Khamis, 1 Mac 2018

Trip Percutian Ke Yogyakarta Indonesia

Assalammualaikum semua. Salah satu tempat pelancongan menarik yang mempunyai banyak nama panggilan di Indonesia ialah Yogyakarta. Ejaan lengkapnya ialah Daerah Istimewa Yogyakarta. Kemudian disingkatkan menjadi D.I Yogyakarta. Tetapi, memandangkan masyarakat Indonesia suka memberi nama singkatan kepada sesuatu panggilan maka terhasil lah pelbagai nama seperti Jogja, Jogjakarta, Yogjakarta dan Yogya.

TENGAH MEMBAYANGKAN HANS NAIK GONDOLA NIH! SERIUS BEST GILA!


Hans memang bercadang nak pergi Yokyakarta pada tahun nih tetapi akibat kegawatan ekonomi membuatkan hajat terbantut sekejap. Adoiii! Sadis betul! Hahaha! Biasalah bila bekerja sebagai freelance nih memang banyak cabaran tambah-tambah hidup di tahun 2018 nih. Akhirnya, kawan Hans dulu yang berpeluang sampai ke sana dan bergembira, bersuka ria, berdansa, bersalsa dan macam-macam ber lagi. Jadi, Hans yang dalam keadaan cemburu tahap pegang gergaji nih pun tanya lah dekat kawan Hans tu tentang percutian dia di sana. Hans tanya pergi sendiri ker atau ramai-ramai ker? Guna pakej pelancongan mana? Atau main redah jer pergi?

PERTAMA KALI DENGAR TENTANG KEBUN BUAH MANGUNAN NIH DAN BILA TENGOK DALAM GAMBAR TERUS JATUH CINTA!


Jadi, dia pun bagitahu Hans bila dia sampai di sana, dia gunakan perkhidmatan daripada salah seorang daripada penduduk Yogyakarta tu. Kawan Hans tu pun cadangkan dekat Hans kalau nak pergi Yogyakarta nih baik gunakan perkhidmatan yang sama macam dia gunakan. Hans pun minta lah nombor orang tu dari kawan Hans dan terus Hans whatsapps lah kan. Berkobar-kobar semangat nih! Haha!

PEMANDANGAN KAWASAN CANTI RATU BOKO. LAWA PULA BILA TENGOKNYA! GERAM HAIHH!


Mesej whatsapps Hans berbalas dan terus lah Hans jadi Ejen 007 menyiasat dan menyelongkar habis segala-galanya. Muahahaha! Nama orang Yogyakarta nih ialah Rio. Muda lagi tetapi aktif dan sangat disiplin. Dia memang dah lama pun bekerja dalam bidang nih dan banyak juga pelancong Malaysia yang pernah ambil pakej yang dia tawarkan. Yang bagusnya tu kata kawan Hans, si Rio nih pandai cakap bahasa Melayu Malaysia. Bila Hans tanya dekat si Rio nih macam mana dia boleh pandai cakap Melayu Malaysia, rupa-rupanya Rio nih ada keluarga yang menetap di Melaka dan selalu juga dia turun Melaka. Kalau dah macam tu memang senang lah bila nak berkomunikasi dekat sana nanti! Terbaik!

INILAH AIR TERJUN KEDUNG KAYANG! RASA MACAM TERJUN MASUK DALAM JER! HAHAHA!


Jadi, Hans pun tanya dekat si Rio nih pasal jumlah minimum yang boleh guna perkhidmatan dia. Hans cakap kalau seorang boleh ker? Dia kata boleh! Perghhhhh!! Betapa gembiranya hati daku ini. Hahahaha! Bukan apa beb! Kadang-kadang susah lah nak ajak kawan-kawan nih. Cuti tak ada lah! Dah pernah pergi lah! Nak pergi tempat lain lah! Nak pergi meredah seorang diri takut terhabis masa pula cari jalan apa semua. Buatnya tersesat ker atau kena kelentong pula lagi lah naya. Jadi, Hans minta lah Rio kongsikan sedikit jadual aktiviti perjalanan dan sedikit gambar-gambar seperti di bawah ini:


FULL BACKPACKER PACKAGE (4 HARI 3 MALAM)

Hari 1
11.00 : Jemput di Airport
13.00 : Wisata Merapi
16.00 : Check In Hotel
18.30 : Menikmati suasana malam KM 0 Malioboro
19.30 : Menikmati suasana malam alun-alun Kidul Jogja dan naik becak kereta
21.00 : Balik semula ke Hotel

NAIK JEEP PERGI GUNUNG MERAPI! MESTI MENCABAR DAN MENARIK NIH!


Hari 2
06.00 : Menuju Goa Pindul
07.30 : Cave Tubing Pindul & Rafting Sungai Oya
13.00 : Menuju Pantai Timang
14.00 : Naik Gondola Di Pantai Timang
16.00 : Pantai Indrayanti
17.00 : Pantai Krakal
18.00 : Hutan Pinus Pengger
21.00 : Balik semula ke Hotel

KALAU DAH PERGI PANTAI TIMANG TU JANGAN LEPASKAN PELUANG NAIK GONDOLA YER! RUGI KALAU HANGPA TAK NAIK!


Hari 3
05.30 : Menuju Candi Borobudur
06.00 : Candi Borobudur
08.30 : Menuju Kalibiru
10.00 : Kalibiru
13.00 : Menuju Candi Prambanan
14.30 : Candi Prambanan
18.00 : Balik semula ke Hotel
19.30 : Malioboro & Pusat Ole-Oleh Jogja

INI KAWASAN CANDI BOROBUDUR


Hari 4
04.30 : Menuju Kebun Buah Mangunan
05.30 : Sunrise Kebun Buah Mangunan
07.00 : Hutan Pinus Mangunan
08.30 : Rumah Hobbit dan Rumah Seribu Kayu Songgo Langit
09:45 : Balik Semula Ke Hotel
12.00 : Check Out Hotel

NAMPAK UNIK KAN RUMAH SERIBU KAYU SONGGO LANGIT NIH? TAK SABAR PULA RASANYA NAK DATANG SINI!


Pakej Ini Termasuk Juga :

1) Pengangkutan dan Tour (Minyak dan Pemandu)

2) Tiket lawatan (Candi Prambanan & Borobodur, Naik Gondola di Pantai Timang, Becak Kereta, Masuk Pantai, Hutan Pinus dan Tempat-Tempat Lain)

3) Sewa kereta Jeep di Merapi

4) Penginapan di Hotel Dua Bintang atau Hotel Tiga Bintang (1 Bilik 2 Orang)

5) Pemandu Pelancong

6) Air Mineral sepanjang percutian

7) Jurugambar (Bergambar Lah Sepuas Hati Korang)

8) Ambil gambar di Hutan Pinus Pengger Bersama Kumpulan Rombongan (Kalau Untuk Personal Kena Bayar Sendiri)

9) Ambil gambar di Kalibiru Bersama Kumpulan Rombongan (Kalau Untuk Personal Kena Bayar Sendiri)

10) Pembiayaan Operasi Sepanjang Lawatan (Seperti Sewa Parking & Etc)

INI ADALAH SALAH SATU RUMAH YANG TERDAPAT DI KAWASAN RUMAH HOBBIT


Keistimewaan Pakej Ini :

1) Anda akan sentiasa ditemani di setiap tempat lawatan 

2) Anda akan sentiasa ditemani saat membeli-belah dan akan dibantu semasa sesi tawar menawar harga barang supaya anda dapat membeli barang idaman dengan harga yang murah

3) Anda akan sentiasa dibantu untuk mengelakkan anda dari menjadi mangsa penipuan

AKTIVITI MENARIK DI AIR TERJUN KEDUNG PEDUT


Harga Untuk FULL BACKPACKER PACKAGE (4 HARI 3 MALAM) :

1 Pax : RM1450 / PAX

2 Pax : RM1100 / PAX

3 Pax : RM1000 / PAX

4 Pax : RM  900 / PAX

**HARGA TIDAK TERMASUK TIKET PENERBANGAN & MAKANAN SEPANJANG LAWATAN**


Tetapi, jadual perjalanan yang Rio kongsikan ini boleh dirombak atau ditambah bergantung kepada tempat mana yang korang semua mungkin nak pergi dan yang bersesuaian dengan waktu lawatan. Yang penting korang tanya jer si Rio nih untuk kepastian yang lebih,

Memandangkan kawan Hans yang kaki berjalan tu pun memang memuji perkhidmatan Rio nih bagus sepanjang di sana dan sebab itulah Hans berani kongsikan tentang perkhidmatan Rio nih dengan korang semua. Jadi, kalau ada antara korang yang bercadang nak bercuti di Yogyakarta dan berminat untuk menggunakan perkhidmatan Rio ini, jangan risau sebab korang boleh hubungi dia seperti di bawah :


WHATSAPPS :
+6281270907702

INSTAGRAM :


P/S : SELAMAT BERCUTI KE YOGYAKARTA @ JOGJA DAN JANGAN LUPA DOAKAN HANS PUN ADA REZEKI BERCUTI DI SINI JUGA YER :)

130 ulasan:

  1. Salah satu tempat yang nak pergi! Jogya banyak tempat cantik!! Bookmark entri ni mana tahu nak guna pakej nie nanti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes...
      paling teringin nak naik gondola tu
      hehehe

      Padam
  2. Senang dah ada pakej tinggal siapkan RM jew kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang penting nak pergi seorang pun boleh
      pakej semua dah termasuk harga tiket dengan hotel
      memang senang lah hidup...
      tiket flight tunggu promo murah jer...hehehe

      Padam
  3. Balasan
    1. best lagi kalau dapat naik
      hehehe

      Padam
    2. nanti kalau honeymoon yogya nak rujuk entri hans la. murah2 nampaknya fees tu kan

      Padam
    3. yups
      memang murah dan sangat-sangat berbaloi

      Padam
  4. cantik, menarik & tertarik tempatnya.
    kenapa berselirat gondola tu dengan tali temali... rimas

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      gondola pantai timang nih special sikit
      kalau gondola moden tu lain lah satu dua tali jer

      Padam
  5. Eh murahlah Hans...mcm best je nih...pemandangan pun cantik2

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      memang murah
      sebab saya congak2 pun kalau pergi sendiri macam mahal lagi dari nih
      sebab tiket nak masuk candi borobudur tu pun memang mahal dah

      Padam
  6. Kawan kak PC pergi bercuti ke sana....seronok dia...dia nak repeat lagi tak puas melihat keindahan bumi Yogyakarta..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      sebab sana macam2 ada
      hehehe

      Padam
  7. Tempat menarik.... Bila la nak sampai situ... Hans. Hehe.. Apa-apa pun selamat berkenalan hans 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      ada rezeki tu
      selamat berkenalan juga :)

      Padam
  8. Wah bestnya.kira murah jugak pakej nih ye Hans...seronoknya jalan tempat org

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups sangat murah
      untuk 4 hari 3 malam tu memang berbaloi sangat-sangat dah

      Padam
  9. Waa bestnya! Ni Yun Sing dah bookmark ya, nanti nak ajak kawan2 pergi ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. hah bagus2
      pergi ramai-ramai lagi murah jadinya :)

      Padam
  10. ray tgk gondola tu teringat runningman. hhehe. nnt jmput la join n meriahkan GA Ray kt sini ye

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      runningman memang kelakar
      In Sha Allah

      Padam
  11. Wow terbaik. Indonesia memang banyak daerah negeri yg menarik....saya paling suka ke bandung....

    BalasPadam
    Balasan
    1. bandung memang best...saya setakat nih baru ke Banda Aceh, Bandung dan Padang...mungkin rezeki lepas nih Yogyakarta pula

      Padam
  12. alhamdulliah dah pernah sampai ke jodja menaiki kereta api dari jakarta semasa duduk kat sana, memang seronok masa tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah seronok lah kak dah sampai sana :)

      Padam
  13. Balasan
    1. yups
      memang cantik2 tempat dia

      Padam
  14. Wow. Mcm best. Tahun ni pny jalan-jalan plan blom ade. Boleh dusahakan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      boleh plan ke sini pula

      Padam
  15. Saya pun jenis cemburu tahap pegang gergaji jugak tengok member2 yg asyik melancong ni hahah ^^

    BalasPadam
  16. wahhhh bestnyaa! Gondola tu lah yang pernah kwangsoo & Somin naik kat running man. nampak macam scary je tapi mesti worth it kalau try kan hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampak jer macam scary tapi best tu
      hehehe

      Padam
  17. Wowwww cam best jer ni.. sekua tempat2 yang hans kongsikan buat kakya teruja. Kalau kena dgn harga boleh la pegi ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. heeheeh pergi ramai2 harga murah tu

      Padam
  18. teringin gak nak ke sini.. next destination..kena menabung dengan gigih hehehe

    BalasPadam
  19. Alamak kat pantai timang tu tak confident la naik gondola sbb tgk guna tali biasa je tu. Bawah pulak air laut mengganas kan?. Tapi....cantiknya tempatnya.....

    BalasPadam
  20. Teringat pula kota Jogja, kota yang penuh dengan macam-macam makanan. Ada satu kueh Jogja, Bakpia namanya...sedap sungguh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah kuih macam mana rupanya tu?

      Padam
  21. Jauh perjalanan luas pemandangan... Best kan dpt berjalan ke tmpt org. Menimba pengalaman

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronok berjalan tengok budaya orang :)

      Padam
  22. Menarik jugak tu... thanks for the tips...

    BalasPadam
    Balasan
    1. welcome
      ada rezeki jangan lupa bercuti dekat sini :)

      Padam
  23. Kak shaz dah p hari tu..tp tgh pregnant..jalan pun dah tak larat..hehe..esok2 nak bawa anak2 pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. owhhhh
      kena pergi masa kuat dan bertenaga :)

      Padam
  24. Yogja banyak tempat unik.. Wahh best ni kalau sukakan aktiviti ekstrem.. Husniey suka tengok keindahan alam semula jadi di tempat orang

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes
      cantik2 tempat dekat yogyakarta nih

      Padam
  25. menarik nie.. tp utk backpackers.. klu berfamili cm mn yer.. tp serius jogja mmg best.. member la bgth sebab dia dah pegi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pakej nih pun untuk family juga
      :)

      Padam
  26. wah best nya....bakal jejak tempat ni bulan mei nanti, boleh lah rujuk post kat sini nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhhh
      best lah pergi sana bulan 5 nanti
      masa bulan puasa ker?

      Padam
  27. wooww menarik ni.. pemandangan cantik.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer cantik2 pemandangan kawasan pelancongan dekat sini

      Padam
  28. ikutkan hati macam dah serik nak ke indon. Letih sebab banyak tempat macet. lepas tu, ada pengalaman supir yang ambil kesempatan. so sad! tp sebenarnya tempat ni pun salah satu idaman kalbu nak pergi sebab kecantikan dia. tunggu lah anak2 dah besar nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah setakat saya pergi Indonesia nih jumpa supir semua yang baik dan jujur
      yang penting doakan segala urusan kita dipermudahkan dan dielak daripada sebarang penipuan

      Padam
  29. bestnya. teringin sangat nak berjalan ke tempat orang

    BalasPadam
    Balasan
    1. hah
      apalagi
      pergilah yogyakarta ikut pakej nih
      murah sangat dah tu :)

      Padam
  30. wow!! this is one of my dream place to go

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus2
      pergi lah cepat2 sementara tiket flight pun murah dan pakej nih pun murah :)

      Padam
  31. Jogja pun cantik-cantik tempat dia kannn

    BalasPadam
  32. Belum cukuh ekonomi.. hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah ada rezeki tu :)

      Padam
  33. Menarik. Dah lama betul tak jalan-jalan cari makan ni. Kena penuhkan tabung jalan-jalan dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh lah nanti jjcm dekat yogyakarta pula

      Padam
  34. adventure gondola tu...tgk kwn2 yg dh pi sure naik gondola tu tp kalo yg jenis gayat sure riso juga kn hehe

    BalasPadam
  35. menariknya! Tang naik jeeb dan naik gondola tu menarik sgt2...nantilah tggu anak besar sikit senang nak bawa tempat adventure mcm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      yups
      baru adventure bawa anak2 sekali

      Padam
  36. terbaek.. cantik tmpt ni..

    BalasPadam
  37. Tkasih bw ke blog masak cik ilah..
    Anak nantu cik ilah pergi g situuu.. 2,3x g indon

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 kak
      anak nantu dah pergi..kak bila lagi? hehehe

      Padam
  38. hans...cantiknya gambar...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang cantik-cantik gambar nya

      Padam
  39. best.. tapi belom kukuh ekonomi lagi

    BalasPadam
  40. Semua tempat sudah saya kunjungi, best memang

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah
      seronok lah dah pernah sampai sini

      Padam
  41. Kenapa link IG dah tak ada?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada masalah teknikal sikit IG dia
      tapi masih boleh dihubungi di whatsapps :)

      Padam
  42. Wow cantik-cantik tempat dia. Ini yang buatkan terasa berkobar-kobar macam Hans nak pi juga ni. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      tu lah pasal
      nasib tak ada gambar makanan
      hahaha
      kalau tak lagi berkobar2

      Padam
  43. Walahai.. bestnyer. Sama la kita Hans, hajat dihati nak ke sana pada Februari yang lepas.. tapi komitmen kerja tak mengizinkan ditambah plak.. kedudukan kewangan yang tak berapa nak kukuh, kena tunda ke tarikh lain ler... huhuhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      tu lah kan
      tak apa
      ada rezeki tu...
      In Sha Allah

      Padam
  44. Not bad lah harga Tu utk 4 Hari. Cantik2 tempat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya
      memang murah
      tengok pakej orang lain boleh tahan mahal gila
      hahaha

      Padam
  45. Plan nak pergi tempat ni April nanti. Tapi bila dah plan nak pergi dengan geng2 Mak cik..terpaksa tukar destinasi sebab ramai yang lebih berminat nak shopping raya...#sabaraje

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      pergi mana? Bandung ke Jakarta?

      Padam
  46. Wah menarik ni, kosnya pun tak mahal sangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya
      memang murah
      yang penting servis dia bagus :)

      Padam
  47. Jogja antara tempat yg menarik dan cantik.. kali terakhir ke sana tahun 2007, sedar2 dah lebih 10 tahun rupanya. Cepat sungguh masa berlalu.. pasti bertambah cantik lagi sekarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah
      mesti kalau pergi lagi banyak perubahan berlaku kan
      best nya dah pernah sampai sini

      Padam
  48. Perkongsian yang menarik.
    Cantik pemandangan di sana ya.

    BalasPadam
  49. Teringin juga nak pergi sini tapi belum ada rezeki lagi ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      ada rezeki tu nanti

      Padam
  50. ada kesempatan memang mau saya pergi ke Yogyakarta..

    mungkin untuk berbulan madu.

    BalasPadam
  51. wahhhh lengkap sungguh itinerary nie. Boleh buat rujukan kalau nak ke yokyakarta nanti. Harga pakej pon boleh tahan murah. !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes...
      memang pakej nih murah
      pakej lain pun ada
      bergantung pada kehendak pelanggan
      hihi

      Padam
  52. alahai.. busyra teringin nak ke sini.. dlu penah smpai ke indon tapi di bali.. InshaAllah mungkin one day.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      boleh dah tu ambil pakej nih
      murah sangat dah :)

      Padam
  53. Seriau nengokkan gondola tu.. Memang taklah nak naik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      ramai dah naik
      artis2 running man pun naik
      selamat lah
      jangan risau

      Padam
  54. nak pi Borobudur..dah lama ada dlm buku sejarah...menarik wisata alam di sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah kan
      dapat pergi memang gambar puas2

      Padam
  55. yogyakarta is the best, hehehehe, nice to meet u. salam kenal from blogger surabaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks
      saya pun belum pernah sampai lagi di surabaya
      nanti boleh lah bawa saya pusing-pusing keliling kota surabaya yer

      Padam
  56. kebetulan, aida and frens sedang tgk tgk flight tiket ke jogja ni.
    gi balik dlm rm200+.
    ni pakej pun lagi ramai, lagi murah! bagus nyer.
    tq hans. da bookmark. tq so much.
    ni kira mcm pucuk dicita, ulam mendtg bagi aida ha ha ha :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhh bagus lah
      ramai kawan lagi murah lah pakej
      lagi pun pakej nih dah memang sedia murah dah
      selamat bercuti ke jogja :)

      Padam
  57. Seronoknyaa naik gondola tu. Teringin jugakk

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau teringin kena pergi bercuti dekat yogyakarta lah jawabnya
      haha

      Padam
  58. terima kasih. kebetulan mmg tengah cari maklumat tentang jogjakarta

    BalasPadam
    Balasan
    1. owhh
      bagus2
      sekarang pun tiket tengah murah
      pakej nih pun murah
      elok sangat lah tu pergi kalau nak pergi sekarang :)

      Padam
  59. Ya Allah cantik juga yogyakarta ni. sangat mesra alam. terima kasih berkongsi pengalaman ini. mana lah tahu suatu hari saya pun nak bercuti ke sana :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah ada rezeki pasti sampai juga kesana nanti :)

      Padam
  60. selalu suka dengan jogja, kota yg layak buat dijadikan destinasi wisata :-)

    BalasPadam
  61. teringin nak melancong di yogyakarta. banyak tempat menarik yang boleh pergi di situ

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups
      ada rezeki nanti tu
      In Sha Allah

      Padam
  62. wah menarik tq bagi info yg lengkap.. tak pernah sampai Jogja lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In Sha Allah
      ada rezeki sampai tu :)

      Padam
  63. Assalamualaikum..Kalau x masuk penginapan?? Dia boleh sediakan ke?

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com