Sabtu, 10 Mac 2018

Tips Murah Rezeki

Assalammualaikum semua. Kali ini Hans nak berkongsi dengan semua tentang beberapa tips yang Hans ambil daripada seorang rakan Hans. Rakan Hans nih menulis tentang 9 tips murah rezeki di laman sosial facebook miliknya. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu kita serta memberi kesedaran buat kita selama bernafas di dunia ini.

Perkongsian :

Suatu ketika dulu, saya diberitahu oleh seorang Sheikh di tempat saya. Orangnya hebat. Kerja dakwahnya hebat. Tak dikenali melainkan orang-orang setempat. Beliau mengajar saya 9 pintu rezeki. Walaupun saya tak ada kekuatan untuk mengamalkan semua. Tapi saya boleh kongsikan dengan anda semua. Semoga anda ada kekuatan lebih hebat dari saya.


1. Taqwa



Firman Allah Ta’ala,

{ وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا } { وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ }

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (QS. Ath Tholaq: 2-3). 

Dalam ayat ini diterangkan bahawa Allah akan menghilangkan bahaya dan memberikan jalan keluar bagi orang yang benar-benar bertakwa pada-Nya. Allah akan mendatangkan padanya berbagai manfaat berupa dimudahkannya rezeki. Rezeki adalah segala sesuatu yang dapat dinikmati oleh manusia. Rezeki yang dimaksud di sini adalah rezeki dunia dan rezeki akhirat. Kita berpegang pada ayat ini bukan sekadar di hafal. Lebih penting mengamalkan maksudnya.


2. Tawakal


Kesilapan kebanyakan manusia ialah kebergantungan pada usaha yang terlalu tinggi. Malah ada sesetengah pakar motivasi menekankan usaha dan selebihnya tawakal. Hakikat sebagai hamba, kita seharusnya meletakkan kebergantungan kita kepada Allah. Dan kemudian kita berusaha dengan apa yang kita mampu. Para sahabat r.a. boleh menyelesaikan masalah dengan 2 rakaat solat sedangkan kita masih bergelut dengan perkataan "usaha" dengan membelakangkan tawakal kepada-Nya. Ada orang usaha banyak dapat sikit. Ada orang usaha sikit dapat banyak. Ada orang usaha setengah mati, satu pun tak dapat. Ada orang tak usaha, tapi di rezekikan dengan berbagai kesenangan.


3. Tilawah



Amalan membaca Al Quran setiap hari dapat membersihkan hati kita. Sehebat mana pun kita, tidak lah hebat jika tak ada upaya untuk menghabiskan walaupun sepotong ayat sehari. Amalkan surah yasin setiap pagi. Amalkan surah Sajadah, Al Mulk dan Waqiah sebelum tidur. Banyak fadhilat-fadhilat dari hadis-hadis yang sahih dan dhoif ringan. Maka boleh kita amalkan. Tunaikan hak Al-Quran dengan membaca sebanyak 2 muka atau 4 muka surat sehari. Setahun kita akan khatam sepenuhnya.


4. Solat


Solat wajib dan tak perlu kita perkatakan. Memang kena buat! Kalau tak rezeki memang ke laut. Kaya mana pun tak ada guna. Usahakan buat di awal waktu secara berjemaah di masjid pada setiap waktu. Apa yang nak ditekankan di sini adalah solat-solat sunat yang boleh kita lakukan untuk tampung solat fardu kita yang semestinya sentiasa ada kekurangan. Solat Qobliah dan Ba'diah paling utama. Solat Tahajjud, Solat Taubat, Solat Dhuha, Solat Isyrak, Solat hajat, solat istikharah dan lain-lain. Buat yang mana paling utama dahulu.  Kemudian kita susuli dengan yang lain.


5. Sedekah


Jangan buruk sangka pada mereka yang meminta. Ringankan tangan untuk menghulurkan sedikit rezeki yang Allah berikan. Membantu orang lain dari segi tenaga juga ialah  sedekah. Jangan bantu yang kita kenal sahaja. Allah tak akan hamparkan satu kebaikan pada kita dua kali. Pilihlah untuk mengambil kebaikan tersebut. In Sha Allah, kita akan berasa  puas dan bersyukur.


6. Syukur


Jika kita bersyukur pada Allah, Allah akan tambah nikmat kita. Itu  janji Allah. Walaupun kita berniaga banyak ujiannya, bersyukurlah! Bila Allah tarik sesuatu maka dia akan berikan yang lebih baik. Tunjukkan rasa syukur kita dengan amalan-amalan yang diredhai Allah. Bukan hanya mengucapkannya sahaja dan kemudian kita merungut.


7. Doa


Senjata paling hebat orang mukmin. Gunakan sebaik-baiknya. Banyak minta pada orang, orang tak suka. Banyak minta dengan Allah, Allah sayang. Balik pada sikap kebergantungan kita pada siapa. Allah atau Manusia. Doalah di dalam solat sewaktu sujud dan sebelum memberi salam. Luangkan masa selepas solat untuk kita meminta kepada-Nya.


8. Zikir


Berzikirlah dan hayati makna zikir yang kita baca. Untuk rezeki paling power di sebut dalam Quran adalah Istighfar. Sentiasa meminta ampun dengan Allah. Zikir setiap pagi dan petang.

Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar - 100 kali

Selawat kepada Rasulullah S.A.W. - 100 kali

Istighfar - 100 kali

Banyak lagi zikir-zikir yang kita boleh amalkan.


9. Usaha


Pintu yang terakhir adalah usaha. Usahalah macam kita nak hidup 1000 tahun lagi. Beramal seperti kita akan mati esok hari. Usaha tetap kena ada. Tapi lebih baik ianya diberkati. Usaha sedikit, hasilnya banyak dan diberkati. Itu yang kita nak sepanjang hidup di dunia.


P/S : Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik. In Sha Allah.

58 ulasan:

  1. Tips yang menarik. Saling mengingati itu perlu. Kekadang kita lupa kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer betul2
      sambil2 tu dapat pahala :)

      Padam
  2. eh blog tukar template ke...nampak cun..colour pun nice.. btw , terima kasih atas perkongsian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum lagi
      otw nak tukar
      dalam proses
      sama2 :)

      Padam
  3. smoga kita smua dimurahkan rezeki

    BalasPadam
  4. In the end, it all back to the faith in Allah.. huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes...tapi Allah suruh berusaha...kalau tak berusaha macam mana nak dapat rezeki :)

      Padam
  5. Berikan dulu kepada Allah barulah Allah beri pada kita

    BalasPadam
  6. Terima kasih di atas perkongsian..

    BalasPadam
  7. Kalau tidak boleh lakukan sekaligus...mulakan satu per satu....insyaAllah terbina semua nantinya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2
      yang penting kena istiqamah

      Padam
  8. Kena amalkan selalu ni, baru tak sesak hidup. Hehehe. Zaman sekarang ni mencabar betul, nak dpt kerja punnnn aduhai.. T_T

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah
      kena rajin usaha dan berdoa dan tawakal

      Padam
  9. tips yang sangat bagus. Nak murah rezeki, kena minta pada yang memberi rezeki...

    BalasPadam
  10. Thank u for tips ni. saya selalu dengar sedekah bukan saya akan bertambah bikmat rezeki, malah hati manusia akan bersih dan hidup dalam tenang :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul
      hati akan rasa tenang dan gembira bila bersedekah dengan ikhlas :)

      Padam
  11. Good shating hans. Mmg sgt sgt berguna. Terkedu dgn ayat ni " jangan buruk sangka dgn mereka yg meminta". Seriusly mmg suka sgt nk mmberi, tp msti fikir bukan2 sbb takut dr agen ke, ape ke. Tapi berbaik sangka jela kan. Moga pemberian yg sedikit tu Allah balas dgn 1001 keberkatan. Semoga berkat dunia akhirat. Aaaminnn.

    Semoga murah rezeki selalu hans !

    BalasPadam
  12. good sharing..thanks.
    sy ekarang ni cuma amalkan baca surah alwaqiah je setiap malam.
    lepas tu redha dengan semua rezeki dan apa yang berlaku setiap hari.
    memang berkesan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus2
      surah Al-Waqiah tu memang bagus dibaca

      Padam
  13. hebat..dan artikel ini memaang menarik bro.

    mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk melaksanakan apa yang telah diprintah oleh Allah SWT ini

    BalasPadam
  14. good sharing hans..
    manusia mmg tak pernah bersyukur..
    itu pasti

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tu kena belajar bersyukur..hehe

      Padam
  15. Thnaks for sharing hana. Insyallah, sama2 berusaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome
      In Sha Allah
      kongsikan kebaikan dapat pahala
      hehehe

      Padam
  16. Syukran..rezeki dtg dlm pelbagai bentuk..semoga kita termasuk dlm golongan hambaNya yg sentiasa bersyukur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      semoga sentiasa kita bersyukur
      amin

      Padam
  17. Betul...semuanya kadang kita tahu, tapi selalu sgt jiwa dan hati tu tak selari..yang penting sekali, jangan pernah mengeluh, jangan pernah mengungkit dan jangan riak :)

    BalasPadam
  18. http://pemsville.blogspot.my/2018/03/lupa.html?m=1

    BalasPadam
  19. Rezeki ni plbagai jenis yg Alkah bg.dari segi kehidupan, kerjaya ,kesihatan diri

    BalasPadam
  20. Bagusnya perkongsian ni. Rasa nak bookmark je, bila down baca balik kat bahagian stress tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sila2 bookmark
      bila terlupa boleh baca untuk ingatkan balik :)

      Padam
  21. Perkongsian yang bermanfaat.. Nice..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah
      sama2 kongsi dan sebarkan kebaikan :)

      Padam
  22. Entry yang sgat bermanfaat~ ada byak cara utk memurahkan rezeki. Tp tu lahr manusia selalu lupa perkara yang seperti dinyatakan di entry ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2 tu
      sama2 mengingatkan :)

      Padam
  23. Manusia kena usaha..doa..usaha...doa..ikhtiar

    BalasPadam
  24. Alhamdulillah. Perkongsian yg bagus. Terima kasih Hans ingatkan.kadang kadang kita lupa kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2
      saya pun selalu terlupa
      jadi sama2 mengingatkan benda yang baik2 :)

      Padam
  25. tips yang menarik, boleh diamalkan selalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2
      mudahan2 Allah limpahkan kita dengan rezeki yang berganda2
      amin

      Padam
  26. Nice sharing Hans, semoga Allah permudahkan rezeki kita semua...

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com