Isnin, 2 April 2018

Filem Dukun Pada 5 April 2018

Assalammualaikum semua. Memang dalam 2-3 minggu nih Hans sangat sibuk bekerja jadi memang tak dapat nak melawat semua blog rakan-rakan disini. Bila dah siap semua kerja In Sha Allah memang Hans terjah semua blog anda tu yer. Hehehe! Alhamdulillah! Akhirnya selepas 12 tahun Hans menanti, akhirnya filem Dukun bakal menemui semua penonton pada hari Khamis, 5 April 2018 ini selepas pernah diharamkan tayangannya atas faktor-faktor serta isu yang tertentu.


Sebelum ini rakyat Malaysia berjaya digemparkan dengan kisah viral Wanita Kebaya Merah dan kemungkinan besar kisah itu ada hubung kait dengan gimik dan promosi untuk tayangan filem ini juga. Dan tidak dilupakan juga tentang kontroversi kebocoran filem ini di internet dimana filem ini berjaya ditonton oleh ramai pihak namun naskhah yang bocor itu masih belum disunting habis dan pengakhiran filem itu juga tergantung.


Jadi, Hans akan cuba menonton filem ini di pawagam berhampiran semata-mata nak tahu apakah kesudahan filem ini sebab bagi Hans walaupun filem ini dibuat pada tahun 2006 namun filem pertama arahan Dain Said ini sememangnya ada aura dan magis yang tersendiri. Dikhabarkan juga banyak babak di dalam naskhah yang bocor itu telah dibuang dan diganti dengan babak-babak yang belum pernah dimasukkan. Jadi, memang Hans wajib tengok filem hebat ini.


Filem yang pada asalnya patut ditayangkan sekitar bulan Disember 2006 itu dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Umie Aida, Adlin Amad Ramlie, Faizal Hussein, Namron, Hasnul Rahmat, Bront Palarae, Sofi Jikan, Elyana dan ramai lagi. Jadi, selamat menonton filem ini di pawagam berdekatan. Sokonglah filem hebat ini!


P/S : Ada Harapan Umie Aida Menang Pelakon Wanita Terbaik Tahun 2018 Nih :) 


24 ulasan:

  1. waaaaa.... akhirnya dpt kuar jgk filem ni ek....
    akak penah baca novel cite nih tp tak penah tgk lagi cite nya... almaklum penakut hehehhe

    BalasPadam
  2. tunggu review jewlah miza tak berani tengok cerita seram

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      bukan seram sangat
      tapi jalan cerita dia best

      Padam
  3. Lama betul filem nie baru nak tayang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah
      sejarah buat filem Malaysia nih
      hehehe

      Padam
  4. Gabungan pelakon2 hebat ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu
      pelakon2 dalam nih semua yang power2

      Padam
  5. kita tengok, boleh gi jauh tak filem dinanti ramai ni

    | blog helloaiman |

    BalasPadam
  6. Mrs. A pun teringin nak tengok citer ni.
    Serius lama baru dapat ditayangkan sampai zaman pun dah berubah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      tapi so far tengok yang bocor hari tu pun masih rasa filem nih wow
      kalau tayang masa tahun yang sepatutnya tayang...mesti jadi fenomena

      Padam
  7. Tulah nampak mcm best je cite dia . Teringin nak tengoklah Han. Oh pernah diharamkan ek patutlah Umi tak pakai tudung masa ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. diharamkan tayangan sebab ada isu-isu sensitif melibatkan ahli keluarga dan politik rasanya

      Padam
  8. Lamanya dorg gantung cerita nie.. tp tgk thriller npk sangat best.

    BalasPadam
  9. Pelakon dia ohsem-ohsem.. Sha paling curious tetang elyana tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      masa elyana berlakon nih tak silap dia baru habis SPM

      Padam
  10. confirm raya tahun ni ramai yang berkebaya merah..haha

    BalasPadam
  11. umi aida memang terbaik, hans.
    sama la dgn erma fatima.
    diorang kalau berlakon memang all out.
    akak lom tgk lagi ni. sgt nak tgk.

    BalasPadam
  12. boleh ke umie dicalonkn dlm mana2 anugerah utk thn ni krn filem ni? maksud sy, filem ni dah lama bikin tp pencalonannya masih boleh diterima ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak silap saya filem dicalonkan mengikut tarikh ditayangkan
      jadi rasanya boleh jer masuk pencalonan

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com