Sabtu, 24 Februari 2018

Daging Salai Asam Pedas Al-Firdaus

Assalammualaikum semua. Hari nih Hans nak kongsikan sikit salah satu tempat makan yang Hans berkesempatan singgah dan makan iaitu Restoran Asam Pedas Al-Firdaus.


Nama Kedai :
ASAM PEDAS AL-FIRDAUS

Alamat :
Jalan Raya Satu,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.


Waktu Operasi :

11.00 AM - 11.00 PM


Telefon :

0123162184

Facebook : 


Restoran nih sebenarnya agak terkenal di kalangan pengunjung dekat sini untuk makan tengahari sebab memang banyak betul menu-menu yang dihidangkan disini. Kalau tengok nama restoran memang pasti dah tahu menu-menu utamanya ialah asam pedas. Ada pelagai jenis asam pedas yang anda semua boleh cuba dekat sini. Menu yang lain pun ada.

Tetapi, memandangkan bila terpandang menu restoran ini tertera nama DAGING SALAI MASAK LEMAK, Hans pun malas nak tengok menu dan terus pesan sahaja menu nih. Lamanya tak makan daging salai. Mengidam teruk nih! Hahaha! 

SET NASI SIAP ADA TELUR MASIN! YABEDA BEDU DU DU DU!

Mula-mula sampai atas meja ialah set nasi putih, timun, salad, sedikit sambal belacan dan telur masin. Wah! Ada telur masin yang seronok tu! Memang tak sabar tunggu daging salai masak lemak sampai nih.


Sampai dah daging salai masak lemak yang dinanti-nanti. Jadi, sebelum makan tiba-tiba pula rasa nak hias set nasi kosong tadi. Hahaha! Hasilnya seperti di bawah :



Hahahah! Padahal letak daging jer pun atas pinggan tu! Baiklah! Saat telah tiba untuk melantak! Nyum Nyum!



Nampaknya rasa daging salai masak lemak ini masih belum dapat menandingi daging salai masak lemak Restoran Binjai di PNB Perdana Hotel. Kuah masak lemak nih agak cair sedikit. Macam Hans jenis suka makan kuah yang pekat-pekat. Hehehe! Tetapi, apa yang Hans suka bila makan menu ini ialah :


Kuantiti Daging:
Sangat Banyak

Sambal Belacan:
Memang Sedap Kaw-Kaw

Telur Masin:
Masin yang sedap untuk lidah

Servis:
Pantas 

Kebersihan:
Sangat Baik



Jadi, untuk set yang Hans makan nih tak silap dalam lingkungan RM11 - RM12 macam tu lah untuk set seorang makan. Dengan kuantiti daging yang banyak jadi rasanya Hans masih boleh berpuas hati dengan menu di sini. Cuma Hans rasa menu asam pedas restoran nih mesti sedap sebab ramai yang puji dan cakap asam pedas di restoran nih terbaik. Ada rezeki akan datang In Sha Allah Hans cuba menu asam pedas disini pula.

SKALA SEDAP : 3.5 / 5 

56 ulasan:

  1. ray suke la daging salai masak lemakkk

    BalasPadam
  2. masakan kampung camni mmg puas makan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe...tu lah...kenyang jer

      Padam
  3. Fav miza ne. nak masak tak pernah sedap macam kedai hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan selalu masak sendiri lagi sedap ker?

      Padam
  4. tetiba kecur pulak sy tgk... dah laa x mkn apa2 lg ni waarghhhh kejammmmmm

    BalasPadam
  5. ala tengok makanan lapo la pulak! baru teringat tak lunch lagi. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..lunch untuk kesihatan...masa makan tengahari mana boleh skip :)

      Padam
  6. alahai hans! tngok pulak time pagi2 ni terus lapar. haha

    BalasPadam
  7. Suka juga masak lemak daging salai . . . kalau lalu sini nak cuba juga .

    BalasPadam
    Balasan
    1. owhh sila-sila cuba
      malam nih nak makan mee rebus lak dekat restoran nih

      Padam
  8. wahhh nampak menyelerakan...lapar la plak..hiihi

    BalasPadam
  9. kemain licin pinggan.. mesti tengah lapar sangat nie.. hihi.. e'in tak penah makan daging salai..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukannya lapar sangat
      saya jenis makanan tu sedap atau biasa2 pun memang jenis makan licin
      kalau makanan tak habis dekat pinggan tu sama ada saya tengah demam atau tak sedap
      hahaha

      Padam
  10. hmmm sedapnyaa.. ni buat rindu malaysia nie hahaha

    BalasPadam
  11. wahhh.. sangat2 menggoda. tetiba rasa lapar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa lapar kena makan
      kalau tidak nanti tidur tak lena
      haha

      Padam
  12. Licin Hans makan.. Fuh mengidam teruk sangat ni 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah bayar kena makan licin lah
      rugi kalau tak habiskan
      hahaha

      Padam
  13. Menarik ni..harga pun ok...kalau ke selangor boleh cuba nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      boleh cuba sebab sini macam2 ada

      Padam
  14. mek pernah makan skali je ddg salai lemak cili api kat melaka.
    boleh telan tp bukan favorite.
    hahaha lidah kelantan kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. oghe kelate suko manis2 deh
      haha

      Padam
  15. dapat ulam dan sambal pun ckup ni buat nasi tambah. huhuh

    BalasPadam
  16. ada 2 kemungkinan kenapa mangkuk lauk daging tu licin..
    1. lauk tu sangat sedap
    2. orang yang makan tu sangat lapar

    yg penting jangan membazirkan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada banyak kemungkinan
      lauk nih tengah2...bukan terlalu sedap tapi rasa boleh makan dan portion banyak
      nak kata sangat lapar pun tak sebab sebelum makan nih dah melantak macam2
      saya jenis memang makan licin pun
      nanti nasi menangis :)

      Padam
  17. Nasib baik dekat dengan mak, nak makan daging salai..balik umah mak. Walaupun pandai masak sendiri tapi bila mak masakkan, suami lalu kat sebelah pun tak perasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. untung lah dekat
      hahaha
      tapi memang kalau pandai masak pun tetap nak mak masakkan
      sebab air tangan mak tu yang sedap

      Padam
  18. masak lemak nismilan selalunya pekat, tapi yg penting sedap dan harga berbaloi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      yang pekat2 tu lagi kaw
      hehehe

      Padam
  19. Tergoda dengan menu-menu yang ada tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe...nanti ada menu lagi menggoda

      Padam
  20. Rasa lapar pulak hah..hah... So far belum pernah cuba daging asam pedas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang saya makan nih daging salai masak lemak
      tapi kedai nih popular dengan asam pedas :)

      Padam
  21. Wahhg tetiba kakya lapar laaa bila singgah sini.. sedapmya..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      banyak pasal makanan kan
      haha

      Padam
  22. Alahaiii dah lama tak makan daging salai masak lemak ni. Mana nak cari area kota Bharu ni ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. mencabar tu kalau nak cari dekat Kota Bharu
      hehehe

      Padam
  23. masak lemak daging salai...licin!!! anak soleh ni makan tak membazir hihih

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      memang anak soleh
      kehkehkeh

      Padam
  24. Jarang sangat ke Seri Kembangan ni....jadi mmg tak berapa familiar tempat makannya kat mana.
    Orang nogori mmg sukalah masak lemak cili padi ye Hans hihi.... Mahal sikit tak pe yg penting banyak dan sedap gitu

    BalasPadam
  25. Huhuhu ni pun bookmark kan sekali.. baca separuh ja terus scroll komen. Tak sanggup tengok xD
    Balik Malaysia nanti baru serbu satu-satu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhh
      betul2 jalan-jalan cari makan lah kalau balik Malaysia nih

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com