Jumaat, 16 Februari 2018

Gangguan Bekalan Air Di Wilayah Petaling

Assalammualaikum semua. Emosi aku memang terganggu saat menulis kisah kali ini. Apa kau rasa bila kawasan tempat kau tinggal tiba-tiba tak ada air? Adakah kau akan melompat keriangan? Tidak kan? Begitulah apa yang aku rasa sekarang nih.


Aku basuh baju tadi dalam pukul 3 petang macam tu. Sampai dekat pusingan terakhir tiba-tiba mesin basuh aku berhenti. Jadi, aku ubah jer lah ke mod bilas. Lepas tu aku nak lah basuh tangan aku dekat sinki dapur tu. Sekali air tak keluar! Aku dah mula rasa cemas dah!


Aku pergi bilik air dan sempat lah tadah air setakat mana air keluar daripada pili air tu. Cukup-cukup baldi kecil aku saja. Aku pun pelik juga sebab ikutkan esok dah Tahun Baru Cina. Petang tadi mestilah mereka makan besar sambil tarik-tarik yee sang tu. Tetapi, macam tak ada pula bunyi riuh-riuh. Aku pun dengan inisiatif sendiri bukalah laman web Syabas nak semak. Sekali mata aku terbeliak macam dalam drama-drama sinetron Indonesia tu bila tengok berita di bawah nih :


Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan pelanggannya bahawa berdasarkan pemantauan ke atas sistem bekalan air sejak 2 minggu yang lepas didapati penyusutan paras kolam-kolam perkhidmatan akibat permintaan yang tinggi. Ini telah menyebabkan beberapa kawasan di wilayan Petaling telah terjejas dengan gangguan bekalan sementara dan tekanan rendah.


Perghhhhhhhhhhhhh!! Serius aku cukup tak suka bila masalah gangguan bekalan air nih terjadi. Kali terakhir berlaku masalah nih tak silap masa tahun lepas yang sampai jadi isu politik dalam televisyen tu. Itu saja dah berhari-hari tak ada air dan buat pertama kali aku ada pengalaman angkut air daripada lori tangki air Syabas tu.

GAMBAR HIASAN

Sekarang nih pun aku tak tahu lah bila bekalan air dekat kawasan rumah aku nih nak elok.  Dalam laman web Syabas tu pun tak ada bagitahu setakat aku tengok tadi bila gangguan nih bakal berakhir. Tak rasa sakit hati ker bila kau sendiri tak tahu bila masalah nih akan selesai. Aku baru nak bercuti dengan aman dan gembiranya di rumah sewa tapi macam nih pula jadinya. Lori tangki air pun entah bila datang. Memang betul-betul rosak hari Khamis aku nih.

YEE SANG

Lagi simpati dekat keluarga-keluarga yang menyambut Tahun Baru Cina, yang ada orang tua atau anak-anak kecil. Notis yang diberi pun sangat singkat dan memang aku tak tahu apa-apa langsung. Maklumlah pihak pengurusan semalam pun dah cuti sebab nak sambut raya. Sama lah macam kita nih pun bila hari raya dah dekat memang lah cuti sehari dua awal. Notis keluar semalam dan hari nih terus tak ada air. Gila memang sakit hati aku!


Sekarang banyak betul masalah nak kena selesaikan nih! Paling bermasalah semestinya masa aku nak buang air besar nanti! Nak berak pun mencabar zaman sekarang nih!!! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

P/S : BILA NAK ADA AIR NIH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


UPDATE TERKINI : GANGGUAN BEKALAN AIR KEMBALI PULIH PADA 16 FEBRUARI 2018 BERSAMAAN HARI JUMAAT. ALHAMDULILLAH!

36 ulasan:

  1. biar x de elektrik jgn x de air...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dua2 penting tetapi air lagi penting
      hahaha

      Padam
  2. Kacau mood nak raya. Kena simpan air dah ne.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups...
      baru selesai mengangkat dan membersih
      penat turun naik tangga dan lif
      hahaha

      Padam
  3. Dah ade air belum tu? Alhamdulillah rumah kak ana so far tak pernah xde air. Bertabahlah ye hans.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ada...
      nih pun baru mengangkat air dari lori air...nasib rumah tingkat 2 jer...masa turun guna tangga..masa dah ambil air baru naik lif...kalau tidak berjemah nak tunggu depan lif...haha

      Padam
  4. kalau takde air, masjid la jadi tempat mandi.
    xde letrik kejap je..xde air lama la nak tunggu..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. esok solat jumaat
      malas nak habiskan air masjid
      hehehe

      Padam
  5. Bab bekalan air terputus ni la yang baik-baik tenang jadi berang...lagi2 la kalau notis lewat.Nangis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu lah pasal
      nasib lori air datang juga walau lewat
      lega dah dapat mandi

      Padam
  6. adoiii ! jadi time public holiday memang susahh... dengan festive season ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasib hari nih dah okay
      kalau tak kesian dekat jiran-jiran nak sambut tahun baru tak ada air...hoho

      Padam
  7. Sabar je la bro... nak buat macam mana, isu lama macam nie pun kerajaan sedia ada pun tak dapat nak settelkan lagi...

    BalasPadam
  8. Part last tu, nak gelak tapi rasa bersalah nak gelak sebab kesian pun ada.. But memang suh pun kalau takde air... Nasib hari cuti, kalau hari biasa lagi haru..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau hari bekerja memang haru
      hahaha

      Padam
  9. air takda lg pening. kalau elektrik boleh jugak hidup pakai lilin sob2

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...tu lah pasal...nasib pagi tadi dah ada balik

      Padam
    2. kalau tak kena p cari hutan lipur kt selangor byk haha

      Padam
  10. Mmg sgt stress kalau xde ayaq aoyai.. pi rumah org yg xde gangguan air la han

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah hari nih dah ada balik

      Padam
  11. nasib baik..kalau tak kacau mood raya

    BalasPadam
  12. Air kalau takda boleh jadi sasau. Semua keje tak jadi. Mungkin musim panas sekarang ni sebab tu air kurang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alasan dia sebab penggunaan luar biasa...yer lah..ramai raya cina...banyaklah guna air..haha

      Padam
  13. Rumah Zumal pun air slow sangat hari ni

    BalasPadam
  14. seksa betui kalo takdak ayaq ni..nak memerut pun susah..ahhhaa :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha tu lah pasal
      nasib dah ada air pagi tadi

      Padam
  15. Alhamduiillah, dah ada air...walopun sekejap je takde air, stress jgk kan..

    BalasPadam
  16. Adehhh...susah kalau tak de air.

    BalasPadam

Jika ada sebarang pertanyaan atau persoalan, boleh email kan kepada saya di mohamadhanisismail@gmail.com

Jika berminat ingin bekerjasama dengan pemilik blog ini melalui ulasan @ review berkaitan pelancongan, hotel, makanan atau apa-apa yang berkaitan juga amatlah digalakkan untuk berhubung dengan saya melalui email juga.