Sabtu, 4 Mei 2013

Demam Pilihan Raya Umum 2013

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! Alhamdulillah Hans mengambil cuti untuk pulang ke kampung halaman di utara hanya semata-mata untuk mengundi buat kali pertama pada pilihan raya umum 2013 yang bakal berlangsung pada hari ahad bersamaan 5 Mei 2013 ini. Perang poster dengan pelbagai bentuk replika serta kreativiti dipamerkan sepanjang pilihan raya kali ini dan sepanjang Hans hidup ini merupakan pilihan raya yang amat sengit selepas pilihan raya tahun 1998 kalau tak silap Hans lah.


Setiap parti menjanjikan pelbagai janji manis kepada bakal-bakal pengundi dan juga membayangkan pelbagai bencana jika parti itu menang atau parti itu terus memerintah. Masing-masing mengeluarkan fakta, teori dan sebagainya untuk mengukuhkan hujah masing-masing. Setiap parti juga ada pengikutnya tersendiri. Ada yang setia! Ada yang pernah setia! Ada yang dianggap pembelot! Ada yang dulu dihina tetapi kini diangkat sebagai sebahagian daripada ahli parti! Segala kemungkinan boleh berlaku di dalam politik demi sebuah kuasa yang diidamkan oleh setiap parti yang bertanding.


Di media-media arus perdana seperti saluran televisyen atau akhbar kebanyakannya menyokong kerajaan sebelum ini manakala di media-media baru seperti internet dan blog pula kebanyakannya menyokong parti yang lagi satu. Satu pertandingan yang menarik dan pengundi-pengundi yang wujud pula bagi Hans ada 4 golongan iaitu :-

1) Pengundi Tegar Barisan Nasional : Pasti Mengundi BN

2) Pengundi Tegar Pakatan Rakyat : Pasti Mengundi Pakatan

3) Pengundi Atas Pagar : Masih 50-50 dalam membuat keputusan

4) Pengundi Rosak : Tidak tahu/Tidak suka/Tidak yakin dengan kedua-dua parti dan menjadikan undi mereka undi rosak


Ramai yang bertanya kepada Hans siapa yang Hans akan undi. Sebenarnya Hans kini tergolong dalam golongan yang ketiga dimana Hans pun masih belum pasti siapa yang Hans akan undi. Hans pernah tergolong dalam golongan 1 dan juga golongan 2 buat seketika tetapi kemudian berubah menjadi golongan yang ketiga. Itulah masalahnya bila banyak membaca! Hahaha! Jadi, untuk memudahkan Hans untuk menjawab soalan daripada ramai orang maka Hans pun menjawab undi adalah rahsia sambil tersenyum dan ini respon daripada beberapa orang yang Hans terima :-

1) Penyokong Barisan Nasional : Undilah sapa pun yang nak undi tapi sebelum undi tu fikirlah masak-masak tentang masa depan kita, anak-anak kita, cucu-cucu kita nanti. Jangan nanti menyesal tak sudah.

2) Penyokong Pakatan Rakyat : Undi BN lah tu. Jangan percaya sangat dengan BN tu. Cuba tengok prestasi negeri-negeri di bawah pakatan rakyat dan bandingkan dengan BN.

3) Penyokong Atas Pagar : Tak payah nak rahsia sangat! Setakat 1 undi hang tu bukan depa kisah sangat pun! Tak luak pun!

4) Penyokong Ker? : Buang masa jer undi nih! Semua pun sama jer! Waktu nak mengundi janji yang bukan-bukan. Lepas mengundi apa pun tak dak!


Hah! Begitulah lebih kurangnya! Cuma satu perkara yang menarik perhatian Hans ialah apabila pihak penyokong parti yang menjadi minoriti di sesuatu kawasan mengasingkan diri atau diasingkan oleh penyokong parti yang menjadi majoriti disesuatu kawasan akibat pilihan parti masing-masing yang tidak sama. Sedih juga kadang-kadang melihat situasi sebegini tetapi moga-moga lepas selesai pilihan raya nanti masing-masing kembali mengeratkan silaturahim. Jangan biarkan perbezaan fahaman politik meleraikan ikatan saudara sesama Islam yer. Selamat mengundi kepada semua yang layak mengundi!

P/S : Masih 50/50 Dalam Memilih Pihak Mana Yang Harus Diundi! Kalaulah Dekat Kawasan Tempat Tinggal Aku Nih Ada Calon Macam Tok Mun....Mungkin Aku Akan Undi Dia! Sebab? Aku Pun Tak Pasti! Apa-Apapun Aku Harap Aku Membuang Undi Yang Bijak Pada Ahad Ini! Hahaha!

17 ulasan:

  1. Oooooo.. selamat mengundi. Ngundi leklok.

    BalasPadam
  2. Hidup kak Limah! Undi. Haha

    BalasPadam
  3. semangat betul buat kereta kebal bagai... hahaha ... apapun selamat mengundi untuk para pengundi pada esok hari... hehehe

    BalasPadam
  4. Huu3.. mcm2 cara org sambut mengundi..

    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. mari laa mari... pergi mengundi... hehe

    BalasPadam
  6. itulah.. sepatutnya walaupun berbeza parti politik, tapi kita tetap kena bersahabat juga kan :)

    BalasPadam
  7. Politik adalah satu isu yang takkan pernah lapuk dalam setiap negara. :)

    BalasPadam
  8. erm, saya masih lagi dibawah umur...hahahaha

    BalasPadam
  9. WEII, AKU DAH UPDATE BLOG! KAKAKAKA

    BalasPadam
  10. husna x layak mengundi la kali nih..5 thun lg lah nmpaknya..huhu..

    BalasPadam
  11. kat kg ni pun dah macam jjenis dorang, meriam la, motor la haihh

    BalasPadam
  12. hahaha meriahnya gambar2 ni :D

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com