Ahad, 23 November 2014

Roti Titab Kopitiam Kita

Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Hans ada ke negeri Kelantan atas urusan kerja. Ada satu benda yang membuatkan Hans masih teringatkan Kota Bharu, Kelantan iatu menu paginya yang cukup sedap dan menarik iaitu Roti TitabRoti Titab ini sebenarnya menu yang ringkas sahaja tetapi ringkas dan mudah itulah sedap. Roti Titab ini terdiri daripada roti bakar yang cukup lembut, diletakan kaya di setiap penjuru roti dan telur separuh masak ditengah-tengah roti tersebut.


Sejujurnya tekak Hans nih memang susah sikit nak telan telur separuh masak sebab memang tekak boleh kembang dengan rasa telur tu. Tetapi, disebabkan kombinasi kaya dan telur itu menyebabkan rasanya memang sedap dan buat Hans tambah lagi sepinggan weh. Kalau di Kota Bharu, Kelantan nih yang Hans tahu Roti Titab nih hanya boleh dijumpai di kedai makan Kopitiam Kita yang merupakan kedai yang cukup popular dan menjadi pilihan rakyat kelantan untuk bersarapan. Selain Roti Titab ini, korang sebut jer apa jer makanan Kelantan....semua ada! Ada nasi tumpang! Ada nasi kak wok! Ada nasi dingin! Ada nasi kerabu! Memang rambang mata beb!


Kopitiam Kita nih pun menjadi pilihan ramai artis dan tokoh-tokoh hebat untuk bersarapan dekat sini. Jadi, katakan lah kalau korang pergi ke Kota Bharu dan teringin nak cuba makan Roti Titab atau segala jenis makanan Kelantan yang popular tu. Korang boleh lah pergi ke Kopitiam Kita nih tapi ingat kena pergi awal. Selalunya pukul 9 pagi dah banyak dah makanan yang habis! Hehehe! Selamat menjamu selera :)


KOPITIAM KITA


Alamat:
4357-A, Taman Desa Jaya,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400 Kota Bharu, Kelantan.

Nombor Telefon:
019-9810888

Waktu Beroperasi:
07.00 am - 13.00 p.m

18 ulasan:

  1. Teringin pulak aku tengok memalam ni. Kot2 malam ni aku diterbangkan dalam mimpi pegi kelantan. sok pagi celik mata dah kat kelantan. acaner? haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...
      pergi lah
      sedap weh roti titab nih :)

      Padam
  2. Kt perlis panggil roti leleh..kt penang panggil roti gedik..buat breakfast..nyum2..sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dekat penang pernah makan roti macam roti titab ni..tapi tak ada kaya...dan memang tak berapa gemar....ada kaya baru sedap..hehe

      Padam
  3. tok rajin lagi makey roti titab ni..wak diri jadi ke dok ahu,haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. mu kecek kelate pekat boh....ambo tak pahe...hahaha

      Padam
  4. nampak sedap tuh..tapi kena tunggu balik kelantan dulu la baru leh try..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampak sedap...makan lagi sedap..haha

      Padam
  5. Roti tu makan camne?
    Potong2 sikit2 ke atau gigit terus mana nak telan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut orang
      macam saya...potong sikit2...makan dengan telur n kaya tu...
      sedapppppppppppppppppppp

      Padam
  6. wah.. macam sedap je.. boleh try ni!! hihi ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi saya sedap
      luna kena try lah
      hehehe

      Padam
  7. hahha penah makan. dan memang sedap!!

    BalasPadam
  8. adoi teringin pulak nak makan telur separuh masak malam-malam gini ae

    BalasPadam
  9. first time saya tau roti titab kat petakbunga.blogspot.
    kena kat saya,buat sendiri sajok roti titat tu

    BalasPadam
  10. Berapa harga roti titab tu? Set dgn kopi cawan vintage ke?

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com