Sabtu, 27 Januari 2018

Meatball IKEA Cheras

Assalammualaikum semua. Sebenarnya Meatball IKEA nih memang rasa-rasanya majoriti pembaca dan blogger mesti tahu dan pernah makan pun. Ada yang suka dan ada yang tidak. Bagi Hans pula memang Meatball Ikea nih menjadi salah satu makanan kegemaran dikala teringin nak makan lah. Hahaha!


Jadi, Hans berpeluang menjamah Meatball Ikea nih pada hari Khamis yang lepas. Memang lengang bak hanggg! Usah khuatir kalau datang ke IKEA Cheras pada hari yang bukan hari minggu kerana tidak perlu beratur panjang dan meja pun banyak yang kosong. Kalau kata datang hari minggu, nak tunggu meja kosong pun ambil masa berpuluh minit. Belum lagi tahan sakit hati menghadap kumpulan-kumpulan yang dah habis makan tetapi buat bodoh jer boleh bergelak ketawa bersembang sedangkan dekat sebelah dah ada menanti nak duduk.


Memandangkan hari Khamis tu selera Hans lain macam sikit jadi antara menu yang Hans makan ialah :

Meatball 20 Biji = RM18

Roti Coklat = RM3.50

Moist Chocolate Cake = RM6.90

Apple Pear Crumble = RM4.50

Air Minuman = RM1.00

Jumlah Keseluruhan = RM33.90


Tudiaaaaaaaaaaa!! Serupa 3 hari tak makan pula kan? Hahahaha! Jadi, Hans mulakan bacaan Bismillah dan menelan roti coklat dulu. Alhamdulillah lembut dan sedap makan sebab panas-panas lagi. Memang bagus sebagai pembuka selera. Hehe!

SKALA SEDAP : 3 / 5


Lepas tu teringin nak cuba makan Apple Pear Crumble nih pula. Nampak macam boleh tahan tetapi tak tahu lah sebab tekak Hans nih atau memang benda nih tak sedap. Serius tak sedap weh! Entah apa entah rasa dia. Rasa aneh! Rasa alien! Serius rasa menyesal beli benda nih!

SKALA SEDAP : -3 / 5


Ini pula Moist Chocolate Cake yang memang Hans suka makan bila datang sini. Memang lah ada lagi yang lebih sedap dari nih tetapi Hans kalau menu-menu melibatkan coklat nih memang Hans suka. Alhamdulillah Kek Coklat nih berjaya menghilangkan rasa ngeri Apple Pear Crumble tadi tu. Syukur weh. Hahaha!

SKALA SEDAP : 3 / 5


Seperti biasa lah, menu utama dia dah memanggil-manggil nama Hans. Hans macam ada terdengar bisikan halus,"Hansssss....makanlah akuuuu! Makanlah akuuuuu!"

Hans pun apa lagi. Sebiji-biji Hans kunyah, gigit dan telan. Semuanya berjumlah 20 biji. Beli 20 biji jimat RM2. Hahaha! Bijak kan? Tetapi, kalau untuk kesihatan atau yang sedang berdiet tu memang tak elok lah makan banyak-banyak nih sebab sebiji meatball nih jer dah berapa ribu kalori pula. 

Apa-apapun, buat sementara waktu memang lupakan bab-bab kalori...utamakan meatball 20 biji depan mata nih! 

SKALA SEDAP : 4 / 5


Alhamdulillah semuanya sudah selamat berada di dalam perut Hans yang membulat nih. Sekarang masalahnya tinggal menu tak sedap tadi tu jer. Hans cuba untuk menghabiskan Apple Pear Crumble nih tapi serius tak boleh weh. Bagi dekat kawan suruh habiskan pun dia tak dapat habiskan. Maafkan daku wahai A.P.C.!!! 

Apa-apapun, Hans berasa sangat gembira sebab dapat makan Meatball IKEA nih. Hahaha! Saja jer nak kongsi bagi korang semua cemburu. Bye!

P/S : Mohon IKEA Jangan Jual Lagi Apple Pear Crumble Nih. Serius Tak Sedap!

24 ulasan:

  1. Ikea cheras tk smp2 lg .slalunya pi Ikea mutiara damansara ..menu slalu order meatball, chicken wings, kek almond.. Tp dulu Ikea ada kek daim yg sgt sedap tp skarang dh xde.. Sedih ..nasibaik kek almond tu sedap not bad la.. Menu lain xpernh order.. Meatball paling byk pn 10biji

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikea damansara kecil dan ramai sangat orang...malas nak bersesak-sesak..hahaa
      owh kek daim tu sedap...eh dah tak ada ker sekarang? hari tu rasa macam nampak..entah

      Padam
    2. Lama dh xde kek daim Ikea.. Yg ada br seakan2 yg kek almond tu

      Padam
    3. owhhhh...ingat sama...saya sebab xminat sangat kek tu..tu yang berapa kisah tu...dok cari yang kek coklat jer...hahaha

      Padam
  2. Kalau pergi ikea wajib makan meatball ni

    BalasPadam
  3. Waduhh! Kau ni han, buat aku telan liur berkali2 😬😬 Pernah skali je pergi ikea nii, 5thn lps. Kecewa, tak sempat mkn meatball sb org super ramai, tambah anak yg msh kecil tu meroyan nak tidur.lenkali mai kl mesti pii sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. laaaa...sayang xsempat
      nak buat macam mana dah anak kecil meragam kan
      nanti try lain kalau ada rezeki dtg ikea

      Padam
  4. meatball ikea!!!!! my feberet toooo...ofkos kat IKEA Cheras..mak aih! mkn sorang meatball 20 biji tu? biar betik!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      tank besar kak...so 20 biji tu mudah jer telan...
      hahaha

      Padam
  5. pssttt!! beli apa kat IKEA tu? sis JM cari fefen..tahu tak fefen tu apa :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak lah...sebenarnya cari charger phone dengan nak tengok wayang dkt Maytown tu
      alang-alang makan lah dekat IKEA tu
      fefen? apo tu sis?

      Padam
  6. APC tu mmg tak pernah order..tgk pun tak terasa nk mkn..tgk pun sendu jek...kalau dah tak sedap mcm tu...ganti menu lain la kan..rugi jek org x beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...cuma masa terjumpa tu macam elok pula presentation dia dekat kitchen tu..
      tu yang try cuba...sekali rasa lagi teruk dari level sendu....menyesal beli...dah lah mahal...haha

      Padam
  7. aduhhhh...melting tgk meatball...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...bekukan balik sebelum jadi wap

      Padam
  8. Aduhaiiiii mengggoda sungguh meatball tu. Lama tak makan weyh...
    Tulah....makan kat IKEA ni malasnya tulah tu nak kena beratur pas tu chop tempat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pergi IKEA Cheras...meja banyak...dan pergi hari biasa...mesti xpayah beratur..meja berlebih2..hehehe

      Padam
  9. heh.. saja je buat aku terliur tgk meatball ni.. nyesal pulak baca.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      okay lah tu
      kasi lapar sikit petang2 nih
      heheh

      Padam
  10. lama plak tak makan meatball ikea ni..

    BalasPadam

Jika ada sebarang pertanyaan atau persoalan, boleh email kan kepada saya di mohamadhanisismail@gmail.com

Jika berminat ingin bekerjasama dengan pemilik blog ini melalui ulasan @ review berkaitan pelancongan, hotel, makanan atau apa-apa yang berkaitan juga amatlah digalakkan untuk berhubung dengan saya melalui email juga.