Jumaat, 14 Mac 2014

Robot Pun Tahu Erti Rehat

Assalammualaikum! Lama betul aku tak menaip dekat blog aku nih! Kalau labah-labah boleh hidup secara maya dalam blog nih mesti dah macam gua batu kapur yang baru dijumpai manusia! Penuh dengan sawang! Sibuk bekerja sampai domain blog aku dah cukup setahun pun aku tak sedar. Patutlah hari tu buka tak keluar apa-apa. Hahaha!

Aku pun tak tahu lah entry yang aku taip nih masih ada orang yang baca atau tidak. Maklumlah aku bukannya lagi blogger yang boleh post 2-3 entry macam zaman aku belajar dulu-dulu. Sibuk kerja punya pasal! Pagi bangun fikir pasal kerja! Kerja dari pagi sampai malam! Malam sebelum nak tidur fikir lagi pasal kerja! Mimpi pun kadang-kadang mimpi pasal kerja! Haihhh!!

Sibuk betul lah aku sekarang nih sampaikan ada satu tahap bila ubat gigi dengan shower cream dah habis, aku langsung tak ada masa nak beli! Jadi, penyelesaiannya aku rembat lah housemate aku punya. Hahaha! Bila dah sibuk sangat bekerja sampai tak tahu keadaan sekeliling....kadang-kadang tu terfikir juga tiba-tiba. Asal dulu aku pilih kerjaya nih? Adakah aku menyesal pilih benda yang aku suka? Mampukah aku bertahan dengan segala cabaran dan dugaan dalam bidang kerja yang aku sedang tempuh sekarang? - Ini Semua Ayat-Ayat Yang Keluar Bila Stress! Hahahaha!

Aku harap sangat orang-orang atas terutama bos besar mohon faham sikit situasi orang-orang bawah ini. Memang masing-masing banyak kerja tetapi dalam masa yang sama fikirkan tentang hidup orang lain juga. Masing-masing ada kehidupan yang perlu dijaga. Kalau betul anda seorang yang jenis kuat bekerja sampai tak ingat dunia...jangan samakan orang lain dengan anda.

Aku pun tak tahu lah dengan bidang kerjaya aku sekarang bolehkah seorang wanita itu mampu memahami aku. Maklumlah wanita nih suka dibelai...suka ditanya khabar...suka ditanya soalan yang membosankan seperti "Awak Sihat?", "Awak Dah Makan?" "Awak Buat Apa Tu?" .... Kadang-kadang aku dituduh seperti mengabaikan! Tidak ambil kisah! Tidak peduli! Hahaha! Masalahnya kesibukan kerja aku membuatkan aku sendiri terpaksa mengabaikan diri aku apatah lagi orang lain.

Berteman hanya untuk kepentingan diri memang tak akan kekal lama tetapi jika niatnya murni untuk ke arah perkahwinan dan bukannya sekadar inginkan perhatian dan tidak lokek membantu memberi semangat insyaallah segala-galanya akan berakhir dengan keputusan yang terbaik. Apa-apapun, aku cuma seorang manusia yang kenal erti rehat. Sedangkan robot pun tahu bila ia harus berhenti apatah lagi aku manusia yang adakalanya lemah dalam melakukan sesuatu. Sekian! 

7 ulasan:

  1. bz sgt ni, patutlah lama mhilang diri :-)

    BalasPadam
  2. sempat tak nak makan..mandi...ke dah beberapa hari tak mandi..:)

    BalasPadam
  3. Tak pe. Keje kuat sekarang. Kumpul duit utk kawin tu.. hehe

    BalasPadam
  4. haha..sibuk2 juga..tp kena pandai jgk curi masa ye..

    BalasPadam
  5. Tak update blog sbb bz ok lagi Hans, tapi jgn sampai 'seorang wanita itu' berjauh hati.. :-) Apa2 pun kesihatan kne jaga..

    BalasPadam
  6. haip!! husna ada je tgh baca ni..
    husna pon dah jrg dpt update bebanyak bkan sbb kerja tp sbb final year.. :p

    uit, "awak sihat?" "awak dah mkn?" soalan bosan ke?? :(

    klik nuffy infiniti luxury cars..

    BalasPadam
  7. nmpk mcm bz sgt2 tu.. hihi

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com