Selasa, 19 Mac 2013

Pengalaman Membeli Di Zalora Malaysia

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog hanshanis.com sekalian! Alhamdulillah apabila pihak Zalora Malaysia berbesar hati memilih blog Hans sebagai salah sebuah blog terpilih untuk menerima baucer bernilai RM50 dan memberi peluang kepada Hans untuk membeli secara online di Zalora Malaysia pada minggu lepas. Memandangkan ini adalah kali pertama Hans membeli secara online maka memang banyak soalan dan pertanyaan yang Hans tanyakan kepada pihak Zalora melalui email dan alhamdulillah mereka memang cepat membalas segala pertanyaan dan sabar melayan kerenah Hans nih. Hehehe!


Sebelum nih memang Hans pernah juga melayari laman web Zalora Malaysia nih tetapi memandangkan Hans tidak pernah dan kurang yakin membeli secara online maka Hans hanya sekadar melihat sahaja lah. Jadi, apabila dah berpeluang membeli dengan baucer RM50 nih maka Hans pun agak rambang mata jugalah sebenarnya memilih bermacam-macam jenis pakaian dan aksesori yang ditawarkan oleh pihak Zalora Malaysia. Mahu tak nya kalau dah macam-macam ada! Baju! Kasut! T-shit! Jacket! Fuhhh!! Akhirnya Hans memilih untuk menambah koleksi seluar Hans yang dirasakan agak berkurangan tu. Hehehe!! Prosesnya cukup mudah! Hans cuma perlu klik BUY NOW untuk seluar yang Hans nak beli tu dan lepas tu masukkan kod baucer yang diberi semasa proses pembayaran. 


Jadi, apabila Hans dah selesai mengisi maklumat peribadi seperti alamat rumah dan tak sampai 5 minit pun Hans dah terima email pengesahan pesanan daripada pihak Zalora Malaysia. Maklumat tambahan untuk anda, selain baucer anda juga boleh menggunakan VISA, Mastercard, PayPal, Maybank2u.com dan CIMB Clicks untuk membeli-belah di Zalora MalaysiaMudah jer kan! 


Pihak Zalora Malaysia menjanjikan seluar yang Hans beli nih akan sampai ke rumah dalam masa 3 hari waktu bekerja tetapi alhamdulillah pada hari kedua sahaja seluar yang dinanti-nanti oleh Hans telah sampai di rumah melalui servis penghantaran GDex yang memang terbaik dan mesra pelanggan. Memang kualiti seluar yang Hans dapat tu buat Hans senyum lebar juga lah! Hehehe!


Alhamdulillah! Pengalaman pertama membeli secara online serta berurusan dengan pihak Zalora Malaysia memberikan satu kepuasan kepada Hans terutama daripada segi bantuan teknikal, layanan mesra terhadap pelanggan serta servis penghantaran yang pantas. Selepas nih memang Hans yakin untuk membeli-belah secara online di Zalora Malaysia dan kepada anda semua yang ingin tahu lebih lanjut mengenai Zalora Malaysia bolehlah LIKE Fanpage Zalora Malaysia.

P/S : Terima Kasih Zalora Malaysia! Servis Kalian Memang Terbaik! (^_^)Y

42 ulasan:

  1. aku x pernah lagi beli kat zalora

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah lah sebab pengalaman pertama aku beli dekat Zalora nih memang tak mengecewakan bro. Servis diorang terbaik :-)

      Padam
  2. Balasan
    1. itulah...
      mula-mula ingat komen dari pihak Zalora tu main-main tapi rupa-rupanya betul..
      alhamdulillah rezeki :-)

      Padam
  3. Huhuhu...beli online. Huiyoo...aku xpenah pun beli online kecuali lappy jerk. Kiranya Zalora ni one of the trusted online shopping base jugak la kan... :) Ermm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups....
      macam tu lah lebih kurang bro :-)

      Padam
  4. Akak pun nak cuba shopping kat Zalora..tengok dah banyak kali tapi membelinya belum lagi...nak beli jugakla

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubalah beli dekat Zalora tengok sis...
      kut2 ada yang berkenan di hati :-)

      Padam
  5. aku tak suka beli on9.
    sebab aku x puas hati kalo x try baju/seluar on the spot.
    kalo bekenan baru beli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...
      nasib seluar ku pilih kena dengan aku
      alhamdulillah

      Padam
  6. memang cepatkan zalora ni.. ena sangat berpuas hati dengan penghantaran dorang.. hehe makin hensemlah hans.. weeeeeeeeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      alhamdulillah servis terkini Zalora memang bagus sekarang :)

      Padam
  7. ok lepas ni nak shoppin kat zalora pulak..haha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...
      beli dekat aku sama
      belanja2
      hahaha

      Padam
  8. wahh....mcm best je...
    ni yg rase nk p shoping sane gak ni.... :)

    BalasPadam
  9. Sama lah kita Hans. Dapat rezeki dari Zalora :)

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. alhamdulillah rezeki bro :-)

      Padam
  11. sy belum penah cuba lagi.. Macam best ye shopping kat zalora ;)

    BalasPadam
  12. wah tahniahlah hans !!..kerana terpilih dpt baucer dr zalora..ehem mama tak pernah lagi beli brg2 secra online kat zalora..cepatnya sampai.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      alhamdulillah rezeki sis
      ar ar
      sampai cepat...
      lega tak payah tunggu lama-lama :)

      Padam
  13. Tak pernah lagi beli belah dekat zalora ni. Macam kurang berminat je, Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh
      itu terpulang lah bro....
      bukan paksaan pun..
      hahaha

      Padam
  14. selama ni aku dengar banyak cerita tak best pasal zalora ni. huhuhu. tapi aku rasa kalau dorang takde barang tu yang lambat sikit. kalau stok memang ade tu yang laju je kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      sebelum nih memang banyak cerita tak best pasal Zalora
      tapi itu tahun-tahun sebelum nih..
      alhamdulillah tahun nih banyak peningkatan dia terutama daripada servis penghantaran dan juga customer services :-)

      Padam
  15. Waah.. bagus la kalo diorg punye servis dah bertambah baik. mungkin diorg terima feedback dr org ramai dgn hati terbuka.. hihihi.. seblum ni takut gak nk beli kt zalora sbb mcm2 komen negatif kite baca.. lpas ni nk try lah.. hee~

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      cubalah
      insyaallah servis mereka okay :-)

      Padam
  16. wah...zalora..
    tak pernah try.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      nanti boleh lah try
      kasut dia pun best2 :-)

      Padam
  17. Phewitt! Boleh la lu belanja wa -_-
    (muka penuh berharap) Plish Hans...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ceit! Kurang muda la lu ni der =='

      Padam
    2. bentangkan ku permaidaniiiiiiiiiiiiiiiii
      dari baldu berwarna putihhhhhhhhhhhhhh...
      lalalalalala~~

      Padam
  18. Pergh! Nasib wa tak dengar suara lu,
    kalau tak, bernanah telinga wa -_-

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak dengar pun dah bernanah
      macam mana tu?
      gi jumpa doktor yer
      hahaha

      Padam
  19. smpi skrg msh xda keberanian tegar utk membeli online he3..

    #knpa ntah tiap kali tgk iklan zalora,mesti gelak tgk muka staff chinese yg htr produk dpn pintu tu....seriuslah asyik gelak je adeih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      muka staff tu kelakar kan
      kui3

      Padam
  20. series tak penah lagi beli kat zalora ni. teringin jugak nak try beli kat sini.

    BalasPadam
  21. Heihei..masa dapat offer sana dulu kerja Dezee dia cakap mudah jer..orang ni buat gamabr..orang tu buat content..kerja Dezee gabung upload dalam site dia sahaja..haha.tau bosan terus reject.

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com