemuramah insan-insan yang terpilih. Hahaha! Sekian! Assalammualaikum!

P/S : Tiba-Tiba Gua Seronok Pula Dengar Bunyi Lan Tooducckkk Nih!! Hahaha! (^_^)Y


26 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Pakcik A tu segan sangat nak masuk tv..huhu..tapi bagitahu ja awal2..senang..ayoo..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      tak kisah segan ke tak
      tapi geram sebab dia tipu jer
      hahaha

      Padam
  2. Balasan
    1. yups
      sabar jer
      kalau tak sabar memang dah simbah asid dekat dia
      hahaha

      Padam
  3. ToooDUCK! hahahaha.... lawak la hans ni.. apapun, bila teringat cerita ni, rasa meremang bulu roma.. geli.. hahahaha

    BalasPadam
  4. Nama wa Kakak Gengster tapi orang
    panggil wa Kakak Sopan. Wakaka apa
    wa menyemak dekat blog lu ni Hans?

    Okayy mehh wa menyibuk sikit naa kann.
    Wa memang cukup pantang dengan species
    jenis ni. Mintak kaki namanya haaa -_-

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukti gangster?
      tokak itik macam dalam Rock Oo ke?
      hahaha

      yups..memang minta kaki dan tapak kaki
      hohoho

      Padam
  5. hehe..pi cari org lain la interview...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      memang cari orang lain
      tunggu mamat tu alamatnya tak siap la kerja
      haha

      Padam
  6. Dah kerja kita hans..sabar jer la k.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kerja memang dijalankan
      cuma si mamat tu tak perlu nak menipu
      just cakap tak nak..itu dah cukup
      itu tanda dia hormat kerja kita juga :-)

      Padam
  7. Byk2 bersabar la hans...itu la org2 Malaysia sebenarnya...yg dikatakan ramah-tamah, bertimbang rasa, saling membantu, menghormati yang lain...kat negera lain x mcm tuh...huhuhuhuhu...(mesej ini dibawakan khas oleh Kementerian Belai & Sukan)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      dah tak boleh pakai dah slogan ramah tamah dan saling membantu tu
      hahahaha

      Padam
  8. biasalah tu, asam garam dunia penyiaran

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      asam garam gula kopi dunia penyiaran tu

      Padam
  9. pernah gak rasa situasi mcm ni.. semata2 nak cari responden tuk siapkan projek akhir diploma 10 tahun lepas.. mcm2 kerenah manusia dapat kita lihat.. kalau tak nak cakap je lah, ni tak macam2 alasan.. huhuu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      kalau yang buat perangai tu orang tua Hans tak kisah sangat
      tapi kalau yang muda2 tu yang buat bengkek tu
      hahaha

      Padam
  10. Bapak punya stail senang je, ko kekwat sgt, xde hadap aku nk kasi ko publisiti murahan sampai kiamat! hehehhe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      sama lah kita sebenarnya
      cuma saja nak test nak tengok apa pula idea bohong dia
      hehehe

      Padam
  11. Huhu, banyak orang bnyak ragam betull.

    BalasPadam
  12. haha. kelakar
    sepatutnya smash je muka dia


    p/s: cara lan todak cakap mcm org mabuk je. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      kalau dah ada bulu tangkis ke ping pong ke memang dah lama smash
      heheheh

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama