Sabtu, 9 November 2013

Macam Comel Jer Tok Hang!

Aku tak faham dengan budak-budak yang baru nak 'up' zaman sekarang nih.

Nak kata akal tak ada tetapi sesetengah tu bab pelajaran memang pandai.

Nak kata tak mengikuti perkembangan semasa tetapi masing-masing ada gadget canggih.

Kalau ada berita panas jer mesti mereka selalunya yang tahu dulu dan sebarkan.

Sekarang nih macam dah jadi satu trend pula dengan upload video bodoh, geli, perasan cantik dan sebagainya yang dihasilkan oleh si tuan empunya akaun youtube untuk tontonan umum.

Bila dah dikecam dengan mudahnya mereka minta maaf sebab masing-masing ingat ucapan maaf akan menyelesaikan segala-gala masalah di dunia ini.

Nilai ucapan maaf tu dah macam tak wujud dah sekarang dan alasan kenapa kau buat perkara bodoh tu pun selalunya susah nak diterima.

"I saja upload! Suka-suka jer!" - Kalau dah macam tu memang ramai lah yang 'suka-suka' nak 'puji' kau.

"I upload video nih untuk I dan kekasih I jer!" - Kalau dah macam tu motif kau upload untuk tatapan umum kenapa? Tolong jangan tunjuk sangat 'kepandaian' tu boleh?

"I upload video nih sebenarnya parody jer. Saja nak sindir orang tu!" - Masalahnya parody yang kau buat lagi jijik daripada video asal. Lagi menyampah orang tengok video kau daripada tengok video asal!

"Asal nak sibuk? Mak bapak kekasih I tu tak kisah pun I buat video nih. Siap bagi support lagi!" - Jadi, faham-faham jer lah! Jawapan dah ada depan mata! Bengap bertingket-tingket namanya!

Tolong lah budak-budak yang baru nak 'up'! Jangan semak dan penuhkan dunia maya nih dengan video-video bodoh yang tak ada manfaat langsung. Hasilkan video yang ada kreativiti membina yang positif sikit! Gelilah bila tengok kuantiti video yang tahap geli-geliman nih!

P/S : Manusia Semakin Hilang Sifat Malunya! 

8 ulasan:

  1. agree! tak faham kenapa nak buat macam tu

    BalasPadam
  2. Manusia boleh buat ape saje bile hilang sifat malu..
    Video parodi yg menyindir ade yg lebih geli tak igt dunia.

    BalasPadam
  3. pengaruh media kuat skunk ni... nak cepat femes.. hik2

    BalasPadam
  4. Tula, sanggup buat apa saja untuk pull attention orang. -.-"

    BalasPadam
  5. bebudak skrang ni tak fikir panjangkan..
    dan zaman skrang ni, apa yg kita buat tentu akan ada kesan..
    tambah2 dunia it skrang dah luaskan..

    BalasPadam
  6. jalan mudah utk femes adalah menunjukkan ketidakcerdikan...

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com