Saloma D'Cafe

Assalammualaikum semua. Lama Hans tak buat ulasan makanan kan. Semalam sebenarnya rasa lapar macam orang yang sepuluh hari tak makan. Jadi, Hans ajak lah kawan serumah makan tetapi masalahnya tak tahu nak makan mana. Akhirnya, kami menuju tempat yang dikira dekat dengan kawasan rumah iaitu Uptown Mines Wonderland!

Sebenarnya Hans memang rajin juga lah makan dekat kawasan sini sebab banyak kedai-kedai makan kan. Memandangkan memang tujuan utama nak makan nasi dalam kuantiti yang banyak jadi hati kami tergerak-gerak nak cuba makan di Saloma D'Cafe.


Nama Kedai :
SALOMA D'CAFE

Alamat :
Uptown The Mines,
D.E. ,
1, Jalan Dagang SB 4/1,
Mines Wellness City,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.

Waktu Operasi :
06.00 PM - 03.00 AM


Waktu operasi tu Hans kurang pasti bila waktu yang tepat tetapi senang cerita malam sampai ke tengah malam tu mesti mereka buka lagi lah. Jadi, Hans pesan nasi goreng paprik + nasi lebih serta jus tembikai gelas besar. Sambil-sambil menanti makanan siap tu Hans tengah memikirkan sesuatu juga. Adakah tukang masak sambil memasak akan menyanyi dan menari dengan gaya Saloma? Tetapi, sepanjang pengamatan Hans melihat tukang masak Saloma D'Cafe nih memasak tak ada pula terdengar suara nyanyian mahu pun lenggokan tarian.


Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Dah sampai dah paprik yang Hans pesan! Walawehhh! Sekali sampai pinggan dia bukan main besar. Memang puas hati lah kan! Hans cuba rasa kuah paprik nih dulu dan memang sedap lah. Untuk gerai-gerai makanan di Uptown, bila dapat makanan yang rasanya sedap di lidah...apa lagi hang nak kan? Hang sebat ja lah!


Kawan Hans pula pesan ayam goreng kunyit. Hans pun apa lagi....wajib lah pau makanan dia kan sebab nak rasa. Hahaha! Boleh tahan sedap! Memang ayam nih digoreng penuh kasih sayang lah oleh makcik yang bertindak sebagai tukang masak di dapur tu.


Hans dan kawan minta nasi tambah dan nasi goreng kami sampai dalam kuantiti yang memang padu. Nasi den bertingket-tingket bak kata Warihhhhh! Nasi goreng dia pun boleh tahan sedap dan kalau perut nih boleh bercakap mesti dia akan cakap, "I Love You!" 


Inilah jus tembikai gelas besar. Dalam gambar nampak macam kecil pula tapi hakikat depan mata memang boleh tahan besar lah gelasnya. Kalau minum dekat kedai mamak, selalunya jus buah gelas besar nih rasa manis lebih pada gula tetapi bila minum dekat Saloma D'Cafe nih, rasa manis buah tu lebih menyerlah. Sangat berpuas hati lah dengan jus tembikai gelas besar depa nih! Hao Chi!


Layanan dekat sini pun mesra. Servis dan kepantasan makanan sampai depan meja makan pun bagus. Jadi, harga makanan dan minuman yang Hans makan tadi seperti di bawah :


Nasi Goreng Paprik:
RM7.50 + RM0.50 (Nasi Tambah)

Jus Tembikai Gelas Besar:
RM8.00

Ada yang bertanya kenapa Hans asyik review kedai makan rakyat-rakyat marhaen jer? Tak mahu review restoran mewah atau kafe yang hipster mister ker? Nak buat macam mana makcik pakcik bawang wehhhh.....baget Hans terhad! Hahaha! Tak mampu memanjang nak makan dekat tempat-tempat hipster. Tetapi, kalau ada rezeki Hans makan tempat-tempat macam tu mesti Hans akan kongsikan ulasan dekat blog nih seperti mana Hans makan Daging Salai Masak Lemak dekat restoran sebuah hotel sebelum nih. Jadi, dibawah adalah skala sedap untuk makanan yang Hans dah makan di Saloma D'Cafe ini. 


SKALA SEDAP : 3.5 / 5 

P/S : DOAKAN ADA REZEKI HANS MAKAN DEKAT HOTEL ATAU KAFE-KAFE HIPSTER YANG MAKANANNYA MENARIK DAN SEDAP-SEDAP! BOLEH BUAT REVIEW UNTUK KORANG TENGOK DAN CEMBURU DENGAN HANS. HAHAHA!. 

100 Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

  1. Alahaii tengok paprik tu rasa terliur pulakk.

    BalasPadam
  2. Lama x mkn paprik.. Mcm best nih..

    BalasPadam
  3. wow licin. terliur gila tgk paprik tu. lapa pulak rasa

    BalasPadam
  4. Huishh, terjah sini pepagi camni.. tengok pulak gambar yg mengecutkan perut... laporrr nyaa !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      sekarang dah kenyang lah tu sebab dah makan
      hehehe

      Padam
  5. Balasan
    1. hahahaa
      betul
      selalu hipster kureng sikit...
      tapi kalau jumpa yang sedap memang sedap betul

      Padam
  6. licin pinggan tu nmpk sgt betul2 lapar ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha saya memang sejenis manusia yang suka makan macam sampai licin pinggan tu

      Padam
  7. faveret jugak ni nasi goreng paprik..
    alah makan kedai macam ni lagi sedap n berbaloi kot.
    #gengbajetterhad.kihkihkih

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. kalau ikut yang dia iklan depan kedai dia macam nasi ayam penyet dengan nasi ayam...
      tapi tak try lah pula sebab masa tu selera nak makan yang bergoreng2 nih
      haha

      Padam
  9. ingatkan dpt 4.5/ 5 td dok kata best2 n sedap hehhehehe....

    nk try jauh pulak dik oi, klu dkt2 sini ok jgk... nmpak sgt jenis mls nk kuar mlm2 semata nk try mkn
    dulu2 masa muda rajin lah sampai ke putrajaya nun cari mkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap tu sedap
      tapi 4.5 dengan 5 tu tinggi sangat tu
      kira untuk gerai makan dan makanan yang kami makan tu, memang sedap lah :)

      Padam
  10. macam lama juga tak rasa paprik!! rindu :)

    BalasPadam
  11. ade kedai lagi ek dekat Mines Uptown ni, ingatkan dah tutup..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada tapi lokasi dia berubah
      sekarang lokasi dia belakang mines 2 tu

      Padam
  12. ok dah tu.. x payah g kedai hipster sgt la.. hahahhaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahha
      tp kedai hipster presentation makanan dia selalu lawa

      Padam
  13. Kalau tengah lapar confirm habis.
    Ni kalau saya, habis diet.. huhuhu..

    BalasPadam
  14. berbaloi dah dengan harga kat sana.. licin makan jangan bazir2 ek..

    BalasPadam
  15. Itu gambar yang pertama macam real makanan datang ke meja ni!

    BalasPadam
  16. Sedapnya nampak paprik ayam tu.. Portion pun banyak mesti puashati laa..
    Didoakan hans dapat review makan dekat hotel pulak.. heee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin
      In Sha Allah
      dulu pernah dapat tapi sebab dalam 2 tahun nih sibuk dengan kerja sampai blog tak ber update
      tahun nih In Sha Allah memang aktif balik menulis
      sayang pula tinggal blog :)

      Padam
  17. saya kalau harga makanan dah cecah RM8 dah kira mahal..

    seolah-olah esok dah nak makan lagi dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      standard makanan dekat KL bro
      ada juga yang murah tapi kebanyakkan sekarang harga murah lingkungan itu lah...hahaha

      Padam
  18. wah, saya pernah dengar the mines je...pernah lah jejak kaki dua tiga kali hehe

    BalasPadam
  19. inyaallah ade rezeki nanti akan smpai jugak tu hans
    hye mai singgah lawat sini

    BalasPadam
  20. From your writing and review, this place is worth going. Did u ask them why they named the cafe as "Saloma"?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..tak tanya pula sebab diorang sibuk masak kan
      hehe

      Padam
  21. Sedapnya...hans suka buat review makanan ye...mmg sis pun suka part review makanan...best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups...suka kongsi makanan yang saya makan rasa sedap
      hehehe

      Padam
  22. Selalu gak gi The Mines..boleh singgah nih

    BalasPadam
  23. Bila Hans nak belanja Zumal makan ni???

    BalasPadam
  24. Berbaloi makan kat sini ya, sedap dan harga pun murah..

    BalasPadam
  25. InsyaAllah nanti up lah level hans review cafe or hotel. Tggu maaa je tu.

    BalasPadam
  26. restoran mcm ni lg sedap dari cafe2 hipster yg harga mencekik darah..portion ciput..
    abaikan makcik pakcik bawang tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      cari kedai hipster yang portion banyak
      ada ker tak?

      Padam
  27. Balasan
    1. alhamdulillah sedap
      nanti cuba lah makan sana
      hehe

      Padam
  28. jus tembikai tu melambai2 la plakk

    BalasPadam
  29. Janji sedap dan mampu nak makan kat sini. betul tak Hans?

    BalasPadam
  30. Wah makanan sedap2 belaka sampai licin pinggan tu :D

    BalasPadam
  31. Baru tau kat situ pun ada kedai makan gak, lenkali boleh laa singgah

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      banyak kedai-kedai makan dekat situ
      jenuh nak pilih
      haha

      Padam
  32. Balasan
    1. hahaha
      dekat mana tu?
      alah...area2 cik renex tinggal mesti ada punya jual nasi goreng paprik

      Padam
  33. Tengok ayam goreng kunyit teringat nasi goreng special KL. Rindunya dekat orang kat sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasi goreng special KL?
      Wahh...nasi tu dia letak apa je?

      Padam
  34. ayam goreng kunyit tu my fevret! tak sah kalau ke kedai makan tak order yg tu .

    BalasPadam
    Balasan
    1. owhhhh
      hehehe
      kena makan ayam kunyit dekan tok deng lah macam tu

      Padam
  35. Anak2 kakya hantu paprik.. diaorang mmg suka paprik dan buat pedas2 lagi dioarang suka.. lupa nak gtau..kakya dah follow blog hans okey. Dah follow blog kakya lum..hehehe

    BalasPadam
  36. puas minum kalau gelas besar ini.. hehehe..

    BalasPadam
  37. owner kedai ada kaitan dengan Saloma tak :-)

    BalasPadam
  38. Huwaaaa !!!
    Btw kenapa pulak dengan part tukang masak menari tu xD

    BalasPadam
  39. Act nama saloma tu dr owner sebelumnya and nama owner tu sendiri saloma,after tukar owner nama tu still tak tuka so sbb tu la nama kedai tu saloma d cafe👌 jemput dtg lagi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com

Terbaru Lebih lama