Rabu, 31 Januari 2018

Wang Kertas RM600 Terbesar Di Malaysia

Assalammualaikum semua! Alhamdulillah hari nih Hans tersangat lah gembira sebab Hans berjaya melengkapkan koleksi Pengeluaran Wang Kertas Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Mungkin masih ramai yang tak tahu atau tak pernah tahu tentang koleksi nih kan?



Jadi, Hans kongsikan sedikit tentang info maklumat berkaitan koleksi ini yang diperoleh dari Bank Negara Malaysia seperti di bawah :

Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan Ulang Tahun ke-60 Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Wang kertas peringatan ini dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V di Muzium dan Galeri Seni, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Wang kertas ini memperingati Ulang Tahun ke-60 upacara menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Wang kertas peringan ini merupakan tanda penghormatan terhadap sumbangan Majlis (kemudiannya dikenali sebagai Persidangan) Raja-Raja yang merintis jalan ke arah merealisasikan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Perjanjian bertarikh 5 Ogos 1957 yang mengisytiharkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Tertinggi Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani antara pihak Majlis Raja-Raja yang terdiri daripada Raja-Raja Melayu dari Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Selangor dan Terengganu dengan Sir Donald MacGillivray, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, yang mewakili Queen Elizabeth II. Perjanjian ini menjadi bukti perlembagaan yang bersejarah bagi kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.


Jadi, untuk membeli wang kertas nih bukannya pergi terus ke Sasana Kijang nih dan beli. Sebenarnya, Bank Negara Malaysia telah pun memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga rakyat mana-mana negara di dunia ini untuk wang kertas ini melalui tempahan dalam talian online pada 29 Disember 2017 yang lepas dan tempahan ditutup pada 19 Januari 2018.

Keputusan undian pula diumumkan pada 25 Januari 2018 dan pengambilan wang kertas ini boleh diambil bermula pada tarikh keputusan diumumkan sehingga tarikh akhir 28 Februari 2018 ini. Jadi, memang banyak betul lah orang tempahkan dan bila keputusan diumumkan Hans cuma dapat wang kertas RM60 sekeping. Jadi, terpaksa lah Hans merayu meraih simpati kawan-kawan yang dapat lebih wang kertas nih. Alhamdulillah berjumpa dan harga pun tak adalah depa naikkan banyak sangat.

Maka, Hans pun pergilah ke Sasana Kijang Bank Negara Malaysia untuk mengambil wang-wang kertas Hans nih.


Selain di Sasana Kijang, pejabat Bank Negara Malaysia nih ada beberapa cawangan lagi seperti di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan Kuala Terengganu. Macam Hans mesti pergi ke Sasana Kijang sebab dah nama pun duduk dekat Kuala Lumpur. Hehehe!


Hans pergi ke sini hari Sabtu sebab fikir macam tak sibuk. Sekali ramai pula manusia! Bila nak masuk dalam nih memang langkah-langkah keselamatan mereka ketat. Semua beg tak kira lah beg tangan ker beg galas ker beg plastik ker....asal nama beg memang akan diperiksa dekat setiap check point yang terdapat di dalam tu. Jadi, kalau sesiapa yang tak suka diperiksa berulang kali tu elakkan bawa beg.

 WANG KERTAS SEKEPING RM60


 WANG KERTAS BERCANTUM RM60 (3 DALAM 1)


KOTAK WANG KERTAS SEKEPING RM600


INILAH WANG KERTAS RM600


Cantik gila kan reka bentuk dan warna wang kertas nih? Hehehe! Tetapi, mesti ada yang tak tahu apakah makna setiap reka bentuk dekat wang kertas. Jadi, Hans kongsikan lagi info daripada Bank Negara Malaysia nih :


REKA BENTUK WANG KERTAS

Reka Bentuk Wang Kertas peringatan ini berdasarkan tema "Raja Payung Kedaulatan Negara". Wang kertas peringatan ini adalah yang pertama dicetak oleh Bank Negara Malaysia menggunakan bahan substrat komposit, iaitu gabungan substrat polimer dan kertas yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih tinggi dan jangka hayat yang lebih panjang. Wang kertas peringatan ini dicetak lebih besar, mengikut nilai muka wang tersebut.


REKA BENTUK HADAPAN

Singgahsana di-Raja dikelilingi potret 15 Yang di-Pertuan Agong yang bertakhta dari tahun 1957 sehingga kini tertera pada bahagian tengah wang kertas, melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan. Reka bentuk hadapan diilhamkan daripada lambang bulan sabit dan bintang pecah 14 Persekutuan yang tersemat pada Tengkolok Diraja.


REKA BENTUK BELAKANG

Reka bentuk bahagian belakang wang kertas peringatan ini memaparkan potret sembilan Raja-Raja Melayu yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Kesemua wang kertas peringatan ini dihiasi dengan gambar tokoh-tokoh dan ciri-ciri penting yang berkaitan dengan kemerdekaan. Pada bahagian kanan wang kertas ini terdapat bayangan laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang merupakan arkitek Kemerdekaan Tanah Melayu dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Terdapat empat mercu tanda penting yang dicetak pada latar belakang wang kertas ini : Istana Negara, Perdana Putra, bangunan Parlimen dan Istana Kehakiman yang masing-masing mencerminkan empat tonggak negara : Institusi Pemerintahan Beraja, Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.


Jadi, dibawah ini Hans kongsikan lagi dengan korang semua tentang reka bentuk, ciri-ciri keselamatan, spesifikasi, kuantiti tempaan dan juga nilai harga untuk setiap jenis.




Jadi, banyak soalan dari kawan-kawan Hans tentang wang kertas nih. Jadi, rasanya dengan entry kali ini dah menjawab soalan-soalan tersebut. Jadi, kepada sesiapa yang hobi suka kumpul wang kertas dan syiling tu, pastinya wang kertas ini wajib ada di dalam simpanan korang. Selamat membeli dan mengumpul yer.

P/S : Ketika entry ini ditulis, nilai wang kertas RM600 ini yang pada asalnya dijual dengan harga RM1700 telah melonjak naik dengan begitu hebat sekali. Paling mahal Hans dengar dijual sekarang ialah hampir RM3000. Menangis Hans dengar! 

76 ulasan:

  1. baru tahu.. hehehe.. kagum sekejap :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...yer ker? okay lah tu dah tahu :)

      Padam
  2. tq for sharing...wah wang kertas rm 60 & rm 600

    BalasPadam
  3. Thanks Han... Mummy baru tau ada RM 60 ni... hhehehe

    BalasPadam
  4. Uniknya wang kertas RM 600 ni.. Lawa!

    BalasPadam
  5. Terima kasih berkongsi,,akak baru tahu tentang ni.

    BalasPadam
  6. Interesting. Tapi bagi PH, beli wang kertas tu and then masuk frame macam tak syiok gitu. Because I prefer to spend the money hah..hah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. beli mahal-mahal takkan nak belanja nilai kecil...rugi lah :)

      Padam
  7. blm pernah tgk lagi duit ni.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang susah nak nampak sebab orang simpan :)

      Padam
  8. Wei, gigih juga pergi sana nak dapatkan wang kertas RM600. Aku pengumpul duit syiling lama je, wang kertas seringgit 2 ringgit je ada dalam simpanan. Serius cantik pula tengok duit kertas RM600 dengan simbolik 15 orang Sultan hang duk terangkan tu. Ada lebih tak? Nak satuuuu...hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...nak satu? Bak RM3000..boleh tolong belikan..

      Padam
  9. Menarik...bg yg berminat mmg tak lepaskan peluang ni..cantik kaler..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe...yups..berebut2 orang beli

      Padam
  10. Salam kenal anakanda Hans....terima kasih sudi ke Blog Bunda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal juga juga
      terima kasih kembali sudi komen :)

      Padam
  11. Tak sempat nak tukar... teman nie collector duit lama... agak-agak la, 10 tahun lagi duit nie berapa value dia yerk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti tapi kemungkinan besar harga dia mahal sebab edisi terhad...
      lagi pun dah ramai pengumpul duit dari luar negara macam China, Hong Kong, Singapura dan banyak lagi yang nak beli juga wang kertas RM600 nih sebab untuk masa sekarang ini duit kertas terbesar dunia.

      Padam
  12. Tq share pasal wang kertas rm60 & rm600 ni. Harga asal wang kertas rm600 tu rm1700 ke? Yg rm60 tu berapa pulak? Hehe.. Bnyk pulak soalan akak ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu harga dalam gambar tu kak
      BNM jual RM60 tu dengan harga RM120
      tapi penjual dah jual harga lebih dari tu bergantung pada nombor siri wang juga

      Padam
  13. wow... terbaik la.. minat eh kumpul mcm nih... kalau abg ipar pulak dia suka simpan ada jugak laa duit mcm lama lama, pastu setem.. setem ni mmg win..entah zaman bila punya pon taktau..tp mmg smuanya lma2 laaa... mmg terbaik laaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      saya memang kumpul wang kertas, syiling peringatan dan syiling

      Padam
  14. Berbaloi ke hans beli not rm600 ni?
    Takut la kot nilai dia jatuh ke di masa depan

    BalasPadam
    Balasan
    1. berbaloi sangat sebab harga In Sha Allah tak jatuh sebab keluaran dia pun terhad dan tak banyak
      sekarang pun harga dah around 4K dah orang jual
      hahaha

      Padam
  15. Ohhhh cantik nya note RM600. Thanx kongsi info

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...ada gambar2 agong yang sebelum2 nih dekat duit tu
      welcome

      Padam
  16. info menarik. boleh tengok gambar agong dulu-dulu dekat duit tu

    BalasPadam
  17. Seriously new info for me Hans..
    Collector mesti alert dengan info begini setiap masa..
    Limited edition mesti exclusive. Thank you for sharing this info..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      yer collector memang alert setahun awal dah...hahaha
      so far exclusive sebab mintage dia tak banyak
      hehe welcome :)

      Padam
  18. Hehee, tahu juga pasai duit baru yang limited edition ni.
    Selamat mengumpul buat para pengumpul :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah dapat kumpul
      hehehe

      Padam
  19. Hans!!!! caption gambar kat atas tu RM60 ke RM600? :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh nasib sis bagitahu
      ter typo lebih 0
      hahaah

      Padam
  20. lawa..gempak gilak design wang kertas tu...cuma design RM600 dan RM60 sekali pandang sama jek..cuma nilai je berbeza..ke sis JM x perasan ada perbezaan lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. design sama...yang beza nilai dan saiz

      Padam
  21. mak aih...bukan senang nk beli ehh...sipa ada undian lagii..kiranya Hans antara insan bertuah laa dpt kumpul duit LIMITED EDITION ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..saya punya cabutan pun xdapat...saya beli dekat kawan yang dapat lebih...harga dia tak mark up tinggi..so jimat sikit

      Padam
  22. kiranya Hans habiskan RM2K lebih la ehh utk dapatkan koleksi yang terhad ni...tapi kalau jenis yyg mmg buat koleksi..nila tu rendah jek..tul tak..after few year nilai duit tu mesti berganda naik.mmg untung kalau jual balik kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. total RM2600 macam tu...simpan dalam 3-4 bulan juga lah...hehehe
      bergantung pada keadaan juga tentang harga duit nih selepas nih
      kemungkinan besar naik kut sebab pengeluaran tak banyak

      Padam
  23. yang best tu ada gambar2 agung tersusun cantik jek

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehel...
      tu yang semua berebut beli tu
      hehehe

      Padam
  24. besar gedabak macam tuh.. fuhh lain dari yang lain nih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang besar gedabak
      dah macam saiz tv pun ada..haha

      Padam
  25. wahh lawa rm600. barang rare kan :D

    BalasPadam
  26. hari tu ada nampk org update rm60 tu and now baru tau macam mana yang rm600 tu .

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...yups..sebab RM600 nih tak ramai yang dapat beli

      Padam
  27. hobi yg bagus ni mengumpul wang kertas sbb nilai duit tu akan naik. abam kie folo sini ye? www.zukidin.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks abam kie
      salam perkenalan :)

      Padam
  28. Nice sharing. Hobi yang sangat menarik.
    Rare sangat pada Mrs. A almaklumlah bukan sejenis pengumpul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      yang mengumpul nih pun rasa rare

      Padam
  29. Wow cantik, sesuai bagi para pengumpul tu...

    BalasPadam
  30. nice info... 1st time tgk ni...

    BalasPadam
  31. besar betul wang kertas RM600 ni

    BalasPadam
  32. wahhhhh best nyer dpt tu hans... simpan lek lok.... 30 thn akn dtg jgn lupa jual RM1 juta ok... hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha..tak ada lah sampai sejuta tapi harap harga jadi berpuluh ribu...hehehe

      Padam
  33. Ada org mmg suka buat collection mcm ni. Mak mertua mmg minat benda benda gini Hans tp malamgnya tak sorang anak pun yg mengikut.
    Ada nilai mcm duit biasa kan duit ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      selalu memang macam tu
      macam mak saya suka kumpul setem tapi saya tak minat
      hehehe

      Padam
  34. Seriouslly.. sha baru tahu.. terima kasih atas perkongsian.. mampu tengok jelah.. hehehe

    BalasPadam
  35. wow... nice sharing.. rare betul tengok duit tu. apa-apapun teruskan menulis ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      terima kasih atas sokongan

      Padam

Jika ada sebarang pertanyaan atau persoalan, boleh email kan kepada saya di mohamadhanisismail@gmail.com

Jika berminat ingin bekerjasama dengan pemilik blog ini melalui ulasan @ review berkaitan pelancongan, hotel, makanan atau apa-apa yang berkaitan juga amatlah digalakkan untuk berhubung dengan saya melalui email juga.