Ahad, 29 Januari 2017

Kebaikan Dan Khasiat Teh Hijau

Misi menurunkan berat badan buat masa nih berjalan lancar sebab  seluar dah longgar dan rahang muka pun dah timbul balik serta leher dah kelihatan. Hahahaha!

Salah satu petua yang rakan aku bagitahu untuk diamalkan ialah minum teh hijau tanpa letak gula. Jadi teh hijau pertama yang aku minum berjenama Ahmad Tea. Mula-mula minum tu rasa pahit sikit-sikit tapi kalau dah sebulan minum memang tak ada rasa pahitnya.



Memandangkan tadi dah habis 25 uncang jadi pergi lah membeli-belah teh hijau dan beli tiga kotak lain-lain jenama sebab ada kawan aku cakap ada yang tak pahit. Tengah nak membayar tu tiba-tiba akak cashier boleh pula borak dengan aku. Dia tanya sedap ker teh hijau nih sebab dia cuba minum juga tapi pahit. Aku kata dekat dia okay jer kak. Lepas tu ditanya pula aku apa kebaikan teh hijau nih? Aku pun cakap naik kan metabolisme badan. Wah! Pakar pemakanan pula tiba-tiba aku depan tu. Hahahaha!

Jadi, sepanjang yang minum nih memang aku rasa bagus lah. Metabolisme pun makin tinggi dan rasa macam cergas jer. Hahahaha! Lagi satu uncang teh tu kalau aku rajin aku ambil dan letak bawah mata untuk hilangkan lingkaran gelap tu dan terbukti berkesan. Kadang-kadang aku lumur jer daun teh tu dekat kulit muka dan jadi bersih juga lah muka daripada minyak dan kotoran.

Tadi terfikir juga apa lagi kebaikan dan khasiat teh hijau nih? Jadi, aku pun gunalah budi baik MR.GOOGLE untuk cari info dan ini antara yang aku jumpa.


KEBAIKAN DAN KHASIAT TEH HIJAU :

1. Mengurangkan berat badan kerana kadar metabolisme dalam badan meningkat lalu lebih cepat memproses lemak yang menetap dalam badan kita tu.

2. Mengawal kadar glukosa dalam badan dan mengelakkan peningkatan gula dalam badan selepas makan. Sangat bagus untuk sesiapa yang ada penyakit diabetes.

3. Dapat mengurangkan kes saluran darah tersumbat dan ini bagus untuk sesiapa yang ada masalah jantung.

4. Dikatakan juga dapat mengurangkan risiko barah Esofagus dimana dapat membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel sihat yang dekat dengan tempat barah tu.

5. Dapat mengurangkan paras kolestrol dalam badan. Memang bagus sebab dekat Malaysia nih memang banyak makanan bergoreng kan.

6. Dapat mengurangkan risiko kesihatan penyakit Alzheimer dan Parkinson. Macam betul juga nih sebab tangan aku macam dah kurang bergetar jer. Cuba korang minum.

7. Ada satu kajian menunjukkan dalam teh hijau nih ada sejenis bahan kimia antioksida yang boleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain. 

8. Tekanan darah tinggi pun dapat dikurangkan juga katanya kalau amalkan minum teh hijau nih.

9. Lepas tu katanya ada satu jenis asid amino dalam teh hijau nih yang bernama Theanine dan fungsi dia untuk bagi kita nih berasa tenang. Kalau ada rasa tekanan ker atau rasa nak bunuh diri tu baik minum teh hijau nih. In Sha Allah tenang lah tu dengan izin Allah.

10. Yang paling penting teh hijau nih memang bagus untuk kulit-kulit kita nih sebab dia melambatkan proses penuaan. Disamping korang berwuduk tu jangan lupa teh hijau pun akan menambah seri lagi pada kulit-kulit korang agar lebih menyerlah dan menawan. Hahahaha!

Itulah antara khasiat yang aku berjaya jumpa dekat google. Apa-apapun, memang banyak kelebihan minum teh hijau nih tetapi yang penting minum lah teh hijau tanpa letak gula yer. Kalau korang letak gula alamatnya bertambah berpenyakitlah korang.

JOM MINUM TEH HIJAU!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

If have advertorial to publish on Blog Hans Hanis, don't hesitate to contacting me at hanis_narnia@yahoo.com