Ahad, 17 Mac 2013

Konsert Gegar 5 Lagenda

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Pada malam 14 Mac 2013 yang lepas Hans berkesempatan menonton Konsert Gegar 5 Lagenda yang dibarisi oleh lima orang otai rock tanah air era tahun 1980-an dan 1990-an yang memang cukup gah dan tidak dapat disangkal lagi dari segi kehebatan vokal mereka iaitu Rahmat Mega, Zamani, Aris Ariwatan, Ali Terrarossa serta Saleem. Persembahan mereka diiringi oleh strings Orkestra Simfoni Kebangsaan(OSK) dan pada malam tersebut mereka berlima menyanyikan hampir 35 buah lagu khas untuk penonton-penonton Konsert Gegar 5 Lagenda.


KONSERT GEGAR 5 LAGENDA

Tarikh:
15 - 17 Mac 2013

Masa:
8.30 Malam

Lokasi:
Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur

Tempat duduk Hans berada di barisan paling strategik iaitu di hadapan dan harga tiket untuk kawasan tempat duduk tersebut berharga RM250. Memang gua rasa gembira dan cukup teruja untuk menonton persembahan lima orang lagenda rock tanah air yang cukup hebat di hadapan mata sendiri. Lagipun memang gua minat pun dengan lagu-lagu hits mereka berlima nih! Yeyeeaaahhhhhhh!!!

Rahmat Mega! Zamani! Saleem! Ali Terrarossa! Aris Ariwatan! Semua nama besar dalam lagenda rock tempatan! Memang tak rugi beb menonton persembahan mereka berlima nih! Terbaik gua cakap sama lu der!! Serius puas hati!

Rahmat Mega yang memang awet muda dan bijak mencuri hati penonton dengan lawaknya tampil menyanyikan lagu-lagu popular beliau secara medley iaitu lagu Mega Cinta, Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara, Suara Cinta dan Nina Karina untuk persembahan pertama. Vokal Rahmat memang.....Pergghhhh!! Terbaikkkkk!!!!!

Persembahan daripada Zamani memang dinanti-nantikan oleh Hans dan Zamani memilih tiga buah lagu untuk disampaikan untuk persembahan pertamanya di Konsert Gegar 5 Lagenda iaitu lagu Buat Seorang Kekasih, Kembali Merindu dan Jika Kau Rasa Getarnya. Suara Zamani memang sama seperti dahulu. Rasa tak puas menonton persembahannya tambah-tambah gua memang minat lagu-lagu nyanyian Zamani nih.

Serius! Hans amat kagum dengan vokal dan persembahan yang cukup mantap dan memukau daripada Ali Terrarossa yang menyampaikan lagu-lagu yang memang menjadi nyanyian gua dan rakan-rakan zaman-zaman sekolah dulu seperti lagu Teman, Semangat Yang Hilang dan Sakinah. Memang sambil menyanyi tu dalam masa yang sama teringat lah memori-memori dengan kawan-kawan sekolah, ponteng kelas, bekas awek...eh? Hahaha!!

Persembahan daripada Aris Ariwatan pun memang cukup mempesona gegendang telinga Hans. Empat buah lagu dipersembahkan Aris pada awal persembahannya iaitu Pertama Dan Selamanya, Nyanyian Rebah, Korban Cinta dan Di Kala Asmara. Fuh! Memang layan beb dengar Aris menyanyi! Suara emas betul!


Saleem mengakhiri persembahan pembukaan konsert dengan gurau sendanya yang boleh tahan kelakar serta lagu-lagu yang dekat dihati peminat-peminat rock iaitu lagu Satu Kesan Abadi, Hakikat Sebuah Cinta, Gerhana Cinta Luka dan lagu yang cukup digemari oleh ramai penonton iaitu Blues Terengganu Kita. Suara Saleem memang jangan cakaplah. Memang terbaik habis dan kadang-kadang tu gua terasa macam nak naik atas pentas pergi menyanyi dengan dia sekali. Hehehe!

Persembahan kedua dimulakan oleh Aris Ariwatan dan ini antara persembahan yang dinanti-nantikan oleh Hans. Mana boleh diam bila lagu-lagu popular Aris seperti Lamunan Terhenti dan Permaidani dinyanyikan sendiri dihadapan mata gua oleh Aris Ariwatan! Fuh! Memang Hans pun dengan selambanya ikut menyanyilah walaupun gua tahu yang suara gua tak sedap! Hahaha!! Terbaiklah Aris! Haih! Sampai sekarang gua dok teringat lirik lagu Permaidani malam tadi! Syahdu betul!

Perrrggghhhhhh!! Persembahan lagu Bunga Angkasa daripada Ali Terrarossa memang sumpah terbaik!! Walaupun dah berusia tapi vokal Ali mengalahkan orang muda! Memang serius terbaik! Ini semua lagu-lagu gua zaman remaja nih! Hahaha! Layan! Layan!

Lagu yang menjadi juara Anugerah Juara Lagu 1991, Takdir Dan Waktu pula menjadi pilihan untuk dinyanyikan oleh Rahmat Mega! Fuh! Meremang beb bila dengar Rahmat nyanyi lagu nih! Teringat pula bekas kekasih zaman-zaman cinta monyet bila dengar lagu nih! Eh? Hahahaha! Lepas tu sebuah lagu yang Hans memang suka dan nanti-nantikan daripada Zamani untuk dinyanyikan iaitu lagu Gerimis Mengundang. Disebabkan waktu tu gua memang sedang menjiwai lagu tu jadi terlupa sudah nak ambil gambar! Hahahaha!! Terbaik beb lagu-lagu Zamani!! 

Akhirnya, bro Saleem menyanyikan lagu hits beliau yang memang 1 Malaysia pun tahu. Kalau tak tahu tu memang tak dapat lah den nak nolong! Suci Dalam Debu! Memang gamat lah sekejap Istana Budaya tu sebab para penonton pun turut sama ikut menyanyi bersama Saleem termasuklah Hans sendiri! Hehehe!

Diakhir persembahan Konsert Gegar 5 Lagenda nih, kesemua 5 lagenda rock tanah air menyanyikan bersama lagu Musibah serta Kamelia. Lagu Kamelia tu memang tangkap leleh beb bila mereka menyanyi ramai-ramai macam nih! Haihhh!! Memang terhibur sangat-sangat dengan persembahan memukau daripada mereka berlima.

Kepada anda yang baru tahu atau ingin menonton Konsert Gegar 5 Lagenda di Istana Budaya, tiket-tiket bernilai RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250 masih lagi dijual dan potongan diskaun sebanyak 20% diberikan kepada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS.


Pergi Melaka naik kuda,

Lalu di atas sebuah titi,

Tontonlah Konsert Gegar 5 Lagenda,

Jika anda peminat rock sejati.

(^_^)Y

20 ulasan:

  1. bestnya lah kalau dpt pegi...tapi apa kan daya...huhu

    BalasPadam
  2. Zamani tu macam kurang vitamin jer hans

    BalasPadam
    Balasan
    1. entah....
      kurus jer tengok dia
      tapi suara power :-)

      Padam
  3. Balasan
    1. yups...
      yang best tu bila dia nyanyi lagu Syair Si Pari-Pari
      hehehe

      Padam
  4. semua nyanyi lagu hit zaman2 akak sekolah ..mesti best lah..

    BalasPadam
  5. ehem hans ni mat rock rupanya !!.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      saya layan semua lagu sis
      asal sedap di gegendang telinga

      Padam
  6. amboii, bukan nak ajak ena ye.. hewhewhewhew

    BalasPadam
  7. memang tangkap cintan jugak la kalau pergi tengok konsert ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      memang cintan habis
      hahaha

      Padam
  8. haah la zamani kurus + cengkung giler.
    tp mmg legend arrr dorang2 nih ! :)

    BalasPadam
  9. fuh kesemuanya memang otai2 tuh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups bro
      memang otai
      serius terbaik semua punya vokal
      macam zaman depa muda2 :-)
      sama sebijik :-)

      Padam
  10. minat sungguh kat otai2 ni , suara mainten gitu

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com