Isnin, 30 April 2018

Juadah Warisan Ramadan Buffet Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Isnin, April 30, 2018 27
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini Hans nak berkongsi tentang pengalaman Hans serta pihak media lain yang dijemput oleh pihak Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur untuk merasa keenakan Juadah Warisan Ramadan Buffet di Soi 23 Restaurant yang terletak di tingkat 23 hotel ini. Untuk sesiapa yang mungkin kurang arif tentang kawasan Kuala Lumpur, restoran dan hotel ini berada betul-betul bersebelahan dengan Menara Kuala Lumpur.


Nak dijadikan cerita Hans terlambat sampai sebab tersalah pilih Grab Sharing. Keluar pukul 6.15 petang tetapi sampai dalam pukul 7.30 petang sebab pemandu grab ambil penumpang lain. Jadi, memang Hans tak sempat nak ambil gambar makanan dalam keadaan cantik sebab masa Hans sampai tu memang semua tengah bergembira menjamu selera sambil dihiburkan dengan lagu-lagu raya. Hahaha! Puasa pun belum tetapi dah raya dah.


Keluar jer daripada lif di tingkat 23 tu, memang akan terus nampak Soi 23 Restaurant di sebelah kanan. Cantik juga dekorasi di depan restauran. Memang terasa Hari Raya Aidilfitri tu. Hehehe! Kedatangan Hans disambut mesra oleh Pegawai Perhubungan Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur. Terima kasih kerana sentiasa mesra dan ramah melayan kehadiran Hans dan rakan.


Sampai-sampai jer dalam tu terus mata Hans terpandang Kambing Golek Bakar yang disediakan sekali dengan Briyani Pak Arab. Perghhhhh!! Memang tidak daku lepaskan peluang ini. Teruslah pergi ambil dan melantak terus. Hahaha! Daging kambing sangat lembut dan sos lada hitam sebagai pencicah memang serius sedap bak hang! Terbaik!


Kemudian Hans cuba pula makan Ayam Briyani. Bahagian peha ayam yang memang besar. Jenuh nak makan tetapi sebab memang rasanya sangat sedap, sedar tak sedar tinggal tulang jer lah. Hahaha! Kepada sesiapa nanti yang tempah tempat untuk bulan puasa nanti, jangan lupa cuba menu Ayam Briyani nih.


Menu Udang Bakar Sambal Petai ini antara menu yang laku teruk semalam. Memang ramai betul yang berulang-ulik semata-mata nak menambah udang dan petai di dalam pinggan. Serius! Ini antara menu yang Hans syor kan kepada anda semua untuk makan apabila datang ke Juadah Warisan nanti. Serius sedap weh!


Nama menu ini pula ialah Rendang Tok Wan. Daging sangat lembut. Rasa pun boleh tahan lah! Sedap kalau dimakan dengan nasi.


Menu ini merupakan antara menu kegemaran Hans iaitu Ayam Pencen Salai Masak Lemak Cili Api. Walaupun nama ayam pencen tetapi korang jangan risau sebab isi ayam nih lembut. Hans cukup suka dengan rasa masak lemak nih. Kombinasi yang cukup kena. Cuma kalau lagi pedas lagi Hans suka. Tetapi, nanti kasihan pula dekat orang yang tak tahan pedas. Hehehe! 


Ini pula ialah Daging Bakar Masak Lemak Pucuk Ubi. Rasanya masih boleh tahan sedap. Hans makan tanpa nasi. Rasanya kalau digabung dengan nasi putih pasti lebuh umm rasanya. Hans tak ambil nasi sebab takut terkenyang awal. Hahaha!


Nama menu ini pula ialah Gulai Lemak Pisang Muda. Hans kalau pisang yang dimasak ini Hans kurang minat sangat tetapi semalam bila makan rasa sedap pula. Hahaha!


Kepada yang tak makan ayam atau daging dan suka lauk ikan tu, jangan risau sebab ada macam-macam menu berasaskan ikan. Ada Asam Pedas! Ada Ikan Bakar! Ada Ikan Masak Tempoyak. Senang cakap memang banyak menu berasaskan ikan yang sedap-sedap. Hans tak makan pula semalam sebab fokus pada ayam, daging dan udang. Hahaha! Tetapi, kawan Hans makan dan dia cakap ikan pun sedap.

Secara jujurnya, Hans memang puji kelazatan lauk-pauk yang disediakan oleh Ketua Chef Zairul serta anak buah beliau sewaktu Hans dan rakan menikmati makanan-makanan yang dihidangkan. Memang banyak menu yang popular dari seluruh Malaysia terutama menu masakan kampung yang ditawarkan disini seperti Gulai Kawah, Ayam Pencen Salai Masak Lemak Cili Api, Daging Bakar Masak Lemak Pucuk Ubi, Ikan Goreng Pedas Bumbu Acar dan banyak lagi lah. Senang cakap memang puas hati bila berbuka puasa nanti sebab dapat makan lauk-lauk yang sangat-sangat lazat.


Oh yer! Hans lupa pula nak bagitahu. Kepada siapa yang minat makan kerabu, dekat sini memang syurga kerabu. Ada pelbagai jenis kerabu dan semua sedap-sedap. Terbaik betul lah!


Kepada yang mementingkan kesihatan tu, dekat sini pun ada berpuluh-puluh jenis ulam-ulaman istimewa untuk penggemar ulam. Makan lah sampai kosong bakul tu nanti. Yang penting ulam-ulam dekat sini memang segar dan bersih.


Suasana di dalam Soi 23 Restaurant nih sebenarnya meriah dan cantik. Cuma kamera telefon Hans nih pening sikit kut tiba-tiba jadi warna cerah. Kalau ikutkan keadaan restoran nih romantik-romantik dengan warna jingga lampu tu. Hehehe! Jadi, selepas makan yang berat-berat, manjakan pula perut dengan menu-menu separa berat dan ringan-ringan seperti di bawah nih.



Memang ada banyak menu-menu sampingan yang lain macam Satay Kajang, Bubur Lambuk, laksa, mee rebus, ayam percik, otak-otak, lemang, goreng pisang, murtabak, dan aneka kuih muih tempatan yang disediakan. Cuma antara hangpa larat nak makan atau tak jer. Hahaha!


Pencuci mulut dekat sini memang sedap-sedap. Sampai sekarang Hans masih teringat Cheese Cake dan Moist Chocolate Cake disini. Memang sedap sungguh! Dekat sini juga ada kawasan membuat cendol serta aiskrim. Hans masa nih dah lupa dah nak ambil gambar sebab seronok menikmati rasa manis dan lemak-lemak coklat dan cheese. Hahahaha!


Alhamdulillah! Hans sekarang nih dah memang berisi. Lepas tu sumbat pula macam-macam memang semakin ke depan lah perut tu. Hahaha! Apa-apapun, memang puas hati dengan hidangan-hidangan dan juadah-juadah yang disediakan oleh Chef Zairul dan anak-anak buahnya. Memang sedap dan terbaik! Terima kasih kepada pihak Pacific Regency Hotel Suites serta Soi 23 Restaurant yang memberi layanan yang cukup baik dan mesra serta menghidangkan makanan-makanan yang sedap belaka ini kepada Hans. Jadi, kepada semua pembaca blog hanshanis.com yang berminat untuk merasai dan menikmati Juadah Warisan ini sewaktu berbuka puasa nanti, bolehlah lihat info di bawah ini untuk tempahan 



Juadah Warisan Ramadan Buffet

Alamat:
Soi 23 Restaurant,
Level 23 Pacific Regency Hotel Suites,
Off Jalan P.Ramlee,
50250 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
19 Mei 2018 - 13 Jun 2018

Waktu:
6.30 P.M - 10.30 P.M

Harga:
RM98++ (Dewasa)
RM49++ (Kanak-Kanak / Warga Emas)

Nombor Telefon:
+603 2332 7788

Email:
fnbadmin@pacific-regency.com

Laman Facebook:


P/S : Mesti Seronok Kalau Dapat Bawa Keluarga Atau Orang Tersayang Menjamu Selera  Di Juadah Warisan Ramadan Buffet Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur Nih :)

Sabtu, 28 April 2018

Makan-Makan Di Kelantan

Sabtu, April 28, 2018 34
Assalammualaikum semua. Pada 23 April 2018 sehingga 25 April 2018, Hans berkesempatan ke Kota Bharu, Kelantan atas urusan kerja. Jadi, untuk kali ini Hans sahaja nak kongsikan pengalaman Hans makan-makan sepanjang dalam perjalanan dan urusan kerja disana.

HARI PERTAMA

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu mengambil masa lebih kurang tujuh jam sampai naik kematu punggung Hans di dalam van. Jadi, Hans dan rakan sekerja yang lain pun mula bertanya sesama sendiri nak makan tengahari di mana. Hans pun mengambil langkah seribu dengan google makanan yang menarik dan sedap di Kota Bharu dan akhirnya bertemu lah dengan sebuah gerai makan bernama D Tower Soup.


Memang ramai betul orang tempatan makan tengahari dekat sini. Banyak juga menu tetapi mengikut rujukan dan komen-komen yang Hans sempat baca di internet mengatakan ayam bakar dan sup dekat sini sedap. Jadi, Hans pun pesan lah menu-menu ini untuk makan tengahari.


Kalau tengok pada rupa sup nih memang nampak tak sedap. Hans pun mula was-was sedap ker tidak sup nih. Tetapi, sekali hirup...perghhhhhh!! Terangkat beb! Sedap lah sup nih! Patut ramai orang makan dekat sini.


Ayam bakar dekat D Tower Soup nih pun sedap. Rencah dan perapan dia memang syahdu lah. Manis-manis yang memang sesuai dengan anak tekak Hans. Baguslah orang Kelantan sekarang dah mengurangkan manis di dalam makanan dan minuman. Kalau dulu-dulu memang manis melecas makanan dan minuman orang Kelantan nih. Alhamdulillah sekarang masing-masing dah jaga kesihatan. Hehehe!


Ini set nasi untuk makan. Ada nasi putih, sejemput taugeh dan satu sudu besar sambal. Jadi, mari melantak berjemaah dengan rasa gembiranya.


Nampak licin pinggan tu? Hahaha! Licin sebab lapar dan dalam masa yang sama memang sedap. Tetapi, harga makanan dekat sini sangat ngeri yer! Memang agak mahal sebenarnya. Jadi, seeloknya kalau hangpa makan dekat sini, sebelum hangpa ambil sebarang lauk ker sup ker air ker, adalah wajib hangpa tanya harga dulu sebab dekat kedai pun mereka ada tampal notis minta pelanggan tanya harga makanan. Takut nanti lari baget pula. Hahaha! Apa-apapun, menu-menu dekat sini yang Hans sempat makan memang sedap cuma harga jer tak sedap. Hahaha! 


Petang pula tu pergi ke Pantai Cahaya Bulan. Dekat sini memang terkenal dengan makanan bernama Colek. Hangpa pilih lah makanan apa yang hangpa suka nanti tukang masak akan goreng balik untuk panaskan. Sepanjang Pantai Cahaya Bulan tu memang ada berbelas atau berpuluh kedai makan yang jual Colek nih. Nasib kedai yang Hans makan nih Colek dan sos nya sedap.


Jus mangga antara minuman kegemaran Hans. Jadi, Hans saja lah cuba minum Mango Float dekat sini dan ternyata sedutan pertama berjaya membuatkan Hans terawang-awang di udara. Hiperbola betul kan? Hahahaha!


HARI KEDUA


Hari kedua adalah hari yang teramat sibuk sebab Hans dan rakan-rakan bekerja. Jadi, Hans tak sempat nak ambil gambar depan kedai makan nih. Lokasi kedai pun Hans tak tahu cuma yang Hans tahu dekat dengan Pasir Puteh. Tetapi, makanan kampung dekat sini memang sedap weh! Solok sedap! Budu sedap! Sayur sedap! Ikan sedap! Kerabu pauh sedap! Sedap belaka lah! Hahaha! Memang menambah lah makan sebab sedap sangat. Kena pula dengan Teh O Beng! Memang terbaik!


Malamnya tu makan dekat satu kedai makan nih. Hans ternampak ada cucur udang jadi tanya dekat pekerja kedai tu ada Mee Rebus ker dekat sini dan dia kata ada. Hans pun pesan lah mee rebus sekali yang sampai mee hailam. Lepas tu ada kawan-kawan Hans dari Kelantan cakap mee rebus dekat Kelantan tu ialah mee hailam. Oh, tidak! Tipah tertipu! Hahaha! Tetapi, alhamdulillah nasi Mee Rebus versi Kelantan nih boleh tahan sedap. Dapat tidur lena malam tu.


HARI KETIGA


Perhentian makan pertama ialah kawasan yang berdekatan dengan Gua Musang. Hans lupa nak ambil gambar kedai sebab masa tu baru bangun tidur. Dekat sini Hans makan nasi putih dengan sup tulang jer. Rasa biasa-biasa jer. Boleh lah buat perut kenyang. Tetapi, sirap bandung cincau kedai nih sedap. Kena pula masa tu panas terik jadi memang pilihan yang bijak.


Tiba waktu petang, tiba-tiba rakan sekerja kata nak makan Lemang To'Ki dekat Bentong. Hans pun memang okay jer sebab tahu lemang situ sedap. Sekali pergi tiba-tiba lemang dah habis. Jadi, terpaksa makan ayam bakar sahaja. Nasib ayam bakar kali nih sedap sebab sebelum nih Hans makan isi ayam agak kering. Tetapi, yang kali ini sedikit juicy jadi memang seronok lah makan.


Sudah lah lemang dah habis, cendol To'Ki nih pula mengecewakan. Sebelum nih Hans pernah makan cendol dekat sini dan rasanya sedap. Tetapi, yang kali ini memang tak sedap. Sangat mengecewakan!


Nak dijadikan cerita, tiba-tiba lemang To'Ki wujud kembali. Pelik tetapi benar! Teruslah beratur pergi beli. Alhamdulillah! Memang rezeki dapat makan lemang To'Ki yang sedap bersama rendang ayamnya yang sedap. Jadi, berakhir sudah sesi Hans berkongsi senarai juadah makanan yang dimakan sepanjang tiga hari bekerja di Kota Bharu, Kelantan. Jumpa lagi dalam kisah makanan yang seterusnya iaitu pengalaman Hans makan Juadah Warisan di Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur.

P/S : Sekarang Hans Sedang Berada Di Kemboja Atas Urusan Kerja. Doakan Semuanya Baik-Baik Belaka Yer. 

McDonald's Burger Nasi Lemak Ayam

Sabtu, April 28, 2018 18
Assalammualaikum semua. Dalam dua minggu ini memang Hans sibuk betul dengan kerja. Jadi, memang Hans tak tahu langsung yang McDonald's Malaysia telah memperkenalkan Burger Nasi Lemak Ayam pada minggu ini. Sedar-sedar nampak iklan muncul dekat instagram. Seingat Hans memang Burger Nasi Lemak Ayam ini  pernah dijual oleh McDonalds tetapi cuma di negara Singapura. Memandangkan burger ini sudah wujud di Malaysia jadi Hans mengambil peluang ini untuk berkongsi serba sedikit tentang menu terbaru ini yang dijual dalam tempoh masa yang terhad sahaja.


Harga untuk menu ini ialah RM16.95 untuk set lengkap yang didatangkan khas dengan kentang goreng dan minuman ringan. Kalau nak beli ala carte pula cuma bayar pada harga RM14.95. Secara peribadi, Hans merasakan harga untuk menu Burger Nasi Lemak Ayam nih agak mahal sebenarnya. Jadi, rasa-rasa berbaloi atau tidak Hans beli burger ini? Jawapannya ada dibawah.


Seperti biasa sebelum makan tu, Hans wajib ambil gambar kotak dulu. Warna kotak burger nasi lemak nih nampak menarik sebab mengambil inspirasi kulit daun pisang yang melambangkan nasi lemak.



Kalau rajin boleh baca info ringkas dekat kotak tentang burger nasi lemak kebanggaan McDonalds nih. Jadi, mari kita tengok bagaimana pula rupa burger nasi lemak ayam yang tersembunyi di dalam kotak ini. 


Taraaaaaaaaaaaaaa!!! Alhamdulillah, burger Nasi Lemak Ayam kepunyaan Hans berada di dalam keadaan yang baik dan nampak menyelerakan. Rupa roti burger pun nampak unik dan sedap. Burger Nasi Lemak Ayam ini dibalut dengan kertas untuk memudahkan kita memegang burger dan mengelakkan jari-jemari kita daripada comot terkena sambal. Satu pujian untuk McDonalds Malaysia kerana bungkusan burger yang menarik ini.


Seperti biasa mesti lah nak kena ambil gambar dekat-dekat untuk menguji keimanan para pembaca blog ini. Hahahaha! Jadi, sebelum makan mari kita bedah siasat sekejap untuk melihat dan mengetahui apakah intipati yang terdapat di dalam burger nasi lemak ayam ini.


Tudiaaaaaaaaaaaaaa!! Nampak tak? Kepingan ayam empuk yang dimasak menggunakan santan dan disalut pula dengan kerangupan emping jagung. Kemudian ditambah pula dengan sos sambal istimewa, telur goreng, bawang tumis yang dimasak keperangan, serta kepingan timun segar dan ban cili. Aroma burger ini memang buat Hans terasa macam ada nasi lemak depan mata Hans.

.
Lagi sekali saja Hans tunjuk isi dalaman Burger Nasi Lemak Ayam nih secara dekat istimewa untuk anda semua. Hahaha! Jadi, apa tunggu lagi? Jom mengketedarah sebentar!


Alhamdulillah! Selesai makan tengahari dengan lahapnya., Hahaha! Pada pandangan Hans, burger nasi lemak ayam nih sedap dimakan panas-panas dan alhamdulillah memang Hans dapat burger nih di dalam keadaan yang panas. Rasanya boleh tahan sama macam nasi lemak. Sambal nasi lemak pun boleh tahan sedap sebab tidak pedas dan tidak terlalu manis. Kiranya sesuai dimakan oleh semua golongan dari kanak-kanak sehingga warga emas. Kalau ikutkan Hans yang suka makan pedas nih, memang lagi sedap kalau sambal burger nih lebih pedas dan menyengat.



Jadi, bila Hans tengok balik komen dan ulasan-ulasan oleh ramai pihak yang telah pun mencuba Burger Nasi Lemak Ayam McDonald's nih, ada yang suka dan kata sedap. Ada yang tak suka dan kata tak sedap langsung. Untuk Hans pula, tak boleh Hans nak kata burger nih tak sedap sebab masa makan tadi memang rasa sedap. Nak kata terlampau sedap pun tak boleh juga sebab belum sampai tahap yang buat Hans rasa tak sabar-sabar nak makan burger nih untuk kali kedua. Apa yang Hans boleh cakap, McDonalds Malaysia berjaya membawa dan menterjemahkan rasa nasi lemak itu di dalam sebiji burger dalam keadaan sederhana mengikut kesesuaian dan selera tempatan



Jadi, kepada yang nak cuba makan tu boleh lah pergi ke cawangan McDonalds berhampiran anda kerana menu ini dijual di dalam waktu yang terhad sahaja. Jangan lah pula hangpa tanya mana nasi sebab tak ada nasi di dalam burger nasi lemak ayam ini. Hahaha! Apa-apapun, selamat menjamu selera . 

SKALA SEDAP : 3.5 / 5

P/S : BURGER PUN DAH BEREVOLUSI SEKARANG! SELEPAS NIH BURGER APA PULA AKAN DIJUAL DI PASARAN NANTI?