Solat Jumaat

Assalammualaikum! Memandangkan hari nih hari Jumaat jadi memang menjadi kewajipan kaum Adam yang beragama Islam untuk menunaikan solat Jumaat. Selalunya gua akan solat Jumaat di Masjid Sri Petaling sebab dekat dengan tempat kerja tetapi memandangkan hari ini gua bercuti jadi gua malas nak pergi jauh-jauh.




Cuma satu masalahnya disini ialah memandangkan gua baru berpindah ke rumah sewa baru dekat kawasan Puncak Jalil jadi gua tak tahu dekat mana masjid yang paling dekat dengan kawasan rumah sewa gua nih. Kalau surau tu gua tahu lah sebab gua pernah jumpa masa gua jogging hari tu. Jadi, gua pun ambil keputusan pergi jer lah ke masjid Sri Petaling. Waktu gua tengah tunggu lampu isyarat daripada merah bertukar hijau tu tiba-tiba ada seorang pakcik naik motosikal lalu depan gua.




Pakai kopiah putih pakcik tu! Sah! Sah! Kalau dah pakai kopiah putih waktu-waktu macam nih mesti lah nak ke masjid! Takkan nak pergi tikam nombor pula kan! Jadi, aku pun redha dan tawakal jer lah ikut pakcik tu dari belakang! Buat pakcik nih ponteng solat Jumaat dan pergi melencong tempat lain memang malang lah nasib aku! Akhirnya, aku dah tahu mana letaknya masjid! Rupanya dekat jer! Yeyeyeye! Alhamdulillah! Terima kasih pakcik kopiah putih sebab pergi ke masjid untuk solat Jumaat dan tak melencong tempat lain!

P/S : Kalau ada sesiapa yang sudi nak beri sumbangan ikhlas untuk pembinaan Masjid Puncak Jalil dekat kawasan rumah gua tu boleh lah tengok nombor akaun atau telefon ustaz-ustaz yang dalam gambar tu yer! Sama-sama kita beramal untuk kesejahteraan Umat Islam :-)

14 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Teruja lepas perkataan tiba2 tu..ingtkn nak citer sal excident ke apa..aahaha ⊙▽⊙

    BalasPadam
  2. Haha . Alhamdulillah . Untung je pacik kopiah putih tuh ade . :D

    BalasPadam
  3. insyaAllah, semoga rumah Allah kali ni terbina dan mari kita ramai2 meriahkan rumah Allah dengan solat berjemaah beramai2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin
      mudah-mudahan ramai yang menyumbang pada pembinaan masjid nih :-)

      Padam
  4. assalam..lepas ni senang nak kemasjid bila masjid tu dapat disiapkan..semuga sumbangan dr semua dpt mempercepatkan pembinaannya..insyaallah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. masjid yang Hans solat tu masjid tu lah
      cuma tak siap bina habis lagi
      atap pun pakai zink jer
      harap ramai yang sudi hulur sumbangan

      Padam
  5. wah..bile niat baik Allah pun tlg..melalui pkck kopiah putih itu..tahniah krn berjaya jmpa masjid..:)

    BalasPadam
  6. Dezee pernah terserempak dengan pakcik pakai kopiah malam2..bukan beli masjid..tapi beli kertas result no ekor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      itu Hans pun banyak kali jumpa
      geleng2 kepala jer tengok

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama