Jumaat, 8 November 2013

Evelyn's Chocolate House Di Sky Park One City

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah akhirnya dapat juga Hans menyiapkan pos terbaru blog hanshanis.com nih selepas lama Hans tak mengemas kini. Maklumlah semenjak sibuk dengan perniagaan secara online ditambah dengan waktu kerja yang tak menentu memang buat Hans tak ada masa nak pos apa-apa perkembangan terbaru.


Jadi, pada malam tadi bersamaan 3 November 2013, Hans berpeluang hadir ke majlis perasmian pembukaan sebuah kafe yang menjual menu berasaskan coklat yang memang cukup sedap iaitu Evelyn's Chocolate House.


Nama:
Evelyn's Chocolate House

Alamat:
A-1A-06, Sky Park One City,
Jalan USJ 25/1, 47650 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Jadi, memandangkan Hans nih memang seorang penggemar coklat tahap mania jadi memang macam-macam makanan lah yang Hans cuba rasa dan sumbat di dalam perut. Hahaha! Jom tengok apa yang Hans dah makan sepanjang malam tadi.



Hah! Yang cucuk macam satay tu sebenarnya waffle tetapi waffle nih lain macam sikit. Lain macam tu maksud Hans memang sedap lah! Makan kosong saja pun dah rasa sedap tambah lah bila dicelup dengan 3 jenis coklat bermutu tinggi daripada Belgium iaitu White Chocolate, Dark Chocolate dan Chocolate. Serius sedap bak hangggg!!



Waffle nih rasa biasa jer seperti waffle lain tetapi apa yang buatkan waffle nih menarik sebab gabungan sos buah-buahan yang ada di atas waffle tu. Kombinasi buah pisang, strawberyr, anggur dan kiwi tu memang kena! Senang cakap memang licin habis lah pinggan nih! 



Kepada penggemar durian macam Hans, ini memang menu yang korang kena cuba! Durian Chocolate Chips yang serius sedap! Fuh! Bila makan tu rasa durian tu macam berlari-lari dalam mulut tau dan rasa coklat tu macam meletup-letup dalam mulut Hans nih(hahahaha! Ayat Papa Jo Masterchef Malaysia!). Tetapi, serius menu nih memang sedap dan memang rugi kalau korang tak cuba! 



Menu nih sebenarnya menu yang paling akhir Hans makan sebab jauh dari tempat duduk Hans. Bayangkan lah masa tu perut Hans memang dah kenyang gila nih. Tetapi, bila Hans potong sikit jer waffle nih dan rasa jer boleh pula Hans sambung makan lagi! Memang sedap gabungan coklat Belgium nih dan waffle tu walaupun dah tenggelam dalam lautan coklat tu tetapi masih lagi rangup! Fuh! Serius korang kena cuba juga menu nih! Sedap sungguh!



Hah! Pancake nih didatangkan dengan semangkuk coklat yang memang terbaik! Hans memang sebat jer pancake nih dan rasanya boleh tahan! 


Kepada sesiapa yang suka makan buah-buahan yang dimakan bersama coklat tu dan Hans cadangkan korang cuba menu nih. Ada 4 jenis buah untuk setiap pinggan dan buah-buahannya pun memang segar dan sedap! Habis licin pinggan nih tadi dikerjakan oleh Hans dan rakan-rakan.



Ini ialah antara menu yang menjadi kesukaan ramai iaitu marshmallow dan seperti biasalah mestilah korang celup dengan coklat dan makan. Takkan itu pun nak bagitahu kut? Hahaha! Yang penting sedap!



Inilah antara menu-menu yang Hans sudah pun rasa, makan dan melantak di Evelyn's Chocolate House di Sky Park One City yang baru dibuka. Tempatnya menarik, suasananya pun lain dan senang cakap korang semua boleh mencuba menu-menu menarik ini di sini. Hans dah sudah! Korang bila lagi? Cubalah dan pasti korang tak menyesal (^_^)Y 

25 ulasan:

  1. weeii, bestnya dapat makan cokelattt. sedapnyaaaaa

    tapi, menu dia mcm dip n dip. hampir sama. hewhewhew

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih kurang tapi dekat sini pun boleh tahan sedap dan yang seronok tu semuanya diusahakan oleh orang Melayu :)

      Padam
  2. Balasan
    1. alah bro...sekali sekala nak makan tu apa lah salahnya..
      tapi hari2 kalau makan memang kering lah duit..
      hehehe

      Padam
  3. pergh! buat aku lapo je tgk makanan tu semua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe...tahu xper..coklat sedap

      Padam
  4. sye bukan peminat coklat tapi bila tgk gmbr2 ni macam teringin jugak hehe ...harga nye tak mahal ke?selalu nye makanan macam ne mesti mahal kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut kepada menu dia...

      ada yang sederhana n ada yang mahal sikit

      tapi sekali sekala nak merasa tak salah berbelanja lebih sikit :)

      Padam
  5. tak ajak pun aku
    sedih ah camni
    meleleh air liur ak belek gambar kat blog ko nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. hek eleh..ko pun tak ajak aku...hehe

      Padam
  6. Wallawee...sedap siot dapat makan coklat smp lebam. Huhuu...aku pun peminat coklat jugak.

    BalasPadam
  7. arghhhh..ni nak jeles dengan Hans nih.. T_T

    main game chipsmore kat sini..=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..jgn jeles sikit2..sila jealous banyak...hehe

      Padam
  8. sedapnye wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    BalasPadam
  9. W0w...nmpk sdapnyer waffle tu. Ni mesti try ni. Xpe skali skala lupekn kejap psl diet tu hehehe...

    BalasPadam
  10. hohoho... mmg best sangat2!!!
    cheaper or half price dari dip & dip

    BalasPadam
  11. mmg sangar2 sedaaap!!!
    kalau ke sana pasti x lepas utk order sky park banana crepe.
    mmg best!!

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com