Roti Titab Kopitiam Kita
Hans Hanis
Ahad, November 23, 2014
19
Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Hans ada ke negeri Kelantan atas urusan kerja. Ada satu benda yang membuatkan Hans masih teringatkan Kota Bharu, Kelantan iatu menu paginya yang cukup sedap dan menarik iaitu Roti Titab. Roti Titab ini sebenarnya menu yang ringkas sahaja tetapi ringkas dan mudah itulah sedap. Roti Titab ini terdiri daripada roti bakar yang cukup lembut, diletakan kaya di setiap penjuru roti dan telur separuh masak ditengah-tengah roti tersebut.
Sejujurnya tekak Hans nih memang susah sikit nak telan telur separuh masak sebab memang tekak boleh kembang dengan rasa telur tu. Tetapi, disebabkan kombinasi kaya dan telur itu menyebabkan rasanya memang sedap dan buat Hans tambah lagi sepinggan weh. Kalau di Kota Bharu, Kelantan nih yang Hans tahu Roti Titab nih hanya boleh dijumpai di kedai makan Kopitiam Kita yang merupakan kedai yang cukup popular dan menjadi pilihan rakyat kelantan untuk bersarapan. Selain Roti Titab ini, korang sebut jer apa jer makanan Kelantan....semua ada! Ada nasi tumpang! Ada nasi kak wok! Ada nasi dingin! Ada nasi kerabu! Memang rambang mata beb!
Kopitiam Kita nih pun menjadi pilihan ramai artis dan tokoh-tokoh hebat untuk bersarapan dekat sini. Jadi, katakan lah kalau korang pergi ke Kota Bharu dan teringin nak cuba makan Roti Titab atau segala jenis makanan Kelantan yang popular tu. Korang boleh lah pergi ke Kopitiam Kita nih tapi ingat kena pergi awal. Selalunya pukul 9 pagi dah banyak dah makanan yang habis! Hehehe! Selamat menjamu selera :)
KOPITIAM KITA
Alamat:
4357-A, Taman Desa Jaya,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu, Kelantan.
Nombor Telefon:
019-9810888
Waktu Beroperasi:
07.00 am - 13.00 p.m