Khamis, 2 Januari 2014

Berbasikal Di Taman Pertanian Malaysia

Assalammualaikum dan selamat tahun baru 2014 kepada semua pembaca dan pengunjung hanshanis.com yer! Seperti biasa aku kurang gemar menyambut malam tahun baru dengan bersesak-sesak bersama ribuan orang semata-mata untuk melihat cahaya bunga api atau sebarang persembahan yang ada di pelbagai tempat. Jadi, aku dan rakan-rakan membuat satu rancangan untuk bertemu pada awal pagi 1 Januari 2014 di Taman Pertanian Malaysia di Shah Alam untuk menjalankan aktiviti berbasikal. Aku bergerak ke Damansara untuk bertemu seorang rakan pada pukul 7.45 pagi. Seronok gila tengok jalan raya memang tak sesak langsung. Kan seronok kalau hari-hari keadaan jalan macam nih...hahaha! Dari Damansara kami bertolak ke Seksyen 7, Shah Alam untuk bertemu seorang lagi rakan disana. Disebabkan perut kelaparan jadi singgah sekejap lah pekena nasi lemak dekat Restoran Cinta Sayang. Lama tak melantak dekat situ. Akhirnya tepat pukul 10 pagi, kami bertiga pun menuju ke Taman Pertanian Malaysia di Shah Alam untuk menjalankan aktiviti berbasikal.

Adakah Kawan-Kawan Aku Nih Sudah Dimasuki Saka Monyet?

Basikal? Wah! Zaman sekolah dulu memang rajin naik basikal tetapi aku dah tak ingat bila kali terakhir aku naik basikal. Hahaha! Sampai sahaja di tempat parkir kereta tu terus aku menuju dekat kaunter untuk beli tiket masuk. RM3 sahaja! Jadi, sampai kedalam terus tercari-cari mana tempat untuk mendapatkan basikal. Dekat sini harga basikal aku tak pasti ikut saiz ker apa tapi yang paling murah tak silap aku yang sewa sejam RM5 tetapi masa kami datang tu basikal tu dah habis disewa oleh pengunjung lain. Jadi, kami pun bersetuju ambil basikal yang berharga RM10 untuk sewaan sejam dan tambahan RM1 untuk setiap jam berikutnya.

Mampu Kayuh Basikal Tapi Rantai Basikal Tak Ada? Hahaha!

Mula-mula tu aku agak tergagau sikit lah sebab tempat duduk dengan kepanjangan kaki aku memang cukup tak selesa. Yang kelakar tu tanpa buat sebarang senaman untuk panaskan badan terus aku dengan dua orang kawan nih naik basikal dan cabaran pertama kami ialah mendaki bukit. MAK DATOOOOO!! Penat gila!! Nampak sangat setahun senaman sekali jer!! Hahahaha! Awal-awal dah pancit! Selepas dah mendaki dua bukit kena pula bukit ketiga dan tiba-tiba rantai basikal aku tercabut terus. Arggghhhhhhhhh!!! Aku dah lah masa tu dalam frasa pancit awal tiba-tiba pula rantai basikal nih tercabut habis. Memang tak boleh betulkan sebab tak ada sebarang peralatan jadi nak tak nak memang kena patah balik ke tempat yang aku sewa basikal tadi. Jumpa Dua BUKIT TU BALIK? NAK KENA MENDAKI? ARGGGHHHHHHHHHHH!!!

Aku Jer Muka Tak Penat! Mohon Percaya! Hahahaha!

Serius letih weh! Peluh dah macam apa dah keluar! Aku siap ajak kawan-kawan aku balik dah. Aku gurau jer! Hahaha! Akhirnya sampai juga dekat kedai terbabit. Aku ingat nak kena bayar ganti rugi kerosakan tetapi alhamdulillah tak payah. Seronoknya tu sebab dapat tukar dengan basikal baru. Hah! Baru seronok sikit basikal baru nih! Jadi, dibawah adalah beberapa gambar kenangan sebentar tadi sewaktu aku dan rakan-rakan berbasikal bersama-sama.

Kami bertiga sebenarnya ikut gerak hati jer kayuh basikal nih. Selain daripada melihat papan tanda yang tersedia, kami juga main masuk jer dekat lorong-lorong yang kami rasa macam seronok untuk diterokai. Hahaha! Banyak tempat juga yang kami singgah macam Perkampungan Budaya, Rumah Empat Musim dan juga beberapa tempat tetapi kebanyakan tempat yang pergi ada yang masih dalam pembinaan dan ada juga yang menjadi kawasan terbiar. Sesuatu perlu dilakukan bagi menjadikan kawasan disini lebih hidup dan menarik. Itu pada pandangan saya lah. Eh, skema pula ayat aku nih! Hehehe! 

Secara jujurnya aku kurang menggemari minuman isotonik sebab rasanya yang agak masam dan kalau aku beli pun memang tak pernah habisnya aku minum. Tetapi, sejarah tercipta pada hari ini apabila aku berjaya menghabiskan dua botol air 100 plus perisa lemon. Hahaha! Dahaga punya pasal mungkin disebabkan proses perpeluhan dan pecah lemak dan dipercayai berat badan aku kini dah jadi 40 kilogram selepas aktiviti berbasikal nih. Serius bising gila aku tadi naik basikal nih sampai naik stress kawan-kawan aku yang dua orang tu. Hahaha!

Disebabkan kerajinan kami bertiga mengayuh basikal menuju ke lokasi yang kurang popular...maksud kurang popular nih sebab bila aku tengok kawasan tu yang ada cuma kami bertiga jer dekat situ tadi...Hahaha! Jadi, alhamdulillah kami tiba di kawasan Empangan Air Kuning nih dan sampai jer dekat sana barulah kami tahu ini merupakan tempat kepada kaki-kaki pancing untuk memancing disini. Patutlah tak jumpa pengunjung lain yang datang berbasikal dekat kawasan sini. Hahaha!

Memang banyak kawasan yang kami lalu dan jumpa banyak tempat seperti orang berkelah, tengok kuda padi serta taman burung. Satu kejadian menarik berlaku di kandang kuda tadi apabila seekor kuda nih suka pula dekat kawan aku. Dia tak bagi kawan aku balik. Nasib dalam kandang. Hahaha! Sedar tak sedar rupa-rupanya dekat 3 jam kami bertiga nih mengayuh dan menolak basikal. Perkara paling seronok sekali bila daripada atas basikal kita meluncur laju turun ke bawah. Memang terasa macam pelumba basikal Malaysia yang nama Anuar Manan tu lah sekejap. Tetapi, waktu nak mengayuh naik atas bukit tu memang azab gila. Ada satu tahap sampai aku tak rasa kewujudan kaki aku. Hahaha!


Apa-apapun, alhamdulillah kami berjaya menjalankan aktiviti berbasikal nih dengan menghadapi macam-macam peristiwa dan gelagat masing-masing. Penat mengayuh! Penat menolak basikal sewaktu mendaki bukit yang tinggi! Penat bergelak ketawa lagi! Jadi, permulaan tahun baru 2014 telah pun dimulakan dengan aktiviti yang menyihatkan badan dan minda. Terima kasih kepada kedua-dua rakan aku kerana sudi bersama-sama berbasikal disini. Selepas ini, insyaallah kalau ada masa terluang nak cuba aktiviti paragliding pula dengan kawan-kawan aku. Selamat Tahun Baru 2014 :)

4 ulasan:

  1. best tu... kitorang pernah konvoi berbasikal dr Taman Wira ke Jubli Emas

    BalasPadam
  2. mesti ramai yang suka posing dekat papan tanda monyet tu kan!

    hikhik!

    BalasPadam
  3. best nye..berbasikal ni dah banyak kali masuk dalam list hujung minggu tapi tak pernah buat lagi...hehe

    BalasPadam
  4. Lama betul aku berbasikal..selalu naik motor je..haha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com