Khamis, 15 Januari 2015

Bercuti Di Bukit Gambang Resort City - Part 2

Selesanya badan Hans apabila bangun pada hari kedua di Bukit Gambang Resort City nih. Sebelum bergerak ke destinasi pilihan haruslah isi perut dulu. Memandangkan di dalam pakej kami ada 2 baucer untuk sarapan pagi bagi setiap orang jadi manfaatkan lah pakej tersebut. Hahaha! Pilihan makanan tak adalah banyak macam dekat hotel tetapi tak kisah lah asalkan perut kenyang. Jadi, selepas perbincangan masing-masing sama ada nak mandi di Gambang Water Park atau nak meredah Safari Park dan akhirnya kami memilih untuk ke Safari Park dulu. Yeahhhhh!

 Sempat lagi tu aku 'menjahanamkan' harta kanak-kanak dekat sini! Hahahaha!

Untuk pengetahuan semua, Safari Park ini sangat luas kawasannya dan untuk melawat kawasan Safari sememangnya ada waktu tertentu. Jadi, korang kena rancang masa seelok-eloknya supaya dapat melawat semua kawasan. Jadi, Hans cadangkan korang semua pilih waktu pagi untuk meneroka keseluruhan kawasan yang terdiri daripada safari, taman burung, Discovery Centre, Sky Garden, Rumah Melayu dan banyak lagi lah.


Sebelum pergi meneroka flora dan fauna, korang akan terjumpa dulu sebuah kedai menjual cenderamata. Jadi, aku ternampak pula harimau comel belakang aku nih. Jadi, sebagai bukti keberanian dan kegagahan aku maka aku bergambar lah dengan harimau tu dengan hanya beralaskan pagar kayu jer. Hahahaha!



Jadi, haiwan pertama yang Hans jumpa ialah singa putih yer! Wah! Memang besar singa-singa tu! Yang menariknya tu, Hans dan rakan-rakan berpeluang menonton secara langsung kumpulan singa ini melabur saham di tepi batu. Sengal punya singa! Aku nak tengok kau tapi kau tunjuk tahi pula dekat aku! Hahahaha!


Perjalanan dah bermula tetapi maklum saja lah dimana-mana saja bergambar untuk menghabiskan bateri telefon masing-masing. Hahaha! Seorang dekat depan! Seorang dekat belakang! Masing-masing dah bersedia untuk menghapuskan lemak-lemak di badan!


Nampak tak tangan berapi macam Son Goku! Hahaha! Kami memang merancang untuk ambil gambar dulu sebelum memulakan maraton nih dan selepas habis meneroka alam kehijauan dekat sini pun kena ambil gambar. Jadi, boleh tengok lah wajah masing-masing sebelum dan selepas. Hahaha!


Tempat pertama yang Hans jumpa ialah Malayan House iaitu rumah melayu lama. Masuk jer dalam rumah nih tiba-tiba teringat dekat rumah Allahyarhamah Tok dekat Pulau Pinang. Seronok tengok rumah yang ada pelbagai hiasan antik. Tambah seronok tu sebab dekat luar rumah ini ada ayam, itik, angsa dan macam-macam lah! Memang mengimbau kenangan!


Hah! Sempat lagi berlakon iklan dekat sini! Hahahaha! Hans tengok depan rumah nih jer terus teringat iklan Adabi! Bila dah ambil gambar tengok-tengok adik dekat bawah tu pandang Hans pula! Silap besar lah kau dik! Dah tak pasal-pasal aku letak dialog dekat kau sekali dik! Dengan mak dia sekali pun ada dialog! Hahaha!


Biasalah kalau melawat kawasan rumah kampung lama mesti ada buaian, tempat tumbuk padi dan sebagainya. Bagus lah untuk keluarga atau ibu bapa yang ada anak kecil untuk bawa mereka kesini. Setidak-tidaknya boleh lah belajar dan melihat sendiri sejarah dan asal-usul nenek moyang mereka. Maklumlah bukan semua kanak-kanak sekarang kenal kampung sebab rumah atuk nenek masing-masing pun rumah batu kan. Hehehe!


Tak tahu lah apa kena dengan aku! Tiba-tiba semangat ambil gambar macam nih! Okay! Kita dah tiba di Discovery Centre. Dekat sini boleh jumpa kera comel! Kalau nak tahu, kera-kera disini siap ada nama lagi yer. Hahaha! Kera yang bawah nih tak silap Hans ialah kera betina. Comel kan?



Sky Garden! Sinilahhhh.....tempat....yang......menakutkannnn....pada sesiapa yang fobia pada serangga atau haiwan reptilia. Muahahahaha! Waktu Hans tengah lalu kawasan Tarantula tu tiba-tiba Hans tertarik pula dengan nama-namanya yang pelik. Entah siapa lah yang bagi nama dekat labah-labah nih. Kesian kau tarantula sebab dapat nama yang buruk. Hehehe!


Ada satu kawasan ini ada banyak iguana. Masa Hans masuk dalam nih ada seekor iguana tu cedera dekat ekor sebab baru lepas gaduh dengan kawan dia agaknya. Ada lah pula seorang dua kawan Hans ni takut dengan iguana nih. Laju betul dua orang tu jalan keluar daripada bilik iguana nih. Hahaha! Memang serius kelakar! Hans dengan seorang lagi pula semangat jer ambil gambar iguana dekat sini.


Hans tak tahu kenapa tetapi bila masuk jer kawasan taman burung nih rasa hati tu berbunga-bunga keriangan jer. Hahaha! Rasa macam masuk dunia baru! Dekat sini ada macam-macam burung termasuk burung merak @ peacock. Seronok pula kejar burung merak sebab nak tengok burung nih terbang. Nasib pekerja dekat sini tak nampak! Hahaha! Dekat bahagian bawah tu boleh lah nampak ada beruang-beruang tengah bermain. Dari jauh nampak gebu gila bulu dia! Rasa macam nak peluk tapi rasa-rasanya mungkin dia yang peluk Hans lepas tu sedar-sedar ada dalam perut dia dah. Fuh! 


Sedar tak sedar nak dekat 2 jam juga lah kami pusing-pusing melihat, melawat, membaca info dan bergambar dekat seluruh kawasan sini. Berpeluh tu memang sudah semestinya tetapi rasa gembira sangat. Jadi, ada satu lagi destinasi yang perlu kami pergi iaitu melawat haiwan-haiwan liar. Dari sini nak pergi ke stesen tram nak kena berjalan pula. Fuh! Dugaan apakah ini? Rasa tak kepenatan yang kami alami? Hahaha!


Dalam perjalanan terjumpa lah kepala kerbau ini dekat dinding. Kepala kerbau pun jadi untuk bergambar! Hahaha! Nasiblah zaman sekarang ambil gambar guna telefon jer. Kalau zaman aku sekolah dulu pakai kodak! Mahu 50 kodak aku kena bawa datang sini! Hahahaha!


Tram dekat sini ada dua corak. Satu corak zebra dan satu lagi corak cheetah. Tram ini memang dijaga dengan elok dan ciri-ciri keselamatannya memang dijaga rapi. Maklumlah sebab tram ini akan bawa kami melawat haiwan-haiwan liar yang ganas. Jadi, bila duduk dalam tram nih rasa selamat jer dan dapat tengok haiwan-haiwan ini lebih dekat lagi. Sepanjang perjalanan akan ada seorang pemandu pelancong yang akan menerangkan setiap haiwan yang dijumpai. Budak-budak kecil yang ada dalam tram tu masing-masing bersemangat jer. Tergelak-gelak pula Hans tengok keletah budak-budak nih.


Banyak juga haiwan ada dekat sini macam Hippo, Gnu, Antelop dan banyak lagi lah. Paling Hans suka dapat tengok dubuk tengah berjalan-jalan. Besar rupanya dubuk. Tengok dalam televisyen macam kecil sikit. Walaupun duduk dalam tram tetapi bila tengok dubuk berjalan-jalan dekat tram tu rasa cuak pun ada. Hahahaha! Memang seronok lah sesekali melawat dan melihat kehidupan haiwan-haiwan nih depan mata sendiri. 


Akhirnya selesai sudah lah pengembaraan kami berempat menjelajah flora dan fauna yang terdapat di Safari Park ini. Jadi, masa untuk ke bilik dan bersiap-siap untuk mandi di Gambang Water Park. Yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

BERSAMBUNG.......

6 ulasan:

  1. Aku dah 5 tahun kt Gambang ni tapi tak pernah jejakkan kaki ke sini..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...selalunya kalau dekat dengan rumah tak rasa nak pergi...hehe

      Padam
  2. ingatkan ada waterpark je..safari pun ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups...ada safari...ada persembahan tarzan, gajah n main api waktu malam

      Padam
  3. Peerrghhh!!!
    Dapat tengok singa lalui proses penyahtinjaan...
    Untungnya :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah...mahu tak untung...live weh..depan mata...hehe

      Padam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com