Ahad, 9 Jun 2013

Busuk Hati

Manusia ada pelbagai sikap dan ragam. Ada yang baik! Ada yang buruk! Ada yang buat-buat baik dan ada juga yang sengaja berbuat jahat! Kadang-kadang kita senang untuk mengatakan yang kita kenal siapa musuh kita dan siapa kawan kita tetapi hakikatnya tidak mudah seperti yang disangka. Manusia yang kita anggap musuh adakalanya memang musuh sebenar tetapi ada ketikanya juga itulah sahabat kita yang sebenar. Insan yang kita sayang sebagai sahabat pula dan rupa-rupanya itulah manusia yang menikam kita sedalam-dalamnya daripada belakang.


Semua ini gara-gara sikap busuk hati atau lebih tepat lagi ialah perasaan iri hati yang meluap-meluap dan gagal dikawal oleh jiwa nurani. Tidak boleh melihat orang lain berjaya atau berada di puncak kejayaan dan disebabkan rasa takut atau tercabar dengan kehebatan orang lain inilah menyebabkan mereka risau jika agenda yang dirancang selama ini akan musnah di pertengahan jalan. Satu perkara yang aku dapat belajar melalui hal ini ialah jangan sesekali percaya kepada sesiapa pun walaupun hakikatnya manusia itu sudah kau kenal sejak beratus tahun sekali pun.


Kuasa manusia marhaen yang paling kuat ialah lidah dan mulut. Hobi membuat fitnah, menokok tambah dan sampai menyampai adalah satu tabiat yang amat digemari ramai orang dan sukar dikikis terutamanya oleh wanita. Lelaki juga tidak terkecuali dan adakalanya boleh menjadi lebih dasyat daripada wanita. Mereka merasakan dengan kejayaan menjatuhkan seseorang yang mereka tidak suka itu ibarat satu tiket yang mampu membawa mereka masuk ke dalam jannah sedangkan itu sebenarnya ialah jalan mudah untuk mereka menempah masuk ke dalam jahannam.

Kenapa kalian begitu busuk hati sedangkan masing-masing seagama dan sebangsa? Kenapa kalian terlalu suka menghukum tanpa suka memeriksa? Kenapa kalian terlalu suka melihat perpecahan terjadi walaupun kalian selalu menyeru agar semua bersatu? Kenapa? Kenapa? Dan kenapa? Semoga berubah lah wahai manusia-manusia yang busuk hati ini.



7 ulasan:

  1. hohoho.. x pyh la busuk hati. masing2 ada kehidupan yg yg perlu di uruskan.. hehe

    BalasPadam
  2. manusia mmg macam tu, bususk hati..nak hilangkan busuk hati selalulah baca Al_Quran...
    Mintak dijauhkan dari sifat buruk ni..

    BalasPadam
  3. itulah.. manusia kdg2 xsedar org yg dia cuba jatuhkan adalah saudara sendiri... apa yang kita buat kat orang akan kena balik pada diri sendiri...

    BalasPadam
  4. manusia zaman skunk bnyk yg hanya manis d mulut tp busuk d hati...jd berhati-hati la.

    BalasPadam
  5. tanya sama iman... =)... zaman sekarang ni, orang senang lenang tabur fitnah yg bukan2 sana sini

    BalasPadam
  6. hahahaha... cuba didik hati utk turut berbahagia bila tgk org lain bahagia :) itulah kebahagian y besstt :)hehe xD

    BalasPadam
  7. semoga kita terhindar dari sifat-sefat yang demikian

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com