Selasa, 13 Mac 2018

Makan Shihlin Taiwan Street Snacks

Assalammualaikum semua. Kali ini Hans nak berkongsi pula tentang pengalaman makan petang di Shihlin Taiwan Street Snacks semasa berada di The Mines pada hari Ahad, 11 Mac 2018.


Nama Kedai :
Shihlin Taiwan Street Snacks

Laman Web : 


Kepada sesiapa yang masih belum pernah mendengar nama atau belum lagi mengetahui tentang kewujudan kedai makanan nih, mari Hans kongsikan sedikit info untuk rujukan anda semua. Shihlin Taiwan Street Snacks ini merupakan sebuah kedai makan yang menjual makanan-makanan ringan kegemaran masyarakat Taiwan yang sangat popular di pasar malam Taiwan. Cara penyediaan makanan mereka ini adalah sama seperti mana yang dilakukan di Taiwan. Menu-menu yang dijual oleh mereka juga mempunyai ciri-ciri asli makanan Taiwan seperti XXL Crispy Chicken, Crispy Floss Egg Crepe, Handmade Oyster Mee Sua dan Seafood Tempura.


Jadi, menu pertama yang Hans makan di sini ialah XXL Crispy Chicken. Seperti yang anda dapat lihat pada gambar di atas, bahagian ayam yang dijual ialah bahagian dada yang besar, lembut dan berair atau orang putih kata juicy. Senang cakap isi ayamnya memang tak kering sampai penat gigi anda nak mengunyah. Daging ayam nih pula disalut pula dengan tepung istimewa yang di import dan digoreng sehingga garing keemas-emasan. Kemudian ada pula rempah istimewa yang ditaburkan di atas daging ayam dan dihidangkan panas-panas untuk anda makan.

Sekali pandang memang nampak sama macam Ayam Uncle Bob tu tetapi rasa kedua-duanya berbeza. Sama lah macam anda pandang Hans dengan Shah Rukh Khan. Nampak sama tetapi sebenarnya dua orang yang berbeza. Menu XXL Crispy Chicken nih memang ada kelainan rasa dan pada pandangan Hans memang sedap dibuat makan petang sambil bergosip-gosip dengan orang yang kita lepak. Hahaha! Satu perkara yang Hans suka tentang menu ini ialah daging ayam nya yang tak kering dan tidak juga terlalu berair. Senang cakap rasa daging ayam tu seimbang. Ditambah lagi dengan tekstur tepungnya yang rangup serta rasa rempah yang pedas-pedas manja tu membuatkan menu ini memang berbaloi untuk dimakan. Jadi, ini adalah pandangan dan penilaian Hans untuk menu XXL Crispy Chicken :


Kuantiti Makanan:
Saiz Daging Ayam Besar Dan Berbaloi Dengan Harga

Rasa:
Sedap

Servis:
Pantas

Harga:
RM8.80 

Skala Sedap:
4 / 5 




Menu kedua yang Hans makan pula ialah Sausage Cheese Egg Crepe. Kalau ikutkan menu asal resipi ini sebenarnya tak ada sosej dan dikhabarkan menu ini antara menu yang paling laris dijual disini. Rasa keju serta sosej yang indah serta dibalut pula dengan kulit yang macam kulit popia tu memang menepati selera sebab ia hasil buatan tangan sendiri. Bukan guna mesin yer! Kemudian dimakan pula panas-panas memang akan membuatkan kepala anda menggeleng-geleng ke kanan dan kemudian ke kiri sambil memejam mata menikmati rasa sedap menu ini.

Nampak macam menu yang mudah tetapi tak kisahlah. Janji rasanya sedap. Cuma memandangkan dah lama tak pegang kayu chopstik jadi memang mencabar sedikit lah untuk jari-jari Hans mengawal kayu chopstik tu. Dah macam nak berkungfu pula masa makan. Apa-apapun, Hans cukup suka cicah makanan nih dengan sos seperti yang anda nampak di dalam gambar tu sebab sedap dan sos nya pun likat. Memang satu kombinasi yang sedap bagi Hans bila keju, sosej, telur dan daun(Daun Apa Entah) bersatu. Jadi, ini adalah pandangan dan penilaian Hans untuk menu Sausage Cheese Egg Crepe :


Kuantiti Makanan:
Sederhana

Rasa:
Kombinasi Rasa Yang Menarik Dan Sedap

Servis:
Pantas

Harga:
RM7.80 

Skala Sedap:
4 / 5 


Jadi, ini antara pandangan ringkas Hans untuk makanan-makanan yang Hans dah makan di Shihlin Taiwan Street Snacks nih. Memang sesuai dimakan pada waktu petang dan kepada yang nak cuba makan tu boleh lah semak lokasi-lokasi cawangan Shihlin Taiwan Street Snacks nih yang kebanyakkannya boleh ditemui di sekitar pasaraya-pasaraya besar. Kalau dah makan nanti jangan lupa tinggalkan komen di bawah untuk kongsikan pengalaman anda menikmati menu-menu yang dijual di sini yer. Jumpa lagi untuk menu makanan yang lain pula.




P/S : Ada Lagi Dua Menu Nak Dikongsi Iaitu Shellout Bulldozer Dengan Fortune Saranghaeyo Kenny Rogers! Anda Nak Hans Kongsi Pandangan Untuk Menu Yang Mana Dahulu?

78 ulasan:

  1. sedapnyer...mmg nk kena cari nanti ni...

    BalasPadam
  2. Sedap mata memandang heheh :3

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap lagi mulut yang mengunyah
      ahaha

      Padam
  3. Terliur pulak bila hans kata ayam tu juicy. Haha...

    BalasPadam
  4. Bila Hans describe makanan memang terasa terus nak pi cari..
    Begitulah penangan review ini, huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehehe
      cepat2 cari dan cuba
      mana tahu kena dengan selera kan :)

      Padam
  5. Sedapnya..habis ke makan xxl crispy chicken tuh hans?

    BalasPadam
  6. nampak sedap xde la mahal sgt harga dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. harga standard dalam mall
      sederhana
      hehehe

      Padam
  7. wow! Sedapnyaaa ~~~ SUbhanallah !!! XDDD

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      cuba lah makan nanti
      mana tau jadi snacks kegemaran

      Padam
    2. nak tapi jauh, lain kali in shaa Allah ~

      Padam
    3. In Sha Allah
      ada rezeki dapat lah merasa tu

      Padam
  8. masya Allah sedapnya tengok :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      kalau jumpa nanti cuba lah beli dan rasa
      mana tahu sedap dan kena dengan selera kan

      Padam
  9. Cara hidangan pon dah menari 😃😃

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan
      presentation makanan dia lawa

      Padam
  10. igttd betul2 mkn kt taiwan hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dekat taiwan tak berani nak makan
      hahaha

      Padam
  11. Wah..makan snack taiwan international level ni heheee..
    Akak makan popia cis jer hehee..
    Tq selalu jengok blog akak..
    Hari ni baru sempat tinggal.komen

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      popia cheese pun sedap
      hehee
      welcome

      Padam
  12. Balasan
    1. hahaha
      nanti jumpa try lah makan

      Padam
  13. menarik makanan taiwan ni hans...nanti boleh cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba jangan tak cuba
      sedap sedap
      hehehe

      Padam
  14. SEDAPNYA MAKANAN YG DIHIDANG

    BalasPadam
  15. Balasan
    1. tu menangis ke apa tu?
      hahaha

      Padam
  16. Ayam tu macam ayam gunting yang anak Mrs. A suka makan.
    Tapi itu rupa dia sebelum digunting la...
    Beli kat pasar malam jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      macam ayam gunting juga
      tapi rasa dia lain sikit

      Padam
  17. ptg2 ni di kala time2 minum ptg, tgk lak gambar2 nih aduhaiiii sedapnya msk tekak

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      tu lah kan
      tambah hujan lak tadi

      Padam
  18. Tgk gmbr pun dah tau sedap. Peminat mknn taiwan kena cuba ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheheeh
      makanan taiwan tapi citarasa melayu masih ada

      Padam
  19. waktu macam ni tengok gambar makan buat makin lapar je perut ni.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      petang2 memang cepat tergoda tengok gambar makanan

      Padam
  20. saya sudah terliur nak makan nie,,

    untung sungguh bro dapat makan yang sedap sedap..

    syukur alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. rezeki orang belanja nih bro
      hehehe
      alhamdulillah

      Padam
  21. Ayam tu nampak menggiurkan betulla petang-petang macamni

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      sila makan bila terjumpa nanti yer

      Padam
  22. Baca pun dah rasa teringin. Saya pilih itu sausage cheese egg crepe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sedap tau tu
      hehehe
      kalau makan nanti order lah dua
      biar puas makan
      hahaha

      Padam
  23. lapo terus lepas tengok makanan ni! hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasib bukan bulan puasa
      hehehehe

      Padam
  24. tampak menyelarakan hans. harga pun berpatutan :)

    BalasPadam
  25. Tak tau nak pilih ni. Semua nampak sedap

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      memang semua sedap-sedap

      Padam
  26. Haha. Masa pgg chopstick tu lawakkkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah wah wah
      suka nampak
      tunggu lah nanti

      Padam
  27. Terasa lapar pulak bila tengok makanan-makanan nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      jangan lupa sarapan :)

      Padam
  28. Balasan
    1. cuba lah makan nanti
      bagi saya memang sedap

      Padam
  29. Nampak menarik dan menyelerakan.. harga pun berpatutan juga tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      harga pertengahan
      memang menyelerakan

      Padam
  30. lamanya tak makan tu. terus rasa terliur... nanti ahhhhh g cari. ish ish

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      sila2 cari dengan kadar segera

      Padam
  31. Balasan
    1. kalau nanti jumpa, zumal silalah cuba
      mana tahu kena dengan selera zumal

      Padam
  32. ayam goreng yg juicy mmg sedap..

    BalasPadam
    Balasan
    1. makan pula panas2
      sedap betul

      Padam
  33. Rare ni mama on X penah makan

    BalasPadam
  34. Sedap la sosej cheese tu. Wah, sedap2x makanan kat sini,. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti GV try lah makan dekat sini

      Padam
  35. wah shellout buldozer tu cam bes jer...

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com