Khamis, 15 Februari 2018

Ubat Cacing

Assalammualaikum semua. Hari ini Hans nak berkongsi sekali lagi tentang kepentingan makan ubat cacing walaupun kita nih dah besar tua rengka sekali pun. Hahaha!

TARAAAAAAAAAAAAAAAA!!!

Untuk pengetahuan semua pembaca, kita sebenarnya perlu mengambil ubat cacing untuk membasmi dan menghapuskan segala jenis keturunan cacing di dalam badan kita nih sebanyak dua kali dalam setahun. Maksudnya, anda wajib makan ubat cacing nih sekali untuk setiap 6 bulan.

Hans pula sepatutnya kena ambil awal bulan Januari yang lepas tetapi sebab asyik terlupa jer. Jadi, hari nih masa lalu depan farmasi tu Hans teringat dan terus beli serta makan tanpa menoleh ke belakang lagi.


Taraaaaaaaaaa! Inilah ubat cacing kegemaran Hans yang dibeli sebentar tadi iaitu NOXWORM CHEWTAB perisa coklat. Harga tak silap tadi dalam RM8.90. Boleh didapati di kedai toko jamu..ehh...boleh didapati di farmasi-farmasi berdekatan anda. Boleh tahan sedap lah rasanya bila makan ubat cacing nih. Tak percaya cuba lah! Hehehe! 


Inilah rupa ubat cacing nih. Saiz sebesar panadol tu jer. Hisap hisap kunyah...dap nya cumi cumi princhly boom boom...hahaha! Makan ubat cacing terus jadi macam Princhly Mabuk. Baiklah! Jadi, mari kongsikan serba sedikit kenapa perlu dan pentingnya kita mengambil ubat cacing nih.

Di bawah ini adalah tanda-tanda yang kemungkinan besar anda sedang hadapi jika cacing-cacing di dalam perut anda sedang membina komuniti bestari untuk mencapai TN50 seberapa cepat yang boleh :
  1. Mudah berasa letih
  2. Kembung perut
  3. Kegatalan pada lubang dubur
  4. Anemia @ kurang darah disebabkan ada jenis-jenis cacing yang hisap darah anda
  5. Tiada selera makan
  6. Wajah pucat
  7. Sakit perut @ cirit-birit @ kembung @ sembelit
  8. Kurang berat badan walaupun selera makan macam gorilla
  9. Sakit kepala
  10. Gusi & Hidung berdarah
  11. Etc..

CACING PITA YANG DITEMUI DALAM PERUT PESAKIT DI INDIA. NGERI WEHHH!


Punca utama berlakunya jangkitan cacing ini disebabkan banyak perkara juga. Antaranya :
  1. Tidak membasuh tangan sebelum makan.
  2. Tidak membasuh tangan dengan cara yang betul @ tidak bersih sebelum makan
  3. Suka makan daging atau lauk yang mentah @ tidak dimasak
  4. Makan makanan yang tidak dimasak dengan sempurna
  5. Makan sayur atau buah-buahan yang tidak dibasuh @ tidak dibasuh sempurna
  6. Minum air yang tercemar @ tidak dirawat @ tidak dimasak
  7. Menggunakan air yang tercemar @ tidak dirawat @ kotor dalam urusan seharian
  8. Berkaki ayam sewaktu berjalan di atas tanah @ pasir @ kawasan-kawasan yang menjadi habitat cacing membiak
  9. Etc...

Jadi, untuk mengelakkan masalah kesihatan anda semua semakin teruk disebabkan cacing-cacing durjana di dalam badan anda tu maka dinasihatkan anda semua jangan ambil mudah bab cacing di dalam perut nih. Jangan ingat bila anda dah berumur 18 tahun ke atas, anda dah perlu nak ambil ubat cacing sebab semakin lama anda buat endah tak endah maka semakin banyak lah anak-anak cacing yang anda semua hasilkan tanpa anda sedari.

PANJANG GILA CACING!!!

Lagi pun sekarang kalau sesiapa yang rajin membaca kisah-kisah pasal cacing nih pasti tahu dalam tahun nih saja banyak kisah cacing-cacing pita dalam badan manusia yang semakin panjang saiznya hinggakan doktor-doktor yang terlibat di dalam pembedahan membuang cacing pita pun terkejut dengan saiz cacing yang ditemui dalam badan manusia pada zaman moden kini. Jadi, tunggu apa lagi!! Ayuh semua! Anda mampu mengubahnya!

P/S : JADI JANGAN LUPA JADIKAN AMALAN MAKAN UBAT CACING SEBAGAI SALAH SATU DARIPADA AMALAN WAJIB ANDA SEKELUARGA :)

78 ulasan:

  1. Ubat tu nampak macam bateri jam. Hehe, tak tau berapa ekor dah cacing dalam perut sebab tak pernah makan ubat cacing

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah tolong lah makan
      jangan nanti cacing beranak pinak dalam usus perut lak
      bahaya

      Padam
    2. hahaha sebelum kengerian berlaku baik makan ubat cacing

      Padam
  2. Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, cacing mcm spaghetti. Sedih! haha.
    Kena pi beli ni. Tak ingat la penah makan ubat cacing ke tak em

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahha...tau xper....sila lah makan sebelum terlambat

      Padam
  3. Nasib baik akak dah makan. Kalau tengah makan tertengok gambar cacing tu...alahai

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...kalau tidak mesti putus selera..haha

      Padam
  4. Weyhhh baca post ni baru teringat... dah lamaaaa gilaaa tak maka ubat cacing.. >0< aduhh tengok gambar cacing lagi seram.. kena terus gi beli ni.. thank you ingatkan! hahaha

    BalasPadam
  5. benda yg dah ditinggal sekian lama..thanks, ingatkan budak2 kecik je kena makan ubat cacing..

    nanti buang air besar, cacing2 ni keluar sekali erkk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak lah
      zaman sekarang ubat cacing tu dia dah hancur lumatkan cacing masa dalam perut
      so bila keluar tu tak nampak lah cacing macam dulu-dulu
      hehehe

      Padam
  6. Ya ampunn..geli yakmat tengok gambar2 cacing tu.
    Unat cacing ni bukan budak2 jenkena makan. Org dewasa pun ada cacing. Kita duk makan ulam2 mentah tu pun boleh ada telur cacing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer betul tu
      sebab kadang2 lalat hinggap ke apa kita tak perasan

      Padam
  7. Lepas apa yg saya dah terrtengok... entahlah ada selera nak makan malam ke tak! hahah T_T

    BalasPadam
  8. Eeeeekkk...geli! Tapi kan, lepas makan tablet tu, bila ke toilet ada cacing keluar ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ada
      cacing tu dah hancur dalam perut lagi
      bukan macam dulu-dulu dah
      sekarang ubat dah moden :)

      Padam
  9. saya rasa pun nak ambik juga ubat cacing..

    walaupun tiada sistem yang ada di atas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. walau tak ada pun kena ambil
      bila ada simptom2 tu selalunya yang cacing dah banyak

      Padam
  10. Tak pernah makan ubat cacing.last makan masa baby dlu..hahaha..teruk tak...no wonder lah tanda tanda no.4 dan no.9 selalu kena. Memang kena makan ubat cacing gayanya. Ubat cacing tu perisa coklat saja ye.perisa lain mcm orange ke strawberi ke ada x?

    BalasPadam
  11. pernah gak makan yg perisa coklat ni.sedap. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan? hahaha...rasa macam nak makan lagi je...nasib ubat cacing

      Padam
  12. huu first singgah sini nampak cacing .. adui.. lama dah rasa tak makan ubat cacing ni .

    BalasPadam
  13. Bila baca blog ni,baru teringat si bongsu akak dah lama sangat tak beri ubat cacing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena bagi tu
      karang beranak pinak cacing dalam perut
      hehehe

      Padam
  14. Urghh..gambar tu tak boleh geli lagi ke? Muntah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      ada lagi ngeri pun ada tapi takut kang orang tak visit blog nih terus pula nanti
      hahaha

      Padam
  15. *Pengsan... hahhaha

    Gua ambil Zentel setiap 6 bulan, InsyaaAllah selamat dari 'kecacingan' :D

    Follower #3670

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      Zentel pun okay
      thanks sudi follow :)

      Padam
  16. Dah macam mi pulak cacing2 tu..

    salam perkenalan Hans

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang gitu rupanya
      haha
      salam perkenalan juga

      Padam
  17. Yarggghhh disgusting lah gambar tu Hans, nasib baik dah breakfast..
    Tapi itulah hakikatnya, betullah apa Hans kongsi ni.. Kita kena makan pembunuh cacing demi kesihatan usus dan perut.. Terus rasa nak beli ubat ni..

    BalasPadam
  18. gial akn..cikyan mmg biasa mkn ubat cacing nih...sbb mmg tahu pasal cacing ni semua.. ngeri tgk kan...cacing tu bknnya kecik.. besar hoiii.. ngeri...kdg buat penyakit yg kit tak duga...makan la ubat cacing...selamatkan diri sendiri..huuu, ngeri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      selamatkan diri dari serangan cacing pita
      hehehe

      Padam
  19. Ya makan ubat cacing penting walau sdh tua. Sy makan 2 kali setahun ubat cacing.

    BalasPadam
  20. akak bayangkan gambo2 tuh mcm spageti je dik hahahha... klu tak, mmg tak lalu mkn lah jwbnya nengok caicng2 tuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      kang nanti tgok spagheti terbayang cacing lak

      Padam
  21. Eiiii...ngerik dowh...
    ingatkan spaghetti.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaahaha
      hakikatnya itu adalah rupa cacing di dalam perut kita

      Padam
  22. adoi...gelinyaaa....
    issh..kena beli juga ni...nak makan ybat cacing jugak laaa

    BalasPadam
  23. dewasa pun kena yer makan? Ohhhh...baru tahu ni.. thanks info

    BalasPadam
  24. halamak.. geli pulak tgk.. haha

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Dr Amalina Bakri Dedah 4 'Rahsia' Mudah Untuk Fasih Berbahasa Inggeris

    BalasPadam
  25. taktau pulak ada ubat cacing perisa coklat siap boleh kunyah lagi. menarik nie.

    geli tengok cacing tuuuuu T^T

    BalasPadam
    Balasan
    1. jenis air ada
      jenis pil ada
      so pilih mana yang berkenan di tekak
      hahaha

      Padam
  26. ehh ! baru tau orang dewasa pun kena makan ubat cacing jugak.. ingatkan kanak2 ja.. adehh..


    berapa kerap kena makan ni Hans?

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes...orang dewasa pun kena
      macam yang saya tulis di entry tu...
      setiap 6 bulan kena makan sekali...
      tetapi kalau serangan cacing teruk..itu kena dapatkan pandangan doktor :)

      Padam
  27. Ish cacing rupa tu dalam perut kita ye. Iyekkkkk nampaknya kena beli ubat cacing jugak la. Lama kot tak makan ubat cacing. Ingtkan budak je yang kena makan.

    BalasPadam
  28. makan banyak tp berat tetap x naik-naik, adakah disebabkn oleh cacing dlm usus ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama ada memang ditakdirkan metabolisme dalam badan tinggi atau memang sebab cacing
      hahaha
      yang penting makan jer ubat cacing 2 kali setahun

      Padam
  29. uih mak aihhh. Ngeri der tengok cacing-cacaing pesta dalam perut tu. Seingat aku dah lama tak makan ubat cacing sejak zaman bangku sekolah rendah lagi. Ehh kalau makan ubat cacing ni, cacing ni keluar nanti ikut mana ya? Seram lak bila teringat zaman kecik dulu keluar ikut tutttt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cacing2 tu dah hancur dah masa keluar
      bukan zaman dulu cacing keluar hidup2
      hahaha
      so jangan risau

      Padam
  30. tak pernah consume ubat cacing..selalu bagi anak jea..lepas bersalin ni, kena consume ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups...
      kalau masa mengandung xsilap tak elok makan
      tapi kalau dah bersalin okay lah tu

      Padam
  31. sebut buat cacing...ingat zaman kecik2 je pernah mkn..rupanya ada juga ubat cacing utk golongan dewasa...eee...gelinya tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      memang ada sebab orang dewasa pun kena makan

      Padam
  32. kalau x ada tanda-tanda tu kena mkn jugak ke...atau pergi dapatkan khidmat nasihat dari Dr...ke tak ada tanda2 tu pun boleh mkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ada tanda-tanda pun kena makan
      sebab memang setiap 6 bulan kena makan
      kalau ada tanda2 tu tanda dah teruk

      Padam
  33. kalau ada cacing dlm perut..akan keluar melalui najis or mcm mana? atau mati kena 'kisar lumat' dlm perut

    BalasPadam
    Balasan
    1. ubat sekarang moden
      cacing-cacing tu semua dah kena kisar lumat dah dalam perut

      Padam
  34. Alamak ngerinya.. Baru tau ubat ni wujud. Macam ada je semua symptom ni.. Selalu termakan makanan yang tak cukup masak la kot ^^"

    BalasPadam
    Balasan
    1. hah
      dah kena makan dah tu
      kita setahun kena makan 2 kali iaitu 6 bulan sekali makan

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com