Restoran Mishaltit Seri Kembangan
Hans Hanis
Jumaat, Mac 30, 2018
43
Assalammualaikum semua. Kali ini Hans nak berkongsi tentang makanan orang Syria yang sedap dan enak di makan di Restoran Mishaltit. Kebetulan kawan Hans tiba-tiba mengidam nak makan makanan Arab. Jadi, bila google terjumpa restoran ini dan kami pun mengambil risiko untuk makan disini buat pertama kalinya.
Nama Kedai :
Mishaltit Restaurant (Serdang South City)
Alamat :
A-G-11,
Persiaran Serdang Perdana,
Taman Serdang Perdana,
Persiaran Serdang Perdana,
Taman Serdang Perdana,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.
Waktu Operasi :
Waktu Operasi :
12.00 PM - 02.00 AM
Telefon :
0142349457
Facebook :
Bila tengok menu-menu yang disediakan, memang Hans dan rakan agak rambang mata lah sebab tengok gambar semua nampak menarik dan menyelerakan. Jadi, akhirnya kami memilih senarai menu di bawah untuk dicuba :
Makloubah Rice With Lamb = RM20
Chicken Shawerma Pizza Mishaltit = RM18.50
Hummus With Tahina (Large) = RM7.00
Roti Nan = RM2.00
Jus Mangga = RM7.00
Jus Nenas = RM6.50
Jus Nenas = RM6.50
Jumlah Keseluruhan = RM61.00
Tudiaaaaaaaaaaa!! Secara purata untuk seorang makan ialah RM30. Tetapi, semua mesti dah tahu bila makan makanan arab nih, kuantiti makanan dia memang banyak sebab orang Arab kan makan kuat. Hahahaha! Jadi, Hans mulakan bacaan Bismillah dan mari lihat apa dulu yang sampai atas meja. Hehe!
Jus mangga yang Hans pesan dah sampai. Serius sedap gila sebab tak ada ais dan kesejukannya sangat menyegarkan. Rasanya mungkin ais dah dikisar sekali dengan buah tetapi tak ada pula rasa kasar ais tu. Senang cakap kuantiti jus memang banyak dalam gelas yang besar nih. Dengan harga RM7.00 memang sangat berbaloi.
SKALA SEDAP : 4 / 5
Sampai sudah Nasi Makloubah bersama Daging Kambing yang dinanti-nanti oleh Hans. Nasi ini didatangkan sekali dengan potong terung, sambal tomato serta sup kosong. Masa untuk membuka bungkusan daging kambing tu. Yehaaaa!
Punyalah banyak daging kambing yang dia bagi. Dengan nasi setalam, potongan terung yang besar dan segenggam hirisan kobis. Memang Hans dah bersedia untuk jadi orang Arab pada malam tu. Hahaha!
Memang tak dapat nak habis sebab sebelum nasi nih sampai ada makanan rakan dulu yang sampai. Jadi, memang dah tak boleh nak telan sebab banyak sangat. Cuma alhamdulillah daging kambing yang lembut dan sedap tu berjaya dihabiskan. Rasa terung pun boleh tahan sedap walaupun Hans sebenarnya tak suka makan terung. Jadi, ini antara pandangan dan penilaian Hans untuk menu Nasi Makloubah bersama Daging Kambing ini.
SKALA SEDAP:
3.5 / 5
Kuantiti Makanan:
Tersangat Banyak
Daging Kambing:
Daging Kambing:
Kuantiti Banyak, Daging Lembut, Sedap Dan Tidak Berbau
Terung:
Terung:
Lembut, Sedap Dan Rasa Lemak
Sambal Tomato:
Sambal Tomato:
Rasa Lebih Kurang Sama Macam Di Kedai Makanan Arab Lain
Sup:
Sup:
Tak Berapa Gemar Sangat Sup Orang Arab
Nasi:
Nasi:
Kuantiti Sangat Banyak Tetapi Sederhana Sedap
Servis:
Sangat Pantas
Sangat Pantas
TARAAAAAA!!!! Ini lah rupa serta saiz Chicken Shawerma Pizza Mishaltit. Memang nampak menyelerakan. Tunggu apa lagi? Masa untuk mengketedarah kini bermula!
Hans sukakan pizza nih sebab rasanya tu lain daripada pizza di Malaysia. Satu rasa yang Hans tak pernah makan lagi. Memang rasa pizza ini mengikut citarasa orang Arab. Jadi, untuk Hans memang satu pengalaman rasa yang baru sebab dapat makan pizza hasil air tangan orang Syria ini. Jadi, ini antara pandangan dan penilaian Hans untuk menu seterusnya ini.
Itulah hasilnya! Tak habis! Hahaha! Menu Hummus dengan Tahina ini sebenarnya diperbuat daripada kacang kuda, dan dicampur dengan minyak zaitun, jus lemon, garam, bawang putih dan sos tahini. Dari segi rasa, mula-mula makan memang rasa pelik. Tetapi, bila lama-lama makan dengan roti nan tu, rasa macam sedap pula. Jadi, ini antara pandangan Hans serta rakan Hans untuk menu yang luar biasa bagi kami nih :
SKALA SEDAP:
4 / 5
Kuantiti Makanan:
Saiz Mengikut Piawaian Yang Ditetapkan (Hahaha)
Keju:
Keju:
Kuantiti Keju Mozzarella Yang Banyak Dan Sedap
Sos Pizza:
Sos Pizza:
Rasa Masam-Masam Tetapi Kena Dengan Kombinasi Yang Lain
Kerak Pizza:
Kerak Pizza:
Lembut Dan Rangup
Servis:
Sangat Pantas
Sangat Pantas
Sebenarnya, menu pertama yang sampai ialah set Hummus dengan Tahina saiz bersama roti nan. Ini kawan Hans yang pesan tetapi sebenarnya dia main pesan jer. Hans sebenarnya adalah bising sikit dekat dia sebab dia pesan saiz besar. Hans tanya,"Kau pernah makan ker yang kau order saiz besar nih?" Dan semestinya jawapannya tidak. Tetapi, bila tengok bentuk dan rupa menu ini, nampak macam menarik dan kreatif. Apa agak-agak rasanya yer?
SKALA SEDAP:
3 / 5
Kuantiti Makanan:
Banyak
Rasa:
Rasa:
Kadang-Kadang Aneh & Kadang-Kadang Sedap
Roti Nan:
Roti Nan:
Lembut Dan Sedap
Servis:
Pantas
Pantas
Jadi, selesai sudah mengketedarah di Restoran Mishaltit cawangan Serdang South City. Alhamdulillah, keputusan yang tepat mencuba nasib makan disini sebab menu-menu yang kami makan semua sedap-sedap dengan kuantiti yang memang cukup banyak. In Sha Allah, kalau datang lagi nak cuba menu-menu yang lain pula. Kepada yang belum pernah makan disini, mungkin boleh jadikan restoran ini sebagai lokasi jalan-jalan cari makan anda yang seterusnya. Selamat menjamu selera.
P/S : ALHAMDULILLAH! LEPAS NIH MAKANAN APA PULA YANG NAK DIMAKAN? ADA CADANGAN?