Pengalaman Di Movie Animation Park Studios (MAPS)

Assalammualaikum. Apa khabar rakyat jelata semua? Hahaha! Alhamdulillah akhirnya kembali mengemas kini blog sebab kali ini Hans nak kongsi pengalaman sewaktu berada di Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh, Perak.

Tetapi, sebelum tu apa kata tengok Hans melantak dulu menu yang popular di Ipoh. Apa lagi kalau bukan Nasi Ganja. Sedap bak hang! Hanya di Ipoh saja boleh bertemu dengan nasi pujaan hati nih.

TERLIUR TAK YANG MELIHAT TU?

 Ada Ayam Seketul. Ada Telur Masin Setengah. Ada Timun. Ada Sambal 'Ganja'

Perghhhhh!! Serius Sedap Bak Hanggggg! Hangpa Semua Kalau Mai Memang Wajib Try!


Alhamdulillah! Akhirnya Hans berjaya menjejakkan kaki di MAPS nih setelah 6 bulan berangan-angan. Untuk sesiapa yang masih belum tahu tentang kewujudan MAPS nih, Hans ada kongsikan sedikit info di bawah untuk memudahkan anda semua.

MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS (MAPS)
Lokasi : 
Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru Raya 3, 30020 Ipoh, Perak, Malaysia

Waktu Operasi (Isnin - Jumaat) : 
10.00 Pagi - 6.00 Petang

Waktu Operasi (Sabtu, Ahad, Cuti Umum & Cuti Sekolah) : 
10.00 Pagi - 10.00 Malam

Harga Tiket :
Dari RM114 - RM190 (Bergantung Kepada Pakej Yang Dipilih)

Laman Web :

Sebelum masuk ke dalam tu sempat lah berjumpa kejap dengan dua orang Bro Hantu Galah seperti di dalam gambar tu. Memang mesra betul semua pekerja MAPS di pintu masuk nih.

Bergambar dulu dengan pass masuk MAPS yang dekat tangan tu. Hehehe!

Tengok lah dekat papan tanda arah tu. Bukan main banyak lagi tempat-tempat menarik untuk dijelajahi. Hehehe!

Sampai jer dekat ruang tengah MAPS nih, serius kawasan di situ memang cantik gila dan sangat sesuai untuk sesiapa yang suka bergambar atau kaki swafoto. Dekorasi dan hiasan dinding di setiap sudut dengan pelbagai jenis corak, warna pastel yang menarik serta replika-replika yang diukir memang buat sesiapa yang berada disini rambang mata betul. Kalau boleh semua tempat nak bergambar. Nasib ambil gambar sekarang dah tak guna kodak macam dulu. Hahaha!

 Serius Cantik Gila Tempat Nih!

Hans tak tahu lah kenapa tetapi Hans suka bergambar dengan patung berkulat berlubang nih. Rasa kelakar sebab macam patung nih tengah sebut "YUHUUUUUU!". Hahaha! 

Jadi, tempat pertama yang Hans pergi ialah FANTASY FOREST dimana kawasan ini sebenarnya sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun sehingga 12 tahun. Jadi, kepada ibu bapa yang ada anak-anak dalam lingkungan umur ini amatlah digalakkan datang menjelajah ke kawasan ini sebab ada 8 tempat yang menarik untuk diterokai.

 Ala-ala di Mesir masa berjalan dekat sini.

Roller Coaster versi Kanak-Kanak.

RED BARON

TREE HOUSE

FANTASY CAROUSEL

 CAVE OF WONDERS

 Cantik kalau bergambar dekat COLISEUM WATER PLAY nih. Hans tak sempat hari tu.

CORAL KINGDOM

Selepas tu Hans berpeluang masuk dan merasai sendiri Boboiboy 4D Adventure Theatre. Memang terbaikkkk! Rasa dah macam kanak-kanak ribena dah masa menonton. Kalah budak-budak dalam tu.

Hahaha! Memang seronok lah sebab terasa macam betul pula bila kerusi bergoyang, ada semburan air dan terasa ala-ala kena renjatan elektrik. Memang wajib cuba benda nih kalau ke MAPS.

Habis jer tayangan Boboiboy 4D Adventure Theatre tu masa untuk menjelajah ke tempat lain dan bila keluar dari situ akan melalui TOK ABA KOKOTIAM. Hehehe! Selalu tengok dalam bentuk animasi jer tetapi kali ini memang wujud Tok Aba Kokotiam. Siapa yang dahaga tu boleh lah minum dekat sini tetapi tak ada lah korang jumpa Atok Boboiboy lah dekat kaunter tu. Hahaha!

Bergambar dekat Butik Terbalik. Hehehe!

Dekat belakang Hans tu sebenarnya ada macam-macam kedai. Ada kedai makan lah. Kedai aiskrim lah. Macam-macam lah!

Bersebelahan dengan STARPORT RETAIL tu ada satu bilik. Hans lupa namanya tapi dekat sini ada macam-macam gambar 3D dan gambar 4D. Ada tempat biru-biru macam dalam filem Star Wars yang macam gambar Hans di atas tu. Dekat sini pun Hans rasa teruja bergambar sebab memang cantik lah tempat nih.  

Hans tak berapa tahu sangat tentang watak-watak dalam filem The Smurfs nih tetapi kalau kanak-kanak atau suami isteri yang ada anak kecil memang pasti kenal punya kan. Dekat sini ada banyak aktiviti yang melibatkan The Smurfs.

 Kalau datang kawasan sini pasti akan jumpa dengan kedua-dua Smurfs nih. Comel jer. Hahaha!

Dekat dalam The Smurfs Theatre pula, Hans jumpa dengan Papa Smurfs dan belajar buat jampi @ spell. Hahaha! 

Sebenarnya, sejak dari awal Hans masuk dalam MAPS nih...sumpah Hans memang tertarik betul dengan kapal angkasa dekat belakang tu. Hans punya lah fikir apa bendalah permainan yang ada dalam tu. Rupa-rupanya kapal tu ialah tempat makanan yang diberi nama STARSHIP RESTAURANT INDOOR & OUTDOOR.

Dalam starship nih sebenarnya ada tiga tingkat. Dan setiap tingkat menawarkan menu makanan yang berbeza-beza. Untuk kunjungan kali pertama nih, Hans cuba makan di tingkat 1 dan makan Roasted Chicken. Memang sedap bak hang ayam nih. Dengan kuantiti dan saiz ayam yang besar. Memang berbaloi. Banyak lagi makanan disini yang kawan-kawan Hans cuba seperti lasagna dan nasi beriyani. Memang semua sedap-sedap! Terbaik MAPS! 

Ini pun merupakan salah satu pertunjukan aksi secara langsung yang memang wajib anda masuk ke dalam STUNT LEGENDS ARENA dan lihat sendiri. Rugi lah bayar duit tiket kalau tak tengok persembahan di dalam nih. Dari luar memang Hans dah dengar bunyi tayar kereta. Dah macam dekat Litar Sepang beb!

Serius memang terbaik lah aksi-aksi drift, wikang, letupan dan macam-macam lagi lah yang pasti menguji adrenalin sesiapa yang tengok. Serius memang layan persembahan pasukan Stunt Legends nih. Memang power!

Rehat kejap bersama Mee Udang Ipoh Mali...Boleh tahan rasanya!

Hans sebenarnya sangat suka Boboiboy Hero Academy nih. Dekat sini Hans dengan kawan-kawan memang bergelak ketawa mengalahkan budak-budak sebab kelakar gila. Hans tak boleh nak reveal dekat sini. Kalau korang nak tahu apa yang kelakar sangat, korang kena masuk dalam nih dan di penghujung latihan nanti korang akan faham apa maksud Hans. Siapa yang dah cuba tu nanti boleh kongsi pengalaman korang dekat ruang komen entry nih yer. Hehehehe!

Kepada remaja-remaja atau yang dah dewasa tu...korang jangan risau sebab ada banyak permainan yang menguji keberanian, kekuatan dan fobia korang semua. Jadi, Hans mulakan dengan permainan kereta di The Adventures Bumper Blast. Dekat sini seronok sebab korang boleh elak atau langgar kereta-kereta kawan-kawan korang tetapi hati-hati bagi sesiapa yang pakai cermin mata. Kalau cermin mata longgar tu baik korang tak payah pakai masa main. Cermin mata Hans siap tercabut keluar masa kereta kena langgar dengan kawan-kawan. Hahaha!

Permainan kedua Hans main ialah ASTEROID ATTACK. Memang seronok bila tiba dekat permainan nih berhenti tengah-tengah macam atas gambar tu...dia punya hayun ke bawah memang buat Hans betul-betul gembira lah. Hahaha!

Permainan seterusnya ialah HYPERSPIN. Memang layan lah! Ada juga member Hans yang menjerit-jerit naik benda nih. Hahaha!

Permainan yang paling Hans suka main ialah SPACE X-PLORERS. Yang ini memang seronok dan terasa mencabar sedikit. Boleh tengok video di bawah untuk lebih memahami perasaan Hans pada ketika itu. Hahaha!


Tinggal satu sahaja tempat yang Hans tidak berkesempatan berkunjung iaitu kawasan DREAM ZONE. Bukan sebab Hans tak nak masuk tetapi sebab kawasan ini masih belum dibuka untuk orang awam.

Kalau kata kawasan Dream Zone nih dah buka...memang permainan pertama yang Hans nak main ialah Megamind Megadrop tu. Hahaha! Tapi, apakan daya masih belum beroperasi. Kemungkinan besar kawasan ini beroperasi dalam bulan Februari atau bulan Mac 2018 nanti.

Apa-apapun, Hans merasakan pengalaman di Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh, Perak ini merupakan salah satu pengalaman yang amat menggembirakan di awal tahun 2018. Memang seronok dan tidak merugikan menghiburkan diri bersama rakan-rakan disana. In Sha Allah jika ada rezeki akan datang lagi ke sini buat kali kedua untuk mencuba aktiviti-aktiviti yang ditawarkan di DREAM ZONE pula.


Kepada sesiapa yang telah pergi atau mahu pergi, sila kongsikan pengalaman anda semua di ruang komen entry ini. Jumpa lagi di entry seterusnya jika Hans ada pergi ke tempat-tempat menarik lagi.

70 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Memang dah aim tempat ni. Plan nak bawak anak-anak jalan kat sini kalau cuti sekolah. Terima kasih atas info yang padat ni. Part makan tu memang win hehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe,,,yups....pergilah masa Dream Zone siap...confirm bertambah puas hati :)

      Padam
  2. terliur sgt tgk nasi ganja tu...y space xplorers tu cam kt I-CITY je...tp, i tak berani naik..hahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...tu lah...memang sedap pun nasi ganja...owh saya tak pernah masuk dalam I-CITY so tak tahu apa yang ada di dalam :)

      Padam
  3. dh pegi nov aritu dan tk rmi pn org even pegi ari weekend...kalo yg nk pegi tu disarankan tgu la dreamzone buka sbb yg tu yg dikatakan best...yg lain biasa2 je cuma yg 4D boboiboy & stunt legend tu yg lebihkurang similiar dgn universal studio spore

    **nasi ganja tu ada tgk sbb mmg survey tmpt mkn di ipoh cumanya tk kesempatan singgah

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups...kalau Dream Zone dah buka memang bertambah-tambah best,

      owh rugi tak singgah makan nasi ganja..hehe

      Padam
  4. Seronok nampak nya hans ye masa ke maps ni. Nanti ada rezeki nak ke sini juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang seronok..hehehe...datang lah..nanti share pengalaman dekat sini :)

      Padam
  5. Menarik jugak MAPS ni ek.. Kalau bawak anak2 mesti depa seronok kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. confirm...tambah2 ada boboiboy pula...mesti depa suka punya

      Padam
  6. Tengah tggu dream zone buka baru nak pi

    BalasPadam
    Balasan
    1. buka dream zone tu memang heaven lah nanti...meriah..hehehe

      Padam
  7. Wah bestnya!! ^^ jealous org yang asyik terperap kat rumah ni... huhuhu T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...pergi jer lah...dalam Malaysia jer tu..xjauh..hehe

      Padam
  8. Salam perkenalan Mr Hans. GV follow blog Mr Hans ya. Woww... GV tak tahu pula Ipoh ada tempat menarik cmnie. Terbaik la. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam perkenalan juga...GV orang Ipoh ka? rugi kalau tak pi nih...hehe

      Padam
  9. nyesal bukak malam2 ni, tengok makanan di rasa lapar, haha

    btw tempat tu cantik betul, moga ada rezeki nak p sana nanti :))

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..sorry buat rasa lapar...

      ada rezeki pergi lah... In Sha Allah

      Padam
  10. Bestnya. Teringin naknbawa Syafi tapi tiket dia mahal nau

    BalasPadam
    Balasan
    1. tggu dream zone buka...lepas tu mesti tak rasa tiket dia mahal dah..hehehe

      Padam
  11. wow review yang lengkap, bolehlah bawa anak-anak ke sana nanti. nasi ganja tu sedapnya...teringat-ingat rasanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti cuti sekolah cuba bawa..mana tahu ada promo harga tiket ke kan :)

      Padam
  12. Menarik sgt. Stkt ni belum berkesempatan lg nak ke sana. Boleh plan dah ni. Terima kasih review.

    BalasPadam
  13. Hebat juga tempat ni.. bermacam perkara ada...
    Salam kenal
    Follow sini #3622

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks sudi follow...
      lepas nih MAPS nak buka Dream Zone pula...lagi meriah :)

      Padam
  14. Nasi ganja!! Frust tak leh mkn..sampai je kat kedai tu..staff dia cakap ‘dah habis’ cepatnya habis

    BalasPadam
  15. Bukan selalu nk jadi kanak2 ribena..kalau sis JM pun teruja

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah tu lah pasal...nasib memahami....hahahaha

      Padam
  16. Best gilerr. banyak giler mainan yang best2. Camni mmg takyah pi jejauh lah kan. actually dari belum siap lagi dah ushar dah tempat ni. tp pergi je belum dapat2 lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes....nanti buka dream zone lagi bertambah mainan yang best-best

      Padam
  17. Menariklah tempat ni Hans..
    LZ sure akan pergi tempat ni sebab unik dan suka dengan 3D..
    Thank you very much for sharing..

    BalasPadam
  18. nampak seronok jea bercuti di MAPS ni..nak try bawak family bercuti lah di MAPS ni

    BalasPadam
  19. Selalu gak gi Ipoh sebab tengok anak tp tak pernah try lagi masuk MAPS ni. Hari tu riki riki jugak harga tiket. Boleh tahan berpeluh jugaklah kalau dah 5 org satu family hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. sis tggu dream zone buka...berbaloi lah nanti pergi satu family :)

      Padam
  20. macam2 tarikan yg ada ya! 1 hari kt sini mmg x puas... x penah pegi lg tp insya allah ada kesempatan kami akan trn ke sn...

    BalasPadam
  21. agak2 dream zone biler bukak.....bajet nk pegi bln 10 nnt

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikutkan hari tu saya tanya..diorang cakap bulan 3 nih...
      tetapi tak sure...kena rajin tengok website atau IG dan FB diorang

      Padam
  22. Hebat betul Perak ni kan! Kat negeri ni saja ada 3 taman tema! Kalau nak pegi tempat lain yang best yg ada kat perak ni, saya ada kongsikan di link kat bawah

    https://www.duaposen.com/tempat-menarik-di-perak/

    BalasPadam
  23. Mahal tak harga makanan dekat dalam tu?

    BalasPadam
  24. boleh tahan lah harga dia...haha...mahal ada..murah ada...tengok jenis tempat makan dalam tu

    BalasPadam
  25. Dreamzone dah buka dengan nama lain. Ipoh Dropzone tu dah boleh naik mulai 18 ogos 2018. Saya dah pegi kali kelima gunakan kad pass perak yang dah extended sampai 31 disember 2018.

    BalasPadam
  26. Sori...baru baca post ni...nk tnya..nk masuk setiap tmpt tu kn bayaran lain ke atau kira ats harga tiket dh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kira atas harga tiket dah
      tengok pakej tiket tu masuk bahagian mana :)

      Padam
  27. Hai Hans, thanks for sharing..nak main permainan dalam tu hharga lain ke?

    BalasPadam
  28. Balasan
    1. dia ada yang harga sederhana dan agak mahal
      bergantung pada kioks atau restoran dalam tu
      :)

      Padam
  29. Tengah review utk rombongan sek awal nov nanti. Ok ke MAPS utk pelajar sek men?

    BalasPadam
  30. Okay sebab semua bahagian dah buka
    Jadi saya rasa memang berbaloi :)

    BalasPadam
  31. Alhmdlh dapat pergi 6 okt haritue berbaloi ticket offer rm47..dapat main semua.. Terbaik

    BalasPadam
  32. Boleh bg alamat nasi ganja yg sedap tu

    BalasPadam
  33. Thanks, info yg menarik. sy nk bawa murid sekolah menengah dlm 30 org. ada tiket promosi kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak silap saya ada dengar hari tu..sekarang ini masuk percuma
      tak pasti saya

      Padam
  34. thanks info yg menarik, sy nk bawa murid sek menengah dlm 30 org..ada pekej promosi kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba encik hubungi pihak Maps untuk maklumat lanjut

      Padam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama