Budaya Kemas Meja Makan Dan Basuh Pinggan

Aku melihat budaya pemalas tahap diva dalam kemas meja makan ini ada dalam semua diri masyarakat Malaysia tidak kira kaum mahu pun agama. Macam aku sendiri pun dikelilingi oleh rakan-rakan yang malas mengemas meja selepas makan. Ada sesetengah tu terlebih kreatif pula dengan mencampurkan macam-macam makanan, cengkerang, tulang dan air dan digaul-gaul untuk dihias-hias seperti bermain plastisin di zaman kanak-kanak. Maka makin semak samun jadinya kawasan meja itu.
Aku pula agak tegas dalam bab ini. Mungkin atas didikan emak juga sebab tak kira di rumah sendiri mahu pun di rumah orang pasti apa yang kami makan dan kami kena kemas sebaik mungkin.
Sebagai contoh bila hari raya pasti ada banyak biskut yang berbalut dengan cawan kertas. Ada sesetengah kanak-kanak mahu pun dah tua setaraf atuk pun mungkin tidak biasa ditegur jadi sama ada digulung-gulung cawan kertas itu dan dibiarkan berselerak atau dibiar saja terbang ditiup angin. Itu baru bab cawan kertas belum campur lagi bab makan yang ada kalah berterabur hingga ke lantai.
Aku dan adik beradik yang lain pula dididik untuk kemas dan letakkan dalam satu pinggan kotor sahaja sementara pinggan kotor lain dikosongkan di tindan-tindan untuk memudahkan tuan rumah mahu pun pekerja kedai untuk bersihkan.
Aku teringat masa aku bersekolah rendah, aku selalu makan petang di sebuah kedai makan. Masa tu makan apa pun rasa sedap. Dan apabila aku selesai makan, aku pun pelik aku bukan sahaja kemas meja tetapi mengangkat pinggan mangkuk tu hingga ke tempat basuh pinggan dan seperti biasa ramai yang memandang aneh perbuatan itu. Bagi aku, aku rasa seronok bila lihat makcik tukang masak tu senyum dengan kerajinan aku pada masa tu. Atas sebab ikhlas masa tu selalu jer aku dapat makanan lebih. Hahhahaaha!
Dan alhamdulillah pada masa sekarang, aku masih meneruskan perbuatan mengemas meja makan semampu boleh cuma tidak lah menghantar sampai ke bahagian pembersihan. Tetapi, rasa puas hati itu ada kerana secara tidak langsung memudahkan pekerja dan tak ada lah pekerja tu geli nak ambil pinggan makanan aku tu.
Sayangnya, bukan semuanya ada atau suka dengan sifat sebegitu. Ada yang bila kau kemas sikit mulalah keluar ayat :
"Eh? Sejak bila kau kerja sini?"
"Kau tak payah rajin sangat lah...karang senang lah kerja diorang tu!"
"Untung pekerja sini dapat pelanggan macam kau! Tak payah kemas meja! Makan gaji buta!"
Itu belum masuk lagi sikap yang bila duduk serumah, pinggan sendiri tak reti basuh dan melonggok lah di dalam sinki sampai ada yang terpaksa rajin nak basuh pinggan kau. Bila ditegur keluar lah alasan bodoh seperti di bawah :
"Biasa lah lelaki bujang tak basuh pinggan!"
"Kerja basuh pinggan nih bukan kerja lelaki. Kerja perempuan!"
"Dekat rumah aku...tak pernah aku basuh pinggan!"
Nampak ayat di atas nih? Sangat 'sivik' kan? Memang lancar jer lah mulut aku memaki hamun depan muka. Habis ingat aku hamba abdi kau nak basuh pinggan? Habis nak tunggu mak dengan kakak kau datang nak basuh pinggan kau? Kau tak pernah basuh pinggan dekat rumah kau? Kisah pula aku!
Sedih betul masih ada masyarakat kita yang bersikap macam nih. Tak pondan pun kau sebagai seorang lelaki basuh pinggan. Tak luak pun duit kau kalau kau bantu kemas meja makan walaupun tempat tu ada seribu pembersih meja pun. Kan dapat pahala!
Aku bersyukur keluarga aku terapkan sikap nih sejak dari kecil dan sampai sekarang aku tak rasa kekok pun nak buat benda nih.
Harap-harap semua dekat sini pun geng kemas meja makan lepas makan dan geng basuh pinggan sendiri.
Siapa geng sila bagitahu.
Siapa yang belum..sila-silalah belajar.
Isteri, Ibu, Kakak dan Adik Perempuan kalian bukannya pencacai basuh pinggan. Ringankan lah beban mereka tu.
Masing-masing melaung macam-macam perkara dan lagak bagai juara tetapi bab kemas meja makan dan basuh pinggan pun korang gagal.
Belum sentuh lagi bab tandas.
Maju sangat ker kita nih di tahun 2017 nih kalau benda macam nih pun masih gagal?

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama