Khamis, 5 Jun 2014

Melancong Ke Kampong Cham Kemboja - Part 3

Kampong Cham ini sebenarnya ialah macam negeri lah dekat Malaysia.
Bukannya kampung sebab dalam Kampong Cham ini ada banyak daerah dan mukim!

Alhamdulillah! Akhirnya ada juga masa dan juga mood aku nak menaip kembali pengalaman aku sewaktu berada di Kemboja pada bulan April dulu. Baiklah! Selepas dah melihat Serangga Goreng Yang Sedap tu, kami pun meneruskan perjalanan ke Kampong Cham yang mengambil masa lebih kurang lagi sejam lebih untuk sampai ke sana. Dan mengikut kajian aku terdapat hampir 750 ribu penduduk Islam di Kemboja yang kebanyakannya tinggal di kawasan Kampong Cham ini.

Banyak juga bulatan-bulatan yang terdapat sepanjang perjalanan menuju Kampong Cham.

Daripada Phnom Penh ke Pasar Skun Day Street dan kemudian menuju Kampong Cham membuatkan perjalanan aku kembali ke masa lampau. Jika Phnom Penh seperti bandar-bandar di Malaysia pada zaman 90-an dan aku merasakan Kampong Cham ibarat Malaysia di tahun 70-an barangkali atau mungkin lebih terbelakang daripada segi pembangunan dan kemajuan ekonominya. Mana tak nya bila seronok tengok pemandangan sawah padi dan juga bunga teratai yang diusahakan di kolam tiba-tiba mata terpandang beberapa buah kereta kuda dan kereta lembu yang digunakan sebagai salah satu pengangkutan masyarakat disini.


Fuh! Rasa macam terkejut dan kemudian rasa seronok juga sebab kalau dekat Malaysia nih macam susah sangat nak nampak kereta kuda dengan kereta lembu nih. Kalau ada pun yang kena bayar. Hahaha! Waktu tu dah mula rasa teruja balik sebab dah jumpa salah satu benda yang unik dan lain dari Malaysia walaupun ini bermaksud tempat yang aku tuju ini masih belum membangun. Akhirnya aku tiba di kawasan Kampong Cham dan aku serta yang lain menuju ke salah sebuah perkampungan Islam yang terdapat disini. Kami sempat melalui perkampungan masyarakat Buddha yang tinggal di sini dan apa yang uniknya, setiap rumah pasti ada satu binaan yang dibuat daripada rumput mati atau jerami(aku kurang pasti dan tidak sempat bertanya). Ada yang rendah dan ada juga yang sama tinggi dengan rumah mereka. Rasa macam nak jer singgah sekejap tetapi melihat ada berbelas ekor anjing yang besar-besar semuanya memang tengok dari luar kereta jer lah. Hahaha! 

Dekat perkampungan masyarakat Buddha di Kampong Cham mesti ada benda nih. Unik tu!

Rumah-rumah dekat sini memang dibina tinggi kerana kawasan disini kerap dilanda banjir. Jadi, untuk sampai ke perkampungan masyarakat Islam Kemboja, kami perlu menaiki sebuah kapal yang membawa penumpang serta kenderaan ke sana untuk memendekkan jarak perjalanan. Nasib jarak tak jauh mana. Untuk pengetahuan semua, Kampong Cham merupakan sebuah kawasan yang mempunyai 4 mukim serta 24 buah kampung dimana majoriti penduduknya beragama Islam dan berketurunan Melayu Champa.

Beberapa Orang Kuat Ahli Kumpulan Kembara Nona Manis

Sampai jer sana, sudah ada bas yang menanti dan kami pun naik lah bas untuk menuju ke sana. Sampai sahaja kami disambut meriah oleh penduduk Islam di situ yang kebanyakannya terdiri daripada kalangan ustaz dan juga pelajar tahfiz. Rupa-rupanya kawasan itu sangat dekat dengan sekolah yang lebih dikenali sebagai madrasah oleh mereka dan disitu lah tempat mereka mencari ilmu.

Jemput makan! Memang sedap! Terima kasih penduduk Islam Kampong Cham :)

Alhamdulillah dan kedatangan kami bukan sahaja disambut oleh senyuman serta tangan yang sentiasa menghulur untuk bersalaman tetapi yang seronok ialah makanan-makanan yang disediakan sendiri oleh orang kampung disini. Sedap bak hangggggg!! Dah tak heran dah depa nak kata aku kebuloq ka mengketedarah ka janji aku dengan yakinnya tambah nasi! Hahaha! Lapar sepasal dan sedap tu memang sedap! 


Serius mangga depa sedap weh! Rugi kalau sampai tak cuba makan! Sedap bak hangg!

Tetapi, satu yang aku tak boleh nafi ialah buah-buah yang mereka jamu pada kami semua. Ada dua buah iaitu mangga dan oren sunkist. Yang buah oren aku tak makan pun sebab aku suka mangga. Rasa sekali mak datooooo!! Manis sedap bak hang! Aku tak tau nak cakap apa lah! Kalau ikut nafsu tamak tu nak jer aku pulun makan sorang ja buah mangga nih tapi sebab ramai jadi tahan jer lah nafsu serakah tu. Tapi serius manis betul! Kalau lah boleh buat jus memang rasa indah seperti terbang di awan. Apa aku merepek nih? Hahaha!

Demi ilmu walaupun ramai bersesak-sesak tetapi tetapi riang belajar.

Aku berkesempatan melawat sekolah mereka dan memang kawasannya cukup sempit seperti di dalam gambar nih. Kalau dekat Malaysia, satu kelas  tu kalau dah 30 orang pun dah dikata sempit tetapi ruang kelas dekat sekolah mereka nih jer dah lah kecil dan lebih daripada 50 orang aku rasa duduk dalam tu. Tapi, masa aku pergi kebanyakkan pelajarnya dah besar. Yang dalam gambar tu kecil-kecil jer. Gambar nih aku ambil dekat google jer tapi ruang kelasnya memang sama macam dalam gambar. Dan pelajar-pelajar yang aku jumpa waktu tu walaupun kebanyakan dah remaja tetapi masih pemalu tambah-tambah bila nampak aksi kamera. Hahaha!

Aku Yang Baju Merah Tu! Kacak Kan? Kahkahkah!

Akhirnya selepas kumpulan Kembara Nona Manis menyerahkan sumbangan sempatlah aku melihat hasil bantuan kumpulan ini serta rakyat Malaysia yang sudi menyumbang untuk pembinaan sekolah serta madrasah yang lebih luas serta moden untuk keselesaan saudara Islam kita disini. Alhamdulillah! Semoga lahirnya pendakwah-pendakwah terkenal serta yang mampu membantu dan menyumbangkan ekonomi masyarakat Islam di Kemboja ini.

Proses Pemasangan Paip Untuk Sumber Air Yang Bersih Bagi Penduduk Islam Kampong Cham

Kemudian kami menuju ke sebuah lagi perkampungan Islam untuk melihat hasil pemasangan paip di sana bagi memudahkan penduduk Islam mendapatkan sumber air yang bersih dan segar. Aku dimaklumkan yang kami kesana hanya untuk melihat proses pemasangan paip hasil sumbangan rakyat Malaysia tetapi dari jauh aku dah terlihat begitu ramai penduduk yang menantikan kehadiran kami. Aku rasa dalam beratus-ratus orang juga dan aku mula teringat tentang sedikit pembacaan aku di blog-blog yang pernah pergi ke Kemboja sebelum ini. Kata mereka selalunya bila mereka tahu ada rakyat Malaysia yang nak datang maka mereka akan datang beramai-ramai dengan harapan akan mendapat sedikit sumbangan daripada sesiapa yang datang.

Lagi Ramai Daripada Yang Dalam Gambar Nih! Memang Sesak Dan Padat!

Tak sempat nak turun daripada bas lagi mereka dah datang menyerbu dah terutama kanak-kanak. Nak tak nak terpaksa juga lah mereka bagi beberapa sumbangan sebab memikirkan kesian pula penduduk Islam disini sanggup menunggu dan berpanas. Fuh! Aku waktu tu fikir dah macam aku nih artis pun ada sebab jumlah mereka yang datang nih lebih kurang macam nak tengok konsert Jom Heboh dah. Memang ramai gila! Apa-apapun memang ramai betul yang datang dan meminta sumbangan. Maaf lah yer! Aku pun bukannya orang kaya sangat pun. Simpati tu memang simpati tetapi aku hanya mampu berdoa semoga ada lagi yang datang membantu kalian.

Budak-budak dekat sini pula bila nampak benda-benda yang unik sikit macam kamera apa nih mulalah datang serbu. Hahaha! Biasalah budak-budak! Kehidupan mereka dekat sini memang susah sikit. Kebanyakan penduduk disini menternak lembu selain bercucuk tanam dan ada sesetengah jadi nelayan. Mereka memang anggap lembu nih bernilai sebab seekor lembu disini harganya agak mahal juga lah. Dan dengan bantuan ramai rakyat Malaysia, alhamdulillah kehidupan penduduk disini semakin baik dengan wujudnya paip-paip yang dipasang di setiap rumah disini. Siapa lagi nak membantu kalau bukan kita sesama Islam.


Jadi, tamatlah perjalanan aku pada hari kedua di bumi Kemboja nih. Dalam perjalanan kembali semula ke hotel di Phnom Penh, sempat juga berbual-bual dengan dua orang pemandu pelancong yang sentiasa menemani kami sepanjang berada di Kemboja nih. Mereka bertanya aku pernah tak menonton filem Syurga Cinta dan Longkai? Aku cakap lah pernah untuk filem Syurga Cinta. Amboi! Bukan main rancak mereka bercerita! Best lah! Suka lah! Jalan cerita menarik lah! Aku tanya macam mana mereka tahu pasal filem tu? Tonton di youtube rupanya! Wah! Hebat hangpa dua nih noh! Hahaha! Lepas tu belajar sikit-sikit bahasa Kemboja sebab esok aku rancang nak membeli-belah dekat Central Market. Belajar perkataan tawar menawar harga(tetapi waktu entry ini ditaip aku dah tak berapa ingat dah!Hahaha). Letih lidah nak menyebutnya. Cho Te Lai lah apa lah! Hahaha! Dan disebabkan perjalanan yang panjang jadi perut kembali lapar. Nak tahu aku dan mereka makan apa?

Welcome To KFC Phnom Penh, Cambodia!

Jangan ingat dekat Phnom Penh tak ada KFC. Ada bak hanggg!! Halalan toyibban lagi hah! Ini pun disarankan oleh kedua-dua pemandu pelancong kami yang sememangnya Muslim. Fuh! Sampai jer dah lewat! Semua habis! Yang tinggal ayam goreng dengan ayaq gas ja! Hahaha! Lapar punya pasal bedal jer lah! Sedap pula ayam kfc sini! Nyum Nyum! Alhamdulillah! Jadi, akhirnya tibalah di hotel dan masa untuk berehat sepuas-puasnya sebab esok nak membeli-belah nih! Central Markettttttt! Tunggu aku datanggggggg!!

P/S : Kebanyakan Gambar Yang Tak Ada Watermark hanshanis.com Diambil Dekat Blog Ini Disebabkan Masalah Bateri Telefon Serta Kesibukan Dengan Aktiviti Yang Tersedia Di Sana :)

11 ulasan:

  1. Bhsa cham nk dkt sme je dgn mlyu..mcm satu.kmi sbut sa..dua..tuwa..tga kelau..happy tgk org kmbja dgmbira kn..bla la leh dpt blk sne..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. Tumpang tanya kalau nak pergi kr kampong cham naik apa ye? Sebab kami ada try contact orang sana and dia kata naik van and harga RM1100 untuk dua hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kami dulu naik kereta...harga tak pasti pula sebab company tanggung..

      Padam
  3. lawat pengkakan chepa pun ok...sbb nama asalnya pengkalan champa.

    BalasPadam
  4. orang sekular menderma tp masuk nera...
    orang pondok minta derma tp msk syur...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum. Ada tak no contact ustaz2 kat sana. Sy nak buat program kebajikan utk program universiti. Tp sy xde kenalan di sana.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum. Ada tak no contact ustaz2 kat sana. Sy nak buat program kebajikan utk program universiti. Tp sy xde kenalan di sana.

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum. Ada tak no contact ustaz2 kat sana. Sy nak buat program kebajikan utk program universiti. Tp sy xde kenalan di sana.

    BalasPadam
  8. +855975777764 ustaz musa kemboja.

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com