Khamis, 19 Januari 2017

Cita-Cita Nak Jadi Doktor

Aku ada banyak cita-cita masa zaman kanak-kanak dulu. Biasa lah budak-budak bila ditanya apa cita-cita mesti antara jawapan yang cliche yang aku dengar nak jadi doktor. Sama lah juga macam aku.

Sebab apa nak jadi doktor? Sebab nak ubat orang. Sebab doktor selalunya hensem bila pakai baju putih dengan stetoskop di leher. Walaupun tak hensem akan jadi hensem bila pakai macam tu. Itu pandangan aku masa tu lah gara-gara terpengaruh dengan penampilan Dr Ismadi dalam filem Ibu Mertuaku.

Sebab tu bila masuk sekolah menengah memang sasaran aku apa-apapun nak masuk kelas aliran sains sebab ada biologi. Dan kalau sesiapa masih ingat dulu dekat TV3 ada rancangan Medik TV yang selamba badak jer tunjuk masa pembedahan. Siap ada darah-darah. Nampak jantung berdegup semua tu. Satu keluarga aku cuak tengok tapi aku selamba jer tengok. Nampak tak betapa obsesnya aku nak jadi doktor.

Apakan daya masa tu aku sekolah teknik cuma ada 2 kelas jer belajar biologi. Peralatan kurang. Katak pun tak dapat bedah. Belajar pun ke laut masa tu sebab tak ada kawan nak belajar biologi. Jadi, persaingan nak pandai untuk biologi pun tak ada. Akhirnya, tak berjaya lah aku jadi doktor perubatan.

Yang aku pernah jadi doktor cinta. Berjaya selesaikan masalah cinta ramai kawan aku. Berkat bantuan aku masing-masing dah kahwin beranak pinak pun. Aku juga bujang lagi.

Kiranya tercapai juga lah cita-cita aku nak jadi doktor kan? Kan? Kan?

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah...tak semua orang boleh jadi doktor cinta...syukur...mereka bahagia berkat usaha dan nasihat...pahalanya berterusan... :)

    BalasPadam
  2. Sekarang mudah nak dapat PhD, so boleh jadi Doktor tu.. haha

    BalasPadam

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com