Rabu, 28 Februari 2018

Nasi Ayam Penyet Bulldozer Seri Kembangan

Rabu, Februari 28, 2018 102
Assalammualaikum semua. Hari nih sebenarnya Hans teman rakan serumah pergi ke kawasan Balakong, Seri Kembangan sebab ada barang yang nak dibeli. Memandangkan kami keluar waktu tengahari jadi tangan kawan Hans nih pun tergatal tergoogle tempat makanan menarik dekat kawasan Seri Kembangan. Sekali terjumpa nama Restoran Ayam Penyet Bulldozer nih. Bukan main ganas lagi namanya!


Nama Kedai :
AYAM PENYET BULLDOZER

Alamat :
No 49,
Off Jalan Balakong,
4, Jalan Cengal,
Taman Impian Ehsan,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.


Waktu Operasi :
12.00 PM - 12.00 AM

Telefon :
0196474067

Facebook : 


Masa awal-awal dengan nama restoran nih memang Hans seronok lah bergurau dengan kawan Hans tu. Agak-agaknya mungkin ayam-ayam dekat situ kena lenyek dengan bulldozer dulu sebelum digoreng. Tetapi, mengikut ulasan-ulasan pelanggan yang pernah makan dekat sini boleh dikatakan keseluruhan memuji tinggi melangit kesedapan menu-menu dekat sini. Hans nih pula jenis susah juga sebenarnya nak percaya ulasan orang nih melainkan kena cuba makan sendiri juga.


Asalnya Hans nak makan Nasi Goreng Bulldozer tu tetapi sebab ada bahan-bahan dalam nasi tu belum disediakan lagi jadi Hans pun pesan lah Nasi Ayam Penyet Bulldozer. Sambil-sambil tunggu makanan sampai tu sempat lah Hans belek-belek buku menu restoran ini. Harga dekat sini tak ada lah mahal sangat dan tengok kepada kuantiti makanan orang-orang yang makan dekat sini tadi boleh tahan banyak. Tetapi, apa-apapun kena tunggu makanan sendiri sampai dulu dan baru boleh bagitahu puas hati atau tidak. Hahaha!


TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!! Masa awal-awal sampai tu tiba-tiba rasa macam kanak-kanak ribena wehhhh! Tiba-tiba wajah Nasi Ayam Penyet Bulldozer nih dah macam kuih karas. Macam sarang burung pun ada juga. Hans pun memang teruja lah nak ambil gambar makanan bila tengok persembahan makanan sangat cantik macam nih. Jadi, suapan pertama Hans hancurkan sarang-sarang yang menyembunyikan ayam tu dan makan sarang tu sikit-sikit. Sedap weh! Rasa manis masin macam mana entah tetapi memang sedap lah! Sarang nih kalau tak silap Hans dibuat menggunakan telur putih dan tepung. Sambal dia pun sedap bak hanggggg!! Rasa manis pedas macam tu! Sebenarnya tak cukup sambal tu tetapi sebab macam malas nak minta jadi makan apa yang ada jer lah! Hahahaha! Ayam penyet pun lembut gila. Mungkin sebab kena lenyek dengan bulldozer lah kut!



Minuman untuk kali ini ialah Jus Teh Hijau atau popular dipanggil oleh netizen dengan nama Green Tea Juice. Kuantiti air sangat banyak dan kalau nak dibandingkan dengan harga memang rasa berbaloi sangat. Pandai orang yang buat air nih sebab memang kena dengan selera tekak Hans.


Seperti biasa lah kalau dah makan kena bagi betul-betul habis. Sebab orang-orang tua pesan kalau tak habiskan nasi nanti nasi tu menangis-nangis. Lagi pun tolonglah hargai pesawah yang berhempas pulas menanam padi. Dan kena ingat sebutir nasi ibarat setitik peluh matahari! Hahaha! Jadi, ini antara pandangan Hans untuk menu kali ini :


Kuantiti Makanan:
Banyak


Ayam Penyet:
Memang Lembut Dan Sedap

Sambal Belacan:
Memang Padu

Tempe Dan Tauhu:
Sedap Dan Lembut


Air:
Sedap

Servis:
Sederhana Pantas 

Kebersihan:
Baik


Jadi, harga makanan dan minuman yang Hans makan untuk kali ini adalah seperti di bawah :
Nasi Ayam Penyet Bulldozer:
RM8.50

Jus Teh Hijau @ Green Tea:
RM3.00


Jadi, dibawah adalah skala sedap untuk makanan yang Hans makan untuk kali ini di RESTORAN AYAM PENYET BULLDOZER. Kepada yang pernah makan di sini jangan lupa untuk kongsikan pandangan dan pengalaman anda di ruangan komen. Kepada yang belum pernah berkesempatan untuk merasa menu-menu yang menarik dekat sini, silalah cuba sebab memang sedap-sedap dan sangat berbaloi.

SKALA SEDAP : 4 / 5 


P/S : ADA REZEKI IN SHA ALLAH NAK DATANG MAKAN NASI GORENG BULLDOZER DENGAN SHELLOUT BULLDOZER SEBAB RAMAI KATA SEDAP! 

Selasa, 27 Februari 2018

Bekerja Di SL1M 2018 MAEPS Serdang

Selasa, Februari 27, 2018 78
Assalammualaikum semua. Hujung minggu lepas memang Hans sibuk betul sampai tak dapat nak kemas kini blog sebab terlibat dengan program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SLI1M) Peringkat Zon Tengah 2018 yang berlangsung di MAEPS, Serdang. Daripada hari Jumaat sampai hari Ahad memang sibuk dengan latihan perasmian dan latihan bersama pengacara sampai setiap hari tidur dalam tiga jam sahaja. Nasib tak jadi zombie! Hahaha!


Gambar di atas ini adalah gambar sesi mesyuarat bersama Puan Hajah Norashikin Datuk Hj Ismail, Ketua Sekretariat Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) sebelum program bermula lagi. Pertama kali Hans terlibat dalam mesyuarat yang habis nak dekat tengah malam. Satu pengalaman yang agak menarik untuk Hans sendiri. Selalunya Hans kalau kena masuk bilik mesyuarat pun pada waktu pagi atau petang sahaja. Tetapi, mesyuarat dengan orang SL1M nih memang lain waktunya.


Dan buat pertama kali juga lah Hans menjejakkan kaki dekat MAEPS, Serdang nih. Boleh tahan besar sebenarnya kawasan MAEPS nih. Macam-macam ada sebenarnya dekat sini. Sesiapa yang tak pernah pergi tu nanti boleh lah rajin-rajin pergi. 


Gambar ini diambil masa hari Jumaat iaitu sehari sebelum program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SLI1M) Peringkat Zon Tengah 2018 bermula. Memang semua pihak urusetia dan syarikat-syarikat yang terlibat sibuk mendirikan tapak gerai pameran dan jualan masing-masing. Memang meriah betul lah sebab banyak sungguh tapak-tapak yang disediakan dan semuanya penuh.



Macam Hans pula memang terlibat dengan program yang berlangsung di Dewan D sahaja sebab dekat sini program-program bersama artis, pakar motivasi dan keagamaan berlangsung. Jadi, kawasan pintu hadapan dewan ini dipenuhi dengan ratusan utas payung-payung yang berwarna-warni tu. Lawa kalau ambil gambar dekat situ tetapi memandangkan Hans memang sibuk gila jadi tak ada masa nak swafoto waktu-waktu genting nih. Haha!


Kalau sesiapa yang baca blog nih dan anda datang ke program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SLI1M) Peringkat Zon Tengah 2018 pada Sabtu dan Ahad lepas mesti anda tengok pentas di sini meriah, cantik dan terbaik dengan pengcahayaan dan sistem suara yang padu kan? Gambar-gambar di atas adalah gambar sebelum pentas itu disiapkan. Memang beza kan sebelum dan selepas?


Di atas adalah bilik pihak produksi dimana Hans dan rakan-rakan juga turut sama berada di dalam tu. Memang program macam nih menggunakan berbelas kamera. Memang mencabar kalau jadi pengarah nak kena pilih shot-shot kamera yang cantik-cantik.


Makanan yang disediakan sepanjang program juga memang sedap-sedap sampai tak tahu nak pilih lauk yang mana satu. Ikutkan Hans memang nak sebat semua tetapi takut nanti rasa lemau pula bila kerja. Jadi, pilih mana yang mampu makan jer lah. Hahaha!


Hans dan rakan-rakan dibekalkan dengan walkie talkie tetapi macam Hans tak perlu sangat pakai nih sebab Hans dah pakai tempest. Nak tahu macam mana rupa tempest tu silalah google. Hehehe!


Malam sebelum program bermula, Hans terlibat di dalam latihan dan terpaksa jadi pengacara bersama seorang lagi rakan memandangkan kami berdua yang menulis skrip pengacara. Pada masa inilah juga semua pihak yang terlibat daripada pengarah, cahaya, suara, kamera dan sebagainya nak tengok mana yang betul dan mana yang tak kena sewaktu di atas pentas. Masa latihan nih memang sangat mencabar sebab latihan lebih daripada 7 kali kalau tak silap. Hans pun masa tu memang dah rasa letih gila sebab masa bercakap pun nak kena bercakap betul-betul macam pengacara. Tak kira lagi dengan rasa mengantuk dan lapar masa tu. Hahaha! Cuma yang Hans perasan malam tu Hans langsung tak ada rasa gementar ker takut-takut ker masa bercakap sebab depan Hans boleh tahan ramai juga orang dan pelajar-pelajar UPM yang duduk dekat kerusi-kerusi depan tu. Selalu ada juga lah rasa macam cuak tetapi kali ini semua perasan tu tak ada. Okay! Dah boleh jadi artis lah lepas nih. Hahaha!


Ini bilik pengacara untuk duduk dan berehat. Pengacara program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SLI1M) Peringkat Zon Tengah 2018 ini ialah AG dan Nabil. Pertama kali Hans bekerjsama dengan kedua-duanya dan mereka berdua ini boleh tahan gila-gila dan kelakar juga. Kira seronok lah bekerja dengan dua orang nih sebab penat tu tak terasa.


Pertama kali juga lah boleh tengok Perdana Menteri Malaysia nih dekat-dekat. Hahaha! Budak-budak SL1M seronok lah bila diumum elaun naik lagi RM500. Kaya lah hangpa semua lepas nih. Hahaha! Gambar-gambar yang ada pengacara nih Hans rembat jer dekat instagram AG sebab masa nih Hans dekat belakang pentas. Tak sempat nak ambil gambar. Hahaha!


Macam-macam aktiviti sebenarnya yang ada sepanjang program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SLI1M) Peringkat Zon Tengah 2018 berlangsung. Cuma disebabkan Hans memang sibuk dekat Dewan D ini dengan pengacara dua orang tu, jadi tak dapat lah nak merayap-rayap pergi tempat lain. Kalau bukan sebab kerja memang dah lama Hans terjah Hot Air Baloon dengan gerai-gerai makan. Hahaha!


Alhamdulillah! Lepas habis program ada pula cabutan hadiah kecil-kecilan dan yang tak sangka tu Hans dapat kipas meja. Hahahaha! Ini kali kedua sepanjang bernafas dekat muka bumi nih menang cabutan bertuah. Kali pertama menang masa umur 14 tahun. Itu pun menang jajan cekedis jer. Hahaha! Alhamdulillah Hans menang kipas! Yuhuuuu!


Sejak-sejak harga durian melampau-lampau sekarang nih memang dah lama tak makan durian. Tiba-tiba semalam ada kambing bakar dengan durian. Apa kau rasa bila seorang hantu durian berjumpa durian? Naik Sheikh lah jawabnya! Hahaha! Hans dah melantak dua ketul daging kambing yang besar gedabak tu. Lepas tu tiba-tiba baru tahu ada durian. Nah! Memang berbelas ulas lah Hans melantak. Gila rasa seperti berada di syurga masa tu! Hahaha!


Masa nih lah kawan-kawan nak ambil gambar. Sambil makan sambil bergambar dan akibatnya muka comot kelihatan disitu. Hahaha! Akibatnya, masa nak tidur memang badan panas lah sebab kombinasi makanan panas iaitu kambing dan durian. Masa makan macam di syurga. Masa nak tidur macam di ________. Sila isi sendiri. Hahaha!


Alhamdulillah! Berakhir sudah program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SLI1M) Peringkat Zon Tengah 2018 yang berlangsung selama dua hari iaitu hari Sabtu dan Ahad. Banyak perkara baru yang Hans belajar sepanjang terlibat dalam program kali ini terutama dari segi pengurusan dan formaliti. In Sha Allah, harap dapat buat pelbagai lagi program yang besar-besar macam nih. Jumpa lagi!



P/S : Cari Mana Hans Dalam Video Di Atas! Hahahaha!

Sabtu, 24 Februari 2018

Daging Salai Asam Pedas Al-Firdaus

Sabtu, Februari 24, 2018 56
Assalammualaikum semua. Hari nih Hans nak kongsikan sikit salah satu tempat makan yang Hans berkesempatan singgah dan makan iaitu Restoran Asam Pedas Al-Firdaus.


Nama Kedai :
ASAM PEDAS AL-FIRDAUS

Alamat :
Jalan Raya Satu,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.


Waktu Operasi :

11.00 AM - 11.00 PM


Telefon :

0123162184

Facebook : 


Restoran nih sebenarnya agak terkenal di kalangan pengunjung dekat sini untuk makan tengahari sebab memang banyak betul menu-menu yang dihidangkan disini. Kalau tengok nama restoran memang pasti dah tahu menu-menu utamanya ialah asam pedas. Ada pelagai jenis asam pedas yang anda semua boleh cuba dekat sini. Menu yang lain pun ada.

Tetapi, memandangkan bila terpandang menu restoran ini tertera nama DAGING SALAI MASAK LEMAK, Hans pun malas nak tengok menu dan terus pesan sahaja menu nih. Lamanya tak makan daging salai. Mengidam teruk nih! Hahaha! 

SET NASI SIAP ADA TELUR MASIN! YABEDA BEDU DU DU DU!

Mula-mula sampai atas meja ialah set nasi putih, timun, salad, sedikit sambal belacan dan telur masin. Wah! Ada telur masin yang seronok tu! Memang tak sabar tunggu daging salai masak lemak sampai nih.


Sampai dah daging salai masak lemak yang dinanti-nanti. Jadi, sebelum makan tiba-tiba pula rasa nak hias set nasi kosong tadi. Hahaha! Hasilnya seperti di bawah :



Hahahah! Padahal letak daging jer pun atas pinggan tu! Baiklah! Saat telah tiba untuk melantak! Nyum Nyum!



Nampaknya rasa daging salai masak lemak ini masih belum dapat menandingi daging salai masak lemak Restoran Binjai di PNB Perdana Hotel. Kuah masak lemak nih agak cair sedikit. Macam Hans jenis suka makan kuah yang pekat-pekat. Hehehe! Tetapi, apa yang Hans suka bila makan menu ini ialah :


Kuantiti Daging:
Sangat Banyak

Sambal Belacan:
Memang Sedap Kaw-Kaw

Telur Masin:
Masin yang sedap untuk lidah

Servis:
Pantas 

Kebersihan:
Sangat Baik



Jadi, untuk set yang Hans makan nih tak silap dalam lingkungan RM11 - RM12 macam tu lah untuk set seorang makan. Dengan kuantiti daging yang banyak jadi rasanya Hans masih boleh berpuas hati dengan menu di sini. Cuma Hans rasa menu asam pedas restoran nih mesti sedap sebab ramai yang puji dan cakap asam pedas di restoran nih terbaik. Ada rezeki akan datang In Sha Allah Hans cuba menu asam pedas disini pula.

SKALA SEDAP : 3.5 / 5