Selasa, 19 Disember 2017

Daging Salai Masak Lemak Cili Api Di Restoran 10 Binjai PNB Perdana Hotel

Selasa, Disember 19, 2017 8

Assalammualaikum semua! Hari ini Hans nak update tempat makan yang cukup menarik sebab tadi dapat makan makanan yang cukup sedap dekat restoran nih. Memang sedap gila bak hang! Rugi kalau hangpa semua tak cuba makan!


THE BEST EVER DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API


Jadi, menu yang sangat sedap dan yang ingin Hans cadangkan kepada korang semua ialah menu Daging Salai Masak Lemak Cili Api dekat Restoran 10 Binjai bertempat di PNB Perdana Hotel yang berdekatan dengan KLCC tu.


PEMBUKA SELERA DIMULAKAN DENGAN CUCUR UDANG DAHULU. RASA BIASA JER. BOLEH LAH!


Serius memang sedap gila weh sebab chef yang masak menu nih pun memang asalnya orang Negeri Sembilan. Terus hilang gian nak makan masak lemak cili api nih sebab sebelum nih ada juga makan dekat tempat lain tapi rasa tu KICK lah. Yang ini memang sumpah sedap. Hans pun masa makan tadi memang makan tanpa rasa malu dah. Tak kisah dah orang sekeliling pandang pelahap pun. Janji sedap!


NACHOS DEPA SEDAP JUGA! TERANGKAT 1KM CHEESE DIA!


Kali terakhir Hans makan masak lemak paling sedap pun ialah masakan nenek dan moyang kawan Hans yang tinggal dan merupakan anak jati Kuala Pilah. Masa tu Hans masih belajar di semester 3 diploma. Memang dah lapan tahun lah kisah ini berlaku. Hahaha!


HALF BIRD ROASTED CHICKEN BERHARGA RM21. RASA PUN BOLEH TAHAN SEDAP!

Jadi, kepada sesiapa yang suka makan menu daging salai masak lemak cili api nih boleh cuba set berharga RM22 yang dihidangkan sekali dengan nasi serta sayur. Hans memang harap sangat korang pergi dan cuba sendiri makan di Restoran 10 Binjai di PNB Perdana Hotel nih untuk merasai sendiri keenakan makanan yang ditawarkan disini. Rugi weh kalau korang tak cuba sekarang. Menu-menu lain pun ada tapi Hans yang baru merasa daging salai masak lemak cili api ini memang Hans akui rasa menu nih memang sedap gila.



SKALA SEDAP : 4.6 / 5

Lokasi : 
PNB Perdana Hotel

Alamat : 
10, Persiaran KLCC, 50450 Kuala Lumpur.

Restoran : 
10 Binjai