Ahad, 11 Mac 2018

Makan Nasi Lemak Royale Team Kedah Serdang Raya

Assalammualaikum semua. Lama tak kongsi tentang makanan yang sedap-sedap nih kan. Jadi, kali ini Hans nak kongsikan dengan semua pembaca tentang salah satu menu yang sangat popular di Kedah iaitu Nasi Lemak Royale. Orang Alor Setar mesti tahu punya lah tentang menu yang sedap nih. Kalau tak tahu tu memang bukan anak jati Aloq Setaq lah tu. Hahaha! Nak dijadikan cerita berdekatan rumah Hans nih sudah ada cawangan baru Nasi Lemak Royale Team Kedah Cawangan Serdang Raya yang baru dibuka pada hari Jumaat, 9 Mac 2018.


Nama Kedai :
NASI LEMAK ROYALE TEAM KEDAH (CAWANGAN SERDANG RAYA)

Alamat :
1G,
Jalan SR 7/3,
Taman Serdang Raya,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.


Waktu Operasi :
11.00 AM - 11.59 PM

Telefon :
0133866555 / 01139940944

Facebook : 


Menariknya semasa pembukaan cawangan baru ini, mereka bagi makanan percuma bermula pukul 2.30 petang sehingga pukul 5.00 petang. Tetapi, sayangnya Hans tak berkesempatan merasa makanan percuma tu sebab sibuk bekerja semalam. Jadi, hari ini Hans ambil lah kesempatan untuk merasa sendiri Nasi Lemak Royale dekat sini pula. Nak tengok rasa nasi depa nih boleh pi jauh ka dak. Hahaha!



Restoran mereka masih baru dibuka dan hiasan serta dekorasi di dalam restoran masih lagi kosong. Tetapi, tak kisah lah sebab yang Hans tahu memang Hans nak cuba rasa dan nilaikan sama ada rasanya sama atau tidak dengan cawangan asal di Kedah. Memandangkan Hans pergi sana pun dah pukul 4 petang jadi banyak lauk dah habis masa tu. Cadangannya nak ambil ayam dengan sotong tetapi sotong dah habis. Jadi, Hans redha jer lah ambil seketul ayam dan kuah campur.


TARAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!! Inilah wajah Nasi Lemak Royale Team Kedah yang bakal dijamah sebentar lagi. Sepatutnya mestilah sama macam gambar di atas ada kacang bendi dan cabai hijau tu kan? Sebenarnya ada jer tetapi Hans yang tak ambil. Kacang bendi nih Hans makan kalau buat gulai jer. Jadi, tunggu apa lagi? Hans mengketedarah dulu lah noh! YEHAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!


Seperti biasa lah kalau dah makan kena bagi betul-betul habis. Tetapi, adalah sikit-sikit baki kuah dal dekat situ. Nasi Lemak Royale nih banyak REMPAH 4 SEKAWAN iaitu bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Cuma tadi kulit kayu manis tak pula dijumpai. Jadi, macam Hans bila makan nasi nih memang kena berhati-hati lah. Buatnya tergigit buah pelaga tu mahu hilang selera makan. Hahaha! Kalau tak ada rempah 4 sekawan tu pun tak seronok juga sebab itu yang buat rasa dan bau nasi tu sedap. Jadi, ini antara pandangan Hans untuk menu kali ini :


Kuantiti Makanan:
Banyak

Nasi Lemak Royale:
Nasi Sedikit Lembik 

Ayam Goreng Berempah:
Memang Padu

Kuah Campur:
Sedap

Kebersihan:
Baik

Servis:
Sederhana Pantas 


GAMBAR AMBIL DEKAT FACEBOOK TETAPI MEMANG INILAH RUPA DALAM RESTORAN TADI


Cuma sedikit pandangan dan teguran untuk pekerja-pekerj disini. Hans tengok kebanyakannya masih muda jadi mereka perlu lebih pantas dan lebih mesra dalam memberi servis serta layanan kepada pelanggan-pelanggan yang hadir. Jadi,  untuk harga makanan dan minuman yang Hans makan untuk kali ini adalah seperti di bawah cuma Hans terasa harganya macam sedikit mahal pula :

Nasi Lemak Royale Ayam + Sirap : RM8.00


Jadi, dibawah adalah skala sedap untuk makanan yang Hans makan untuk kali ini di RESTORAN NASI LEMAK ROYALE TEAM KEDAH CAWANGAN SERDANG RAYA. Patutnya boleh bagi 4 sebab ayam dan kuah dah sedap sangat dah. Cuma nasi tadi lembik sedikit jadi sebab itu Hans kurangkan jumlah skala sedap. Hehehe.

SKALA SEDAP : 3.7 / 5 


Untuk pengetahuan semua juga, dekat sini pun ada juga menu-menu western yang mula dijual bermula dari pukul 4.00 petang sehingga lah pukul 11 malam. Kepada yang dah pernah makan di sini, jangan lupa untuk kongsikan pandangan dan pengalaman anda di ruangan komen. Kepada yang belum lagi berkesempatan untuk merasa nasi lemak royale dekat sini, silalah cuba sebab sedap hingga menjilat jari.

P/S : Lepas Nih Kena Pi Awai Lah Kalau Nak Makan Lauk Sotong! 

86 ulasan:

  1. Balasan
    1. hehehe
      tu lah
      puas makan
      hahaha

      Padam
  2. Ahaa biasalah tu kalau kedai2 makan yang baru nak start beroperasi (walaupun brand asalnya dah terkenal di lokasi asal) memang akan terasa macam kurenggg sikit servisnya, give them a month or two, nanti akan improve la tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      sebab baru hari kedua kan
      heheeh

      Padam
  3. terliur tgk nasi kat atas sekali tu. cili hijau potong tu yang paling sedap tu, macam rangup je. hehe. Nanti gi alor star lagi kena cari lah nasi ni, selalu gi sana tapi tak tahu nak makan apa. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. cili hijau tu memang rangup
      skrg bnyk dah cawangan

      Padam
  4. Dah pernah rasa makan kat sini.. rasa macam nasi kandar pun ada.

    BalasPadam
  5. Waaa....makanan kiter semalam hampir sama la..
    Tapi kiter makan yg mak kiter masak la..Nasi Lemak Kuning...
    Mak kiter pun ada citer pasal Nasi Lemak Royale ni masa masak http://namakucell.blogspot.my/2018/02/nasi-lemak-kuning-bungkus-surat-khabar.html?m=1

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      yups
      nasi lemak kuning

      Padam
  6. Amboi ada pulak skala sedap dia tu. Hahaha. Tp mmg nmpk sedap la hans.. Ala hans buat cikyan tringin la pulak. Hahhahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      memang selalu review makanan saya buat ada skala sedap

      Padam
  7. skali tengok nampak macam nasi kandar dgn lauk n sambal nampak bertimbun mcm tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      konsep dia kuah bnyk macam tu
      tapi bergantung juga pada kita nak kuah bnyk mana
      hans mmg suka kuah banyak2

      Padam
  8. Balasan
    1. dekat alor setar ada
      cawangan aslinya dekat Alor Setar
      hehe

      Padam
  9. Alahai sedapnya nampak. Kak ana tak pernah cuba lagi makan dkt sini walau dah 2x ke kedah. Boleh cuba nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti boleh lah cuba kak ana
      mana tahu kena dengan selera

      Padam
  10. Tak pernah lagi makan nasi lemak taruh rempah empat sekawan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasi2 kenduri nih memang selalu letak rempah empat sekawan tu

      Padam
  11. Dulu 3 tahun belajar kat kedah tak pernah rasanya makan nasi lemak royale nih..haha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      saya dekat kedah pun jarang makan

      Padam
  12. pergh, tengok gambaq pun dah cair. sedap nya :D

    BalasPadam
  13. Nampak sedap. Kat sini susah cari nasi lemak fancy2 yang sedap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. owhhh
      nanti kalau ada rezeki datang sini cuba lah makan
      mana tahu kena dengan selera :)

      Padam
  14. Wah. Habis licin Hans makan. Hopefully diorang improve on the rice. Next time will be 5/5. Hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      hari tu lah nasi dia lembik sikit
      kalau tidak boleh dapat 4 ke atas dah
      heheheh

      Padam
  15. wow.. unik nsi lemak royale kedah..kuning gituuu :D

    BalasPadam
  16. Saya selalu singgah kat nasi lemak royale kalau berkunjung ke kedah. Best angat

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dekat kedah lagi padu lah perginya kan?
      hehehe

      Padam
  17. Alamak ternampak gambar makanan ^^"
    Sy bookmark eh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      nanti cuba makan
      mana tahu kena dengan selera Yun Sing

      Padam
  18. Balasan
    1. jangan lupa try nanti makan nasi nih

      Padam
  19. Ingat diKedah, boleh pi terjah...
    2 kali baca baru perasan di Selangor

    BalasPadam
    Balasan
    1. dekat kedah memang ada dekat Alor Setar

      Padam
  20. Alahai... macam sedap. Tapi kalu da nasi lembik, terpotong selera kita nak try... mungkin ritu, tukang masak dok berangan masa nak tanak nasi.. huhuhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak lah lembik sangat cuma semalam lembik sikit...biasalah baru2
      lepas nih nasi In Sha Allah okay tu

      Padam
  21. Nasi lemak kuning byk kali jg makan, ada jual di mini UTC Sentul..

    yg ni cawangan nasi royale yg femes kt Kedah tu ye..

    BalasPadam
  22. Terusss lapor tengokkk, wowwww! Alahai, asal takdak kat Johor..aduduudd..geramm jeww~

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe dekat johor ada Mee Racun

      Padam
  23. Macam menarik je... tengok la nanti, kalau tersesat kat area tu, boleh la singgah sambil test menu tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      dia ada banyak cawangan
      shah alam ada
      bangi ada
      tersesat dekat mana-mana nanti leh lah cuba

      Padam
  24. Wahh.makan sampai licin.. sah-sah sedap..walaupun nasi lembik

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya jenis makan licin
      hahaha

      Padam
  25. Balasan
    1. sedap ayam dengan kuah dia
      hehe

      Padam
  26. hai Hans..
    dah banyak kali singgah, xdan nak komen apa2..
    tgok Hans punya cerita, hebat2 sangat, penulis skrip gitu..
    kami ni penulis blog cikai ja, hahaha..

    kami org kedah pun xpenah lg mkn nasi lemak royale ni..
    takat nasi kandaq Ramli je la boleh makan, sebab dekat dgn rumah makayah..
    skg dah dok selangoq, blk kg xdan nak jalan2 cari makan, walaupun enSuami dok ajak cari, sebab xtau jalan, dia kena cari sendiri ler by maps@waze...

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya penulis skrip pun biasa jer lah...tak ada hebat mana pun
      owh dekat selangor lah banyak cwawangan dia...dekat Shah Alam ada...Bangi pun ada

      Padam
  27. Nampak sedap dengan kuah yang banyak tu. Boleh pergi cuba ni hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila2
      kalau suka makan nasi kuah banyak...ini antara makanan yang sedap untuk kategori tu
      hehehe

      Padam
  28. tangkai cabai tu pun hang telan jg kaa hans hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya tak ambil cabai
      gambar 1st tu bukan gambar saya
      gambar yang lepas tu baru gambar nasi saya :)

      Padam
  29. woahh sedapnyaaa nak jugakk, kenapa team kedah tapi ada kat selangor TT .TT

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasalah
      orang kedah jer leh makan dekat kedai nih kut
      hahaha

      Padam
  30. Nama kedai tu menarik.. kikiki..

    BalasPadam
  31. Tak pernah cuba lagi. Jarang tengok nasi lemak dengan kuah banyak macam tu..
    Nanti akak cuba try test

    BalasPadam
  32. Ya ALlah....terliuq sgt tgk...(kuaq da bhs penang)

    BalasPadam
  33. Wah.. Mmg nmpk menyelerakan. Mana tau pi kedah nanti boleh try.. Thanks sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      sila2 try
      mana tahu kena dengan selera

      Padam
  34. wahhh nampak sedap , tapi tak pernah try lagi

    BalasPadam
  35. menyesal buka entry ni pepagi buta ni... kan dah terliur sendiri... hehe

    BalasPadam
  36. sedapnya, BV suka betul dengan makanan yg ada kuah n sos pekat2 macam nie :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      baru nikmat makan kan bila kuah pekat2

      Padam
  37. the best nasi lemak i've ever ate last time beli kt tganu. nasi lemak ayam madu. hehe
    but this looks good as well

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh banyak jenis nasi lemak yang sedap2
      semua ada keistimewaan tersendiri

      Padam
  38. Hmmm menarik, nak sarapan nasi lemak la nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. dekat alor setar ada nasi lemak royale nih
      boleh cuba
      hehehe

      Padam
  39. Mama penah makan Di caw Shah alam

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer
      dekat shah alam ada cawangan dia

      Padam
  40. Salam

    Saya selalu makan di cawangan Shah Alam

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam
      wah
      pelanggan tetap ke nih?
      hehehe

      Padam
  41. Assalamualaikum...Hans, saya owner kedai Branch Serdang Raya. Terima kasih atas Review dan teguran saudara. In shaa Allah kami akan memperbaiki dari masa ke semasa. Saya masih baru dalam bidang ini dan kami akan cuba yang terbaik. Mohon beri sedikit masa utk memperbaiki kesilapan kami ya. Untuk makluman semua Branch Nasi lemak royale Serdang raya dalam perancangan untuk menyediakan stall pelbagai menu makanan. Branch pertama nasi lemak royale yang berkonsepkan mengikut citarasa penduduk setempat. - kami sangat hargai sokongan daripada anda semua - ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam
      no problem
      semoga semakin maju jaya yer :)

      Padam
  42. wowww sedapnyaa tengok. terliurr

    BalasPadam
  43. Terus rasa lapar lepas tgk gmbr gmbr tu

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com