Majlis Kahwin Di Pahang

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Walawehhhhh!!!! Pagi Sabtu bersamaan 9 Mac 2013 maka terciptalah sejarah bahawasanya Hans bersama rakan-rakan seperjuangan merantau jauh ke Pahang untuk menghadiri dua majlis perkahwinan iaitu di Kerdau serta Jengka. Memang agak teruja sebab Hans seorang manusia yang suka makan dan menanti apakah makanan yang istimewa yang terdapat di majlis kenduri di negeri Pahang(asyik makan jer yang kau fikir Hans!!!). Lagi satu memang teruja sebab salah seorang yang kahwin ialah rakan seperjuangan gua sewaktu belajar diploma dahulu. Jadi. pengembaraan Hans bersama empat orang gadis yang jelita pun bermula!! Yeahhhh!!!

Majlis Perkahwinan Pertama

Kami berlima bertolak pada pukul 9.15 pagi dan disebabkan jalan raya di kawasan MRR2 begitu sesak jadi terpaksa lah menukar laluan lain. Jadi, banyak masa juga lah yang terbuang disebabkan kesesakan yang teruk tu. Sepanjang perjalanan memang kerja berborak jer lah. Ada dua orang gadis di atas yang gua baru kenal tetapi alhamdulillah mereka pun sempoi jer. Tak ada rasa kekok pun waktu gua berborak dengan mereka. Maka mencarilah kami berlima rumah si pengantin nih dekat kawasan Kerdau. Bila dah tak jumpa tu mulalah stress! Hahaha! jadi, ringan lah mulut nih bertanya dekat orang yang kerja di stesen minyak dekat kawasan situ tapi masalahnya mereka pun tak tahu. Rupa-rupanya rumah pengantin depan stesen minyak tu jer!! Apa pun tak boleh orang stesen minyak nih!! Hahaha!

Tudiaaaaaaaa pengantin mai dahhhh!! Lama sudah gua tak jumpa dengan member gua nih! Akhirnya jumpa juga dekat majlis kahwin dia tapi masing-masing pun sibuk! So, gua dapat sembang sekejap jer lah! Yang pengapit tu pun dah tak lama lagi dah tu! Dua-dua kawan gua nih! Terbaik!!

Tu tu tu tudiaaaaaaaa....nak habaq mai! Pengantin lelaki bukan main kacak lagi bila senyum! Hah! Memang cuaca agak panas tapi sabaq sat noh! Duduk lah tang tu sat! Bukan selalu berjemoq tengah panas sambil pakai baju kahwin tu! Hehehe! Yang pengapit nih pun member gua juga! Gua sempat bagi dia kipas suruh kipas pengantin jer. Tak sempat nak sembang! Haihhh!! Nanti lah gua ajak lu lepak bro bila-bila lu free nanti! 

Gua dengan kawan-kawan tak kisah pengantin lelaki bermandi peluh ker tidak! Janji kami semua dapat bergambar dengan pengantin perempuan dulu. Hahaha! Kejam tak? Si pengantin pun layan kan jer lah kerenah kami semua nih! Haha!

Pakk kepak keboom keboom! Pakk kepak keboom keboom! Kompang dipaluuuu! Pengantin baruuu!! Hah!!! Tudia!! Depa dah mula berjalan ke pelamin dah! Selamat pengantin baru buat kedua-dua rakanku! Semoga jodoh kalian kekal hingga akhir hayat! Amin! :-)

Jadi, lantak pi lah dekat pengantin! Gua dah lapaq! So, gua makan dulu lah! Haha! Jumpa pula dengan member sorang nih! Budak kelas juga! Lama tak borak jadi boleh tahan lah sembang lama juga lah! Sempat lah korek-korek rahsia si pengantin! Hahahaha!!

Ini antara menu yang gua ambil untuk majlis yang pertama nih! Tak ambil banyak sangat sebab kejap lagi nak pi mengketedarah kenduri kahwin yang kedua pula. Boleh tahan sedap lah! Suka rasa kuah dal dan ayam! Sedap! Sedap!

Baru nak balik tiba-tiba terserempak pula dengan budak kelas gua yang lain. Depa baru sampai! Haihhh!! Awat hangpa mai lambat sangat?? Padahal gua yang nak kena kejar masa! Hahaha! Jadi, sempat lah borak-borak kejap! Masing-masing dok tanya gua bila lagi nak kahwin! Gua calon pun tak jumpa lagi! Hah! Acaner? Hahaha!




Majlis Perkahwinan Kedua

Jadi, selepas menghadiri majlis perkahwinan dekat Kerdau tu maka kami berlima pun bertolak pula ke Jengka. Tak susah nak cari sebab ada member gua yang dah tahu dan pernah pergi ke lokasi majlisnya. Memang terbaik lah menu dekat sini! Ada ayam panggang! Ikan kering goreng rangup! Kerabu! Mak aih! Gua dok ingat nak makan satu pinggan jer tapi memandangkan nafsu tak dapat dikawal jadi gua menambah lah lagi! Haihhh!!! Macam mana nak tough kalau asyik makan jer nih? Hahahaha!

Hahaha!! Gua dah rasa macam Usop Wilcha dalam filem Kahwin 5 pula! Keh3! Gua nak buat riuh-rendah pun tak berapa nak berani lah dekat sini jadi gua jadi sopan macam penyanyi nasyid sikit! Hehehehe!

Haihhhh!!! Gua kena paksa duduk dekat tengah oleh pengantin! Nampak lonely bebenor bila duduk tengah macam nih! Sob Sob Sob! Hahaha! Tapi,layankan jer! Orang tua kata ambil berkat! Kut-kut lepas nih giliran aku pula ker! Eh? Calon mana calon? Hahaha!


Menonton Filem OZ: The Great And Powerful


Selepas habis memenuhi undangan-undangan tu(dah macam artis pula ayat gua nih!!) jadi terus masing-masing tanya nak pergi mana pula. Cadangan asal nak singgah kejap dekat Bukit Tinggi melihat pemandangan dekat situ tapi dah terlajak pula. Jadi, fikir punya fikir dan masing-masing setuju nak tengok wayang. Memandangkan hari minggu mesti pawagam penuh jadi kami memilih untuk menonton dekat Tropicana City Mall dan filem yang dipilih sama ada OZ: The Great And Powerful atau Lawak Ke Der 2. Akhirnya, semua sebulat suara memilih filem OZ: The Great And Powerful. Jadi, sebelum tunggu filem mula maka kami berlima pun pergilah menjamu selera dulu. Gua pesan Ice Chocolate jer sebab gua dahaga tapi yang lain siap pesan macam-macam menu lepas tu suruh gua makan. Gua nih pegang kata orang-orang tua. Rezeki jangan ditolak! Musuh jangan dicari! Jadi, semua makanan diorang pesan tu gua dapat rasa! Dah makin bulat lah gua lepas nih kalau macam nih lah kehidupan harian! Hahaha!


Terbaik!!! Tengok format biasa pun dah terhibur daripada awal hinggal akhir apatah lagi kalau tengok filem nih dalam format 3D! Serius memang enjoy gila dan ulasan akan dibuat di blog filem Hans jika Hans ada masa! Memang seronok weh!! Gua bagi 8/10 untuk filem nih! 


Tambah tolak darab bahagi,

Tengah mengira sambil berlari,

Minggu depan kenduri lagi,

Harap-harap dapat hadirkan diri.

(^_^)Y

22 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. wahh dua kenduri seklai harung..kerdau n jengka tempat mainan akak..kehkeh..hang pi jengka mana hans?

    BalasPadam
    Balasan
    1. entah..tak berapa nak ingat la kak...
      lepas Kerdau tu terus jer sampai ke Jengka

      Padam
  2. Hans bila lagi? Huhuhu...mesti gempak kan sebabnya hans creative. zaman skrg pny wedding style mcm2 yg menarik & happening...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..calon tak dak lagi...hang rekemen aku dekat member hang lah...
      aku on jer...hahaha

      Padam
  3. mai pahang tak nak bagi tahu... ena ada je kat pahang ni sebab ena study kt uia kuantan ni.. hehehe.. tp ena nk balik dah ni, bercuti.. awwwwwwww

    BalasPadam
  4. Kenduri sendiri bila pulak hans?

    BalasPadam
    Balasan
    1. calon tak jumpa lagi nih Dezee
      tolong carikan
      haha

      Padam
  5. bestnya org kahwin tu...hehehe

    BalasPadam
  6. Salam.. bru 1st singgah sini.

    Seronoknya depa makan nasi minyak..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam
      thanks singgah blog saya
      rajin2 lah singgah
      mau tak seronok makan nasi minyak
      hahaha

      Padam
  7. dah lama tak makan lauk kenduri kahwin...huhu

    BalasPadam
  8. nanti kalau rajin dtg le kenduri kat perak lak. hahaha

    BalasPadam
  9. baru tengok semalam OZ in 3D. haha

    best gile kot!

    BalasPadam
  10. Amboi hang..4 org jelitawan hg bwak p..haha..ak tunggu knduri hang plak..mmber kita byk dah kawin..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku memang nak kahwin
      tapi calon dok xjumpa
      dah jumpa semua dah tunang
      sob4

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama