Isnin, 24 Jun 2013

Jerebu

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Memandangkan hari ini aku tersangat bosan maka aku dengan tabahnya mengambil risiko menunggang motosikal tanpa memakai topeng penutup mulut dan hidup(mask) menuju ke Puchong untuk menonton filem World War Z dan aku berfikiran positif dengan beranggapan aku sedang berada di negara yang beriklim sejuk walaupun hakikatnya masih panas. Akibatnya batuk aku yang baru nak pulih tu dah kembali menyerang anak tekak! Hahaha!

Banyak Teruk Oh Jerebu Dekat Kawasan Rumah Sewa Gua!!

Jadi, memandangkan keadaan jerebu dekat Malaysia nih makin lama makin teruk maka aku nak berkongsi sedikit tips kesihatan sewaktu menghadapi jerebu nih. Antaranya ialah :-

1) Disarankan anda duduk di dalam rumah sebanyak dan selama yang mungkin terutamanya ibu-ibu yang sedang mengandung, warga emas, kanak-kanak, bayi serta individu yang menghidap penyakit asma.

2) Pastikan pintu dan tingkap rumah sentiasa ditutup. Bersihkan rumah dengan menggunakan kain basah dan elakkan daripada menyapu.

3) Jangan lupa menggunakan topeng penutuk mulut dan hidung sewaktu berada di luar rumah.

4) Pastikan anda minum banyak air kosong dan digalakkan anda minum 2 liter air sehari,

5) Sentiasa cuci tangan dan muka anda dengan air yang bersih.

6) Jangan merokok dan jauhi orang yang merokok.

7) Pastikan kecergasan anda sentiasa kekal baik dan makan makanan yang sihat serta pastikan makanan dibasuh dan dimasak dengan betul.

Jadi, selamat menghadapi jerebu yang sedang melanda di seluruh pelosok negara dengan tabah yer!

P/S : Berdoa Semoga Hujan Turun Malam Ini! (^_^)Y 

12 ulasan:

  1. dok umah takyah gi tengok wayang bagai...

    BalasPadam
  2. amboi kau, merayap tengok wayang bagai haha.. jaga diri bro!

    BalasPadam
  3. dok umah berguling2 depan tv je la..heheh

    BalasPadam
  4. keluar malam ahh tak nampak jerebu sangat walhal jerebu teruk hehe gelap tak nampak.

    BalasPadam
  5. sanggup meredah jerebu tu tgk warld war z..haha.. jaga diri bro.

    BalasPadam
  6. Taiping baru start semalam....
    rimas betul rasa, macam manalah negeri2 yg teruk tukan, lagilah rimas..

    sama2 kita doa moga hujan turun..

    BalasPadam
  7. alhamdulillah..dah makin pulih jerebu. haritu muar my hometown cecah 700 mmg sgt kritikal. kebetulan masa tu balik kg..

    BalasPadam
  8. Nasib baiklah kat sabah ni jerebu tak seberapa ...

    BalasPadam
  9. saya sangat suka blog anda..begitu positif sekali bahnnya...^__^

    BalasPadam
  10. alhamdulillah keadaan semakin baik :))

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com