Rabu, 7 Februari 2018

Cheese Tarik Crust Review

Assalammualaikum semua. Kali ini Hans nak kongsi pula tentang pizza kegemaran rakyat marhaen di Malaysia ini iaitu pizza dari Domino's. Kali ini Domino's memperkenalkan kerak @ crust terbaru mereka iaitu Cheese Tarik Crust, Tariklah Puas-Puas untuk cuba menggoda peminat-peminat pizza untuk menghabiskan wang mereka membeli pizza ini di Domino's.



Untuk pilih Cheddar Cheese Tarik Crust nih sebagai kerak pizza idaman anda semua, harus diingat caj sebanyak RM5 dikenakan untuk pizza bersaiz biasa manakala caj RM7 pula dikenakan untuk pizza bersaiz besar.


Untuk kali ini, Hans memesan dua pizza biasa disertakan tambahan keju yang bernilai RM33. Memandangkan sebab nak rasa kerak Cheese Tarik nih untuk kedua-dua pizza yang dipesan jadi terpaksalah tambah lagi RM10. Jumlah bayaran untuk kedua-dua pizza ini ialah RM43. Matilah nak teringin nak makan punya pasal sanggup habiskan RM43 nih. Bueknya tahu doket omak den memang bising lah dia jang oiii!!!! Hahaha!


Salah satu pizza kegemaran Hans dekat Domino's nih ialah Vegie Fiesta yang didatangkan dengan bawang besar segar, cendawan, nenas, lada benggala hijau, tomato ceri dan semestinya ekstra keju yang sangat sedap sebagai inti pizza kegemaran Hans nih. Rasa Vegie Fiesta nih memang terbaik!


Fuh! Memang betul-betul menggoda iman betul masa makan nih. Selalu Hans suka makan pizza nih waktu petang-petang tetapi semalam tiba-tiba rasa nak makan masa tengahari. Jemu kut makan nasi. Padahal malas betul nak keluar rumah semalam. Hahaha!


Nampak tak yang warna oren tebal tu? Itulah dia Cheddar Cheese Tarik Crust tu. Memandangkan Hans ambil gambar pakai telefon seorang diri jadi memang tak dapat nak tunjuk dekat anda semua macam mana kelihatannya keju yang ditarik panjang-panjang masa panas-panas tu. Tetapi, memang panjang betul lah masa tarik nak mengketedarah tu. Nasib masuk dalam perut tak berpintal-pintal keju tu. Hahaha!


Oren itu memukau. Oren itu keju. Hahaha! Apa-apapun, bagi sesiapa yang memang peminat keju tahap mati hidup semula mati tak bangun-bangun tu, mesti anda semua akan suka punya Cheese Tarik Crust nih. 


Biasalah bila selera macam ikan piranha nih, begitulah terhasilnya gambar seperti di atas. Pada pandangan Hans pula, sedap tu sedap lah tetapi secara peribadi Pizza punya kerak @ crust tu lebih sedap jika nipis dan rangup. Macam untuk Cheese Tarik Crust nih kan dia punya kerak tu roti yang sedikit tebal jadi memang cepat muak sikit! Anda pula macam mana? 


SKALA SEDAP : 2.9 / 5

P/S : Pizza Jadi Bertambah Sedap Bila Crust Dia Nipis Dan Rangup!

86 ulasan:

  1. Ohhh tidak!! Faberet piza yg cheese2 nii. Terliur imijin. If sini ada, cfrm dh pergi

    BalasPadam
  2. wowww..lebih tebal dan sedap..extra tarikkkkk!! telan ailio duk tengok nii..heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..kena makan panas2 baru sedap

      Padam
  3. Lama tak makan pizza Domino...
    Baru ni yeh Hans? Selalunya hakam hambik yg New York crust, tebal tak, nipis pun tak....

    Mcm tingin lak nak makan pizza esok hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehee
      yang nih yang baru
      tapi kalau saya...saya lagi suka crust thin tu..nipis...rangup dan tak cepat muak..hehe

      Padam
  4. Ahahahaha..berabeh 43 hinggit makan pizza, mak tau ni mau mak ajak Hans belanja makan pizza jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak den tak suka makan pizza
      hehehe

      Padam
  5. Cantik nya site ni.

    Pizza crust nipis kita boleh makan banyak. Jangan terlalu banyak nanti gemok.


    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..cantik ker? thanks :)

      yups...xleh makan banyak2
      hehe

      Padam
  6. YA ALLAH lapar baca post ni malam malam gini T^T

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaahhaa.....esok masih ada :)

      Padam
  7. Patutlah singgah blog kita sambil makan pizza. Awak lupa nak tinggalkan se-slice kerr haha

    BalasPadam
  8. Hebat tu... ko telan pizza tu sorang-sorang je... hehehehehe... macam sedap jerk... Teman pun nak try pizza nie jugak la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaah...tu yg jadi gemuk tu...satu pizza melantak sorang jer...hahaha

      Padam
  9. Mak aiihhh...mewahnya keju dia. Menarik juga ni. Tak pernah order pizza vegi sbb tak de daging..huhu. Tapi kalau sedap, nak cuba jugak la

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe..bagi saya sedap lah pizza vegie tu sebab suka makan sayur sama kut

      Padam
  10. kat sini ada...belum bkesempatan lg nk pegi...xde modal..hahahhaa

    BalasPadam
  11. tq sudi jln2 sambil komen di blog akak...

    mcm menarik je pizza cheese tarik crust... nnt leh pi cuba...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome kak
      hehehe..try lah cuba..kut2 rasa sedap

      Padam
  12. Balasan
    1. boleh lah tapi saya tetap suka crust thin sebab nipis dan rangup
      hehehe

      Padam
  13. sedapnya cheese tarik weh hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. jenuh nak tarik..panjang pula cheese dia jadinya..hahaha macam chewing gum..haha

      Padam
  14. Fav kami satu family ni. Pergh dahsat cheese dia tu. Menduga siapa yg membaca. Xleh jadi ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...order....cepattt...cepatttt...jangan lambat lambattttt (suara sajat)

      Padam
  15. Singgah sini pagi2, memang menguji betullah. Adeiii.

    BalasPadam
  16. Akak pun suka yg kerak mcm ni hans .
    Mmg tak muak.
    Mcm nak mencara pizza dominos pulak ni..
    Dah lama tak mkn ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe...order kak...
      saya suka kerak yg nipis...macam nih dia jadi roti...makan banyak2 lama2 muak jadinya,,hehe

      Padam
  17. lama xmkn pizza kt dominos..dapnye tgk cheese tarik tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe boleh tahan lah rasa dia

      Padam
  18. nanti nak try lah! Dah lama tak makan dominos

    BalasPadam
    Balasan
    1. berapa lama yang tak makan tu?

      Padam
  19. pizza..oo...pizza...
    kenapa dia sedap sgt..

    BalasPadam
  20. Sedap sungguh. terliur betul tengok. belanja lah sikit. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaa...dalam perut dah semua

      Padam
  21. Eh! Domino piza dah jadi tebalke?
    Kesian Mrs. A belum tahu lagi selalu makan yang nipis-nipis tu je

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk crust cheese tarik nih dia jadi tebal...
      kalau crust thin yang nipis tu

      Padam
  22. mcm ni baru best..cheese meleleh..yg thin crust kurang gemar, rasa mcm makan chapati je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahaha,...capati tak ada rasa

      Padam
  23. dah lama tak makan pizza ni. didnt get to try their latest menu yet.

    BalasPadam
    Balasan
    1. try lah tengok
      mana tahu kena dengan selera
      hohoho

      Padam
  24. dulu x berapa suka domino ni tp lately rs mcm lg sedap dr PH hahaha tp yg ni nmpk mengancam!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...saya suka dominos dari pizza hut

      Padam
  25. Sedapnya makan especially masa panas2 kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes wajib makan panas2
      sejuk dah tak sedap

      Padam
  26. kalau pizza saya selalu beli kat dominos tpi tak pernah lagi try pizza cheese crust ni sebab takut mahal xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini pizza dominos lah nih..hehe

      Padam
  27. kalau pizza mmg pilih dominos..order online..jap jek sampai..servis terbaik la dominos ni..dominos ye bukan dinasors hihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups...laju jer sampai depan pintu rumah

      Padam
  28. order 2? kesat2 mata..oder 2 untuk sorang mkn? ni abiskan kedua2 nye ke atau abiskan satu jek

    BalasPadam
    Balasan
    1. order 2...makan sorang...
      satu makan tengahari
      satu makan petang
      tapi pizza yang last tu ada baki 2 slice...so bagi housemate makan...kenyang sangat dah..hahaha

      Padam
  29. skala sedap 2.9 jek? hurmm....kategori tak sedap arrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. ikut orang...inti pizza tu sedap jer...cuma untuk cheese tarik nih sebab saya minat roti tebal-tebal kut...tapi habis jer makan...hahaha

      Padam
  30. bagi mek sedap mungkin sebab mek suka cheese.
    dan mek tak tahu pulak harga dia macam tu pasal next after review, husband yang belikan huhu.
    tapi for me, it worth to buy

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      bagus lah suami belanja tu

      Padam
  31. tak cuba lagi.. Tengah-tengah malam pula nengok kan entry hans ini.. meleleh air liur.. dah lah memang suka cheese.. rasa cam nak terjah dominos je.. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      terjah jangan tak terjah :)

      Padam
  32. Sedapnyaa Domino's! Nanti nak terjah lah, try crust yang ni pulak. Heheh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terjah jangan tak terjah
      hehehe

      Padam
  33. Pizza hut lagi sedap yea..tapi trylah makan domino punya sekali..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak tahu tapi pendapat saya...saya suka dominos lagi dari pizza hut...hehe..lain orang lain citarasa :)

      Padam
  34. Wah,bulan ni tak jejak Domino's lagi. Fevret ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. cepatttt....cepatttt...jangan lambat lambatttttt (menyanyi lagu Abang Nak Tegur)
      hahaha

      Padam
  35. Balasan
    1. memang sodappp
      cenggini ehhh sodap nya

      Padam
  36. CF baca entri ni sambil telan air liur tau. huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      bagus2
      jangan terkeluar pula
      malu orang tengok nanti
      hahaha

      Padam
  37. saya kena kurangkan makan benda-benda ada cheese nih, sebab badan dah bam bam hehe

    BalasPadam
  38. Balasan
    1. rasa lah pula
      baru tau sodap ke idok
      hehehe

      Padam
  39. mellya memang suka domino's heheh sedap memang selalu beli pun kalau nak mkn pizza.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      dah try belum cheese tarik crust nih?

      Padam
  40. baru dapat kupon dominos..boleh gie serbu ni..

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com