Saya Nak Kurus

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Hans sekalian. Alhamdulillah hari ini gua dapat melepak-lepak bersama seorang member gua merangkap senior zaman sekolah dulu yang gua dah kenal selama 11 tahun dah. Lama tak? Hahaha! Jadi, bila sesekali berjumpa tu benda pertama yang selalunya gua atau dia akan lihat ialah saiz fizikal masing-masing. Maintain ker? Makin kurus ker? Makin bulat ker? Hahhhh!! Bukan apa pun! Ini semua nak buat bahan kutukan jer masa melepak-lepak nanti! Hahaha! Tetapi, hari ini gua memang penat gelak lah melepak dengan member gua nih. Selepas kami selesai menonton filem THE CROODS, gua pun ajak member gua nih pergi pasar malam dekat Taman Nuri. Jadi, dalam perjalanan pergi dan pulang tu sempat lah gua berborak dengan member gua perihal 'Saya Nak Kurus' nih. 

Dialog 1
Member : Weh! Ramai kata aku sekarang nih makin berisi. Hang rasa betoi ka dak apa depa cakap tu?
Hans : Aku nak cakap pun tak sampai hati weh tapi...
Member : Kira betoi la nih?
Hans : Lagu nih lah weh! Katakan lah kalau ada skala 1 sampai 4 untuk kegemukan. Hang kira skala 3 lah aku bagi!
Member : Kuang jaq betoiiii!! Hang nak cakap aku gemuk macam si Jalil(senior yang memang gemuk gila!) tu ka?
Hans : Si Jalil tu dah terkeluaq daripada skala dah! Hahaha!

Dialog 2
Member : Woi Hans! Macam mana weh nak kuruih nih?
Hans : Tak payah makan nasi lah!
Member : Tapi kan hari tu aku ada tanya doktor aku. Dia kata boleh makan nasi!
Hans : Memanglah boleh tapi kena makan sikit ja kan?
Member : Tapi tu lah! Ada ka patut doktor tu bagitau aku makan dua senduk kecik nasi ja. Gila apa! Rasa apa ja makan banyak tu! Nasi tu pun hang boleh bilang ada berapa biji!
Hans : Hahaha! Dah nama pun kata nak kuruih! Kena lah makan sikit ja oiiii!
Member : Baik doktor tu bagitau aku tak payah makan nasi langsung. Nih cakap boleh makan tapi dua senduk kecik ja! Aku baru dok sedap makan tengok-tengok nasi dah habis. Tak sedaq apa pun!
Hans : Hahahaha!

Dialog 3
Hans : Dekat tempat aku ada seorang nih. Dulu berat dia dalam 80kg lebih. Sekarang 60kg ja. Dia diet tak makan nasi!
Member : Habis tu dia makan apa ja?
Hans : Dia makan buah epal merah dengan air kosong. Nasi memang dia tak sentuh. Kalau tengahari tu pun kadang-kadang aku tengok dia makan ayam rebus dengan salad jer.
Member : Adoiii!! Aku nih payah weh!! Aku pernah juga try buat sebelum nih. Tahan sehari ja weh!
Hans : Lagu mana tu? Cuba cerita sikit!
Member : Hari pertama tu dekat rumah mak aku masak tapi aku nih konon-konon diet. So, aku makan kuah ja lah!
Hans : Hari kedua?
Member : Mai hari kedua, mak aku masak makanan favorite aku pula! Mula-mula tu ingat nak rasa ja tapi bila dah rasa tu teruih aku capai pinggan dekat dapoq. Lepas tu makan nasi bertambah lah jawabnya!
Hans : Hahahaha! Apa pun tak boleh hang nih!!

Dialog 4
Member : Aku rasa nak makan ubat kuruih lah weh!
Hans : Hoiiii!! Jangan makan! Bahaya!
Member : Awatnya pula?
Hans : Nanti hang makin gemuk kut!
Member : Betoi ka?
Hans : Ramai dah makan ubat kuruih tu! Mula-mula kuruih la! Lepas dah berhenti teruih berat badan naik mendadak. Lagi gemuk daripada dulu!
Member : Betoi ka? Haihh!! Tak jadi lah!
Hans : Hang jaga makan dengan senaman ja!

Dialog 5
Member : Aku nak beli kasut sukan la minggu depan!
Hans : Kasut sukan? Hahahaha!
Member : Awat hang gelak? Aku nak jogging lah!
Hans : Hahahaha!
Member : Hang jangan weh Hans! Nanti lepas raya hang tengok aku mesti hang tak kenai lah!
Hans : Aku takut memang aku tak kenai hang nanti sebab terlampau besaq! Hahaha!
Member : Kuang jaq! Tak apa! Hang tengok lah nanti! Hang dengan budak ofis aku sama ja!
Hans : Hahaha! Mudah-mudahan berjaya!

Dialog 6
Member : Aku bukan apa weh! Risau berat badan nih naik! Baju aku yang aku pakai nih pun rasa ketat. Baju yang lama-lama langsung tak boleh pakai!
Hans : Salah sapa tu yang baju hang jadi ketat tu?
Member : Haihh! Salah aku ka? Mana boleh salah aku! Aku selalu pikiaq positif! Baju nih biasalah bila kita basuh mulalah dia jadi kecik! Mana boleh salah aku! Aku macam biasa ja!
Hans : Hahaha! Memang lah bukan salah hang! Hang mana pernah buat salah! Hang semua betoi haihh!! (gaya sinis)
Member : Hahaha!!

P/S : Selamat Menguruskan Badan Dengan Cara Yang Sihat (^_^)Y

33 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Makan sebelum kenyang dan jangan sampai melantak baru leh diet :)

    BalasPadam
  2. Hahaha. Aku pun nak kurus.. tapi aku sejak kebelakangan ni hilang selera makan. Ekekeke.

    BalasPadam
  3. Nak kurus kena kuatkan semangat...setakat cakap jerk tak jadik kurus. Kena betul2 tekad. Baru bejaya. Apapun, aku suka jalan citer dia...rilex layan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang ramai nak kurus tapi tak tekad sepenuhnya
      hoho

      Padam
  4. ingatkan perempuan ja sibuk nak berdiet kurus kan badan..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kuruskan badan nih bukan sekadar untuk kelihatan cantik di mata orang
      tapi yang lebih penting ialah sihat tubuh badan :-)

      Padam
  5. onie je tak geuk2,makan banyak still kurussssssssssssssss T_T

    BalasPadam
  6. aku pulak susah nak berisi badan. kurus sangat

    BalasPadam
  7. hehehe....yang gemok sibuk nak kurus...yang kurus teringin nak berisi....dunia...dunia..
    gemok kurus cikeding yang penting sihat...

    BalasPadam
  8. hangpa ni kelakaq lah. haha. tapi betoi tu. jangan makan ubat kuruih. nanti berhenti , gemok 2x ganda. nauzubillahminzalik.

    BalasPadam
  9. Bro macam perli saya je ni? hik4...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      nih ramai terasa nih pasaipa nih?
      jeng jeng jeng jeng

      Padam
  10. Laeak betoi dialog dalam pict tu..hi hi... Moga berjaya dapat berat badan yg ideal

    BalasPadam
    Balasan
    1. letih ohhh nak cari gambar tu....
      lepas tu nak letak dialog dia lagi
      keh3
      amin

      Padam
  11. akak dulu tak makan nasik jugak..berjaya turun 20kg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 20 KILOOOOOOOOOOOOOOOO?
      Tak makan nasi berapa lama?

      Padam
  12. Nak kurus susah kot kalau asik ingat makan je..makan pun tak reti nak limited edition memang payahlah nak kurus..nak kurus kne betul2 disiplin bab makan.gerenti kurus!

    BalasPadam
  13. ehem mama pun nak kuruskan badan jugak.. ;) he2..

    BalasPadam
  14. Haha.. kelakar betei perbualan hans dengan kawan tu. Perli aja kawan tu eh. Kalau lauk sedap tu yg buat over control tu tertambah pulaks.. hiks. Geli pulak tengok gambar yg cucuk2 jarum bebanyak tu.. errrr...

    BalasPadam
  15. hahaha. kalau nk tip kurus cara sehat, selongkar entri lepas. :)

    BalasPadam
  16. Heihei..doktor suruh stop 3 bulan lepas eksiden haritu.

    BalasPadam
  17. Hi.. Saya dah cuba turunkan berat dgn bantuan detox set. Boleh trun 2kg dalam masa sebulan dan boleh kekal maintain walau sentiasa makan.

    Boleh jenguk blog sy http://myvitaminplanet.blogspot.com/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama