Rabu, 7 Mac 2018

Bayar Cukai Pendapatan 2017

Assalammualaikum semua. Hari nih Hans sibuk sikit menyelesaikan urusan cukai pendapatan nih sebab buat pertama kalinya Hans nak daftar dan semak berapa cukai yang Hans kena bayar. Kalau ikutkan sebenarnya Hans tergolong di dalam golongan manusia berpendapatan di bawah RM3100 dan tidak perlu bayar cukai pendapatan. Tetapi apabila disarankan oleh rakan-rakan supaya buka sahaja akaun LHDN dan mengisytiharkan jumlah pendapatan tahunan, jadi Hans pun buka lah kan. Lagi pun memudahkan hidup Hans juga di masa hadapan sebab Hans nih bekerja sendiri.

BESAR GEDABAK BANGUNAN DIA! NASIB PARKIR MOTOSIKAL DEKAT DENGAN PINTU MASUK! 

Jadi, bersemangat waja lah Hans pergi ke Pejabat LHDN di UTC Pudu Sentral tetapi rupa-rupanya disitu hanya lebih kepada hal-hal operasi yang lain. Hans disarankan pergi ke cawangan LHDN Bandar Baru Bangi sebab dekat sana ada satu ruangan khas disediakan dimana komputer-komputer diberikan untuk kegunaan pelanggan dan ada pegawai disediakan untuk membantu kita semasa mengisi segala macam perbelanjaan dan pelepasan cukai terutama sekali untuk orang yang pertama kali mengisi macam Hans nih.

KALAU NAK PERGI TU JANGAN LUPA SEMAK WAKTU YANG SESUAI BERURUSAN :)

Hans pun malas nak tangguh-tangguh jadi Hans terus kesana. Walaweh! Serius memang pening gila nak isi e-Filling nih tetapi nasib baik lah ada pegawai-pegawai LHDN yang sangat baik, ramah dan rajin membantu Hans menjawab segala macam persoalan Hans pasal setiap ruangan yang perlu diisi. Hans sangat bangga dengan ketabahan mereka melayan Hans sebentar tadi. Hahaha! Memang satu keputusan yang bijak bila Hans isi dekat situ. Kalau biarkan Hans isi sendiri dekat rumah memang alamatnya mengamuk depan laptop sendiri lah sebab tak faham. Hahahaha!

SIAP ADA GAMBAR LAGI BAGAIMANA CARA NAK BAYAR CUKAI PENDAPATAN TAHUNAN

Alhamdulillah, segalanya dah selesai dan dipermudahkan. Sebenarnya salah satu sebab Hans nak isytiharkan jumlah pendapatan dekat LHDN nih sebab senang sikit proses kalau ada rezeki nak beli rumah ker apa sebab bila Hans saja-saja tanya ejen yang jual rumah dan semua nak tengok penyata cukai nih bagi orang yang bekerja sendiri macam Hans nih. Tetapi, memandangkan keadaan ekonomi dan pasaran kerja yang Hans ceburi untuk tahun 2018 nih seakan-akan suram jadi Hans pun hanya cuba semampu mungkin lah untuk cuba menyimpan duit lagi setakat yang boleh. Jadi, dibawah ini Hans kongsikan sedikit tentang senarai perbelanjaan yang dapat mengurangkan cukai individu bagi tahun 2017 nih :


Memang masa mengisi tu seronok juga lah sebab teruja mengira benda-benda yang boleh dapat pelepasan cukai macam belanja ibu bapa, bil unifi, bayaran insurans dan macam-macam lagi yang berkaitan. Seronoknya tu ada satu ruangan jumlah bayaran zakat untuk di isi jika kita ada membayar zakat. Jadi, jangan takut bayar zakat sebab selain dapat keberkatan dan dimurahkan rezeki boleh dapat lagi pelepasan untuk cukai. Kepada yang masih belum buat e-Filling tu cepat-cepat lah buat sebab tak silap Hans tarikh akhir pembayaran untuk sesiapa yang dikenakan cukai ialah pada hujung bulan April 2017 nanti. Selamat membayar cukai!

P/S : Kepada Sesiapa Yang Memang Jumlah Gaji Tahunan Tidak Perlu Bayar Cukai Tetapi Buka Jer Akaun Dengan LHDN Untuk Memudahkan Urusan Anda Di Masa Akan Datang.

58 ulasan:

  1. Yang pendapatannya tinggi tu kenalah bayar cukai.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..dah selesai dah lega...

    BalasPadam
  3. Terbaek.. gaji ejulz pun kecik je. X kene cukai. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      tapi buka jer file
      untung2 leh tuntut duit refund tau :)

      Padam
  4. Nice sharing. I pun terpinga-pinga jugak masa first time nak buat benda alah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahahaha
      tu lah pasal
      pening owhhh

      Padam
  5. settle dah. nak tunggu dapat refund balik jer ni hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhhh siap dapat refund
      macam mana nak tahu kita ada refund ke tak?

      Padam
  6. tak pernah buka lagi. kalau tak salah ada service tolong uruskan individual income tax termasuk nak kira sekali. Senang tapi agak mahal nak upah accountant.

    BalasPadam
    Balasan
    1. owhhh
      itu kalau orang yang buat business kut yang banyak nak kena kira kos

      Padam
  7. dah dekat 7 kali buat, tapi setiap kali pun blur nak isi e-filing ni.hehe.benda setahun sekali kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      tu lah
      setahun sekali jer isi

      Padam
  8. thn ni first time aida kena byr cukai.
    asben masih lagi status refund.
    hmmmm tak pe la. dlm rezeki kita, ada rezeki org lain, kan?

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. yups
      dah belajar isi semalam
      so rasanya akan datang In Sha Allah senang lah kut

      Padam
  10. akak pun kene buat jgkla, walaupun gaji pokok tak sampai rm3 k lg tp bila dpt elaun ke tunggakan terlebih jgk... biar bt akaun siap2 kan tkt tak buat tup2 kene bayo sesia je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2 tu
      lepas dah buat resit2 tu kena simpan selama tujuh tahun
      hehehe

      Padam
  11. Betul tuh... Hehe... Pergi ibu pejabat ker? Nape tak roger LeYa..ekekeke..

    BalasPadam
  12. Hans ni good citizen.
    Cukai jika di tangguh tangguh nanti berserabut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      tak ada lah good citizen sangat pun
      hehehe

      Padam
  13. Setiap bulan kena potong cukai berkala (PCB). Alhamdulillah, setiap tahun ada lebihan cukai dan lepas la untuk isi petrol 2-3 bulan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah
      banyak lebihan cukai tu

      Padam
  14. Bagus! E-filing, buat jangan tak buat. Setel awal2 senang... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul3
      tak payah nak serabut kepala otak dah
      hahaha

      Padam
  15. Saya tak dapat lagi EA form..sabar jealah bos saya ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila lempang bos tu laju2
      lambat sangat buat kerja
      hahaha

      Padam
  16. Hehe zumal belum pernah bayar cukai pendapatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. buka je file zumal
      mana tahu untung2 dapat refund

      Padam
  17. Adoi.. baca pengalaman hans je dah pening.. kikiki

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      tapi tak apa
      lepas pergi kaunter tu tak pening dah
      sebab ada pegawai boleh tolong
      hehehe

      Padam
  18. Bagus Hans share info ini dengan bahasa mudah faham..
    Alhamdulillah sis dah submit tax via e-Filing Isnin lepas.
    Sekarang tunggu refund, yeahhhhh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      tu lah
      harap membantu orang2 yang baru pertama kali nak bayar macam Hans nih

      Padam
  19. Kalau keja sendiri nak beli rumah memang kena declare cukai pendapatan nie. Macam suami Kak Sue juga..

    BalasPadam
  20. Semoga dimurahkan rezeki Hans nak beli rumah ye

    BalasPadam
  21. ermm kak lily tiap2 mengisi form BE ni.. kalau dah ada dalam system tak sampai 10 minit je dah boleh submit

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      kalau dah mahir senang jer :)

      Padam
  22. tiap2 thn kna byr cukai...online cpt je...klik sana klik sini...siap!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2
      kalau dah mahir memang sekejap jer

      Padam
  23. Ya..wajib buka...kena tak kena belkang cerita hehe

    BalasPadam
  24. Dah lama buka akaun cukai pendapatan.so far belum kena apa apa cukai lg

    BalasPadam
  25. Tudia.. nak isi jer online kat rumah xleh ya? .__.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je isi online tapi takut pening kepala lah kalau pertama kali nak isi
      hahahah

      Padam
  26. Sbb setahun sekali, selalu lupa password..hihi..

    buat awal, kalau ada lebihan, Alhamdulillah, rezeki..

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam mana nak tahu kita ada lebihan tu?

      Padam
  27. Alamak..belum buat lagi. First thing first..cari resit2 buku dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      kena cepat tu
      bulan 4 nanti dah tutup dah

      Padam
  28. Alhamdulillah... Semoga terus dimurahkan rezeki...

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin
      terima kasih atas doa tu :)

      Padam
  29. Alamak.. mama x isi lagi ni.. mmg kena dftar efiling gni Hans.. semoga Hans murah rezeki cpt2 Naik gaji ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. nih dah nak bulan 4 dah
      cepat-cepat lah isi
      semoga doa mama tu makbul
      amin

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com