Melancong Ke Kemboja - Part 2
Hans Hanis
Rabu, April 09, 2014
24
Hari Kedua (2 April 2014)
Pada pukul 5.00 pagi, aku dan rakan-rakan bersiap-siap bangun untuk mandi, solat dan juga sarapan pagi. Untuk ke Kampong Cham, kami perlu bertolak awal kerana jaraknya yang agak jauh. Mengikut kata pemandu pelancong kami, kemungkinan dalam 2 jam 30 minit baru kami akan tiba di Kampong Cham. Jadi, dalam pukul 7.30 pagi kami pun bertolak ke Kampong Cham dari bandar Phnom Penh. Dalam perjalanan menuju ke sana, pemandu kami mengajak kami singgah ke sebuah pasar bernama Skun Day Street.
Kawasan ini cukup terkenal dengan labah-labah goreng yang menjadi makanan istimewa penduduk disini yang rata-ratanya beragama Buddha dan juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk berkunjung ke sini. Aku sendiri pun tak tahu macam mana masyarakat dekat sini tergamak nak makan labah-labah hitam kaki panjang nih tetapi mengikut ceritanya penduduk setempat mula makan labah-labah nih disebabkan zaman pemerintahan Pol Pot dulu mereka susah untuk dapatkan makanan. Tengoklah! Sebab Pol Pot durjana tu masyarakat sini makan benda bukan-bukan! Haihhh!
Labah-Labah Goreng Istimewa
Kawasan ini cukup terkenal dengan labah-labah goreng yang menjadi makanan istimewa penduduk disini yang rata-ratanya beragama Buddha dan juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk berkunjung ke sini. Aku sendiri pun tak tahu macam mana masyarakat dekat sini tergamak nak makan labah-labah hitam kaki panjang nih tetapi mengikut ceritanya penduduk setempat mula makan labah-labah nih disebabkan zaman pemerintahan Pol Pot dulu mereka susah untuk dapatkan makanan. Tengoklah! Sebab Pol Pot durjana tu masyarakat sini makan benda bukan-bukan! Haihhh!
Cengkerik Goreng
Lipas Goreng? Yucckkkkkksss!!
Kumbang Goreng
Katak Goreng! Nyum Nyum! Hahaha!
Ulat Goreng! Ulat Apa Entah!
Selain daripada labah-labah goreng, dekat sini juga ada dijual macam-macam lagi lah serangga serta haiwan lain. Antaranya cengkerik, kumbang, belalang dan paling aku tak boleh blah tu ialah lipas goreng! Gila betul lah makan lipas! Mohon datang tangkap lipas di Malaysia semoga lipas pupus dan tak mengganggu ketenteraman jiwa aku lagi! Hahaha! Selain daripada tu ada juga katak goreng! Burung goreng! Yang aku nampak yang kita sebagai orang Islam nih boleh makan pun hanya telur burung puyuh! Hahaha!
Labah-Labah Sebelum Digoreng Macam Nih Lah Rupanya!
Harga dia tak mahal! Tak silap aku dalam 1000 atau 2000 Riel jer kut! Lupa pula dah! Tetapi, memang murah lah! Dekat sini pun ada juga dijual labah-labah hidup sebab aku nampak ada penduduk dekat sini datang beli! Siap ambil guna tangan dan timbang lagi. Aku rasa kalau labah-labah hidup tu ada dekat rumah rakyat Malaysia, mahu menjerit tak kira perempuan atau lelaki. Hahahahaha! Penjual dekat situ suruh aku rasa. Tak apa lah kak! Kalau dah tak ada makanan sangat barulah saya terasa nak cuba! Hahaha!
Dekat pasar Skun nih pun tak dapat lari daripada budak-budak yang datang merayu dekat aku untuk beli barang yang mereka jual. Salah seorang ialah kanak-kanak perempuan yang datang menjual buah mangga dekat aku. Aku waktu tu tertinggal clutch dalam kereta sebab aku tak berniat nak beli apa-apapun dekat pasar nih. Budak perempuan nih pula asyik memaksa aku beli walaupun aku cakap aku tak makan mangga(hakikatnya aku hantu mangga kut! hahaha!). Tetapi, budak nih tetap juga tak berputus asa. Satu ayat dia yang paling menyentuh hati aku bila dia cakap,
"Awak banyak duit sebab awak boleh pergi sekolah! Saya tak ada duit nak pergi sekolah! Tolonglah beli barang saya!"
Budak tu bukan cakap bahasa Melayu tetapi aku terjemah siap-siap lah untuk memudahkan korang baca dan aku menaip! Apa-apapun, memang simpati dengan nasib kehidupan mereka dekat sana. Kecil-kecil dah kena berusaha untuk hidup. Apa-apapun, inilah salah satu pengalaman bernilai aku dekat kawasan bernama Skun nih. Jadi, untuk entry akan datang, aku akan sambung kembali perjalanan dan pengalaman aku sewaktu berada di Kampong Cham. Sekian! Assalammualaikum.