Isnin, 30 April 2018

Juadah Warisan Ramadan Buffet Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini Hans nak berkongsi tentang pengalaman Hans serta pihak media lain yang dijemput oleh pihak Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur untuk merasa keenakan Juadah Warisan Ramadan Buffet di Soi 23 Restaurant yang terletak di tingkat 23 hotel ini. Untuk sesiapa yang mungkin kurang arif tentang kawasan Kuala Lumpur, restoran dan hotel ini berada betul-betul bersebelahan dengan Menara Kuala Lumpur.


Nak dijadikan cerita Hans terlambat sampai sebab tersalah pilih Grab Sharing. Keluar pukul 6.15 petang tetapi sampai dalam pukul 7.30 petang sebab pemandu grab ambil penumpang lain. Jadi, memang Hans tak sempat nak ambil gambar makanan dalam keadaan cantik sebab masa Hans sampai tu memang semua tengah bergembira menjamu selera sambil dihiburkan dengan lagu-lagu raya. Hahaha! Puasa pun belum tetapi dah raya dah.


Keluar jer daripada lif di tingkat 23 tu, memang akan terus nampak Soi 23 Restaurant di sebelah kanan. Cantik juga dekorasi di depan restauran. Memang terasa Hari Raya Aidilfitri tu. Hehehe! Kedatangan Hans disambut mesra oleh Pegawai Perhubungan Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur. Terima kasih kerana sentiasa mesra dan ramah melayan kehadiran Hans dan rakan.


Sampai-sampai jer dalam tu terus mata Hans terpandang Kambing Golek Bakar yang disediakan sekali dengan Briyani Pak Arab. Perghhhhh!! Memang tidak daku lepaskan peluang ini. Teruslah pergi ambil dan melantak terus. Hahaha! Daging kambing sangat lembut dan sos lada hitam sebagai pencicah memang serius sedap bak hang! Terbaik!


Kemudian Hans cuba pula makan Ayam Briyani. Bahagian peha ayam yang memang besar. Jenuh nak makan tetapi sebab memang rasanya sangat sedap, sedar tak sedar tinggal tulang jer lah. Hahaha! Kepada sesiapa nanti yang tempah tempat untuk bulan puasa nanti, jangan lupa cuba menu Ayam Briyani nih.


Menu Udang Bakar Sambal Petai ini antara menu yang laku teruk semalam. Memang ramai betul yang berulang-ulik semata-mata nak menambah udang dan petai di dalam pinggan. Serius! Ini antara menu yang Hans syor kan kepada anda semua untuk makan apabila datang ke Juadah Warisan nanti. Serius sedap weh!


Nama menu ini pula ialah Rendang Tok Wan. Daging sangat lembut. Rasa pun boleh tahan lah! Sedap kalau dimakan dengan nasi.


Menu ini merupakan antara menu kegemaran Hans iaitu Ayam Pencen Salai Masak Lemak Cili Api. Walaupun nama ayam pencen tetapi korang jangan risau sebab isi ayam nih lembut. Hans cukup suka dengan rasa masak lemak nih. Kombinasi yang cukup kena. Cuma kalau lagi pedas lagi Hans suka. Tetapi, nanti kasihan pula dekat orang yang tak tahan pedas. Hehehe! 


Ini pula ialah Daging Bakar Masak Lemak Pucuk Ubi. Rasanya masih boleh tahan sedap. Hans makan tanpa nasi. Rasanya kalau digabung dengan nasi putih pasti lebuh umm rasanya. Hans tak ambil nasi sebab takut terkenyang awal. Hahaha!


Nama menu ini pula ialah Gulai Lemak Pisang Muda. Hans kalau pisang yang dimasak ini Hans kurang minat sangat tetapi semalam bila makan rasa sedap pula. Hahaha!


Kepada yang tak makan ayam atau daging dan suka lauk ikan tu, jangan risau sebab ada macam-macam menu berasaskan ikan. Ada Asam Pedas! Ada Ikan Bakar! Ada Ikan Masak Tempoyak. Senang cakap memang banyak menu berasaskan ikan yang sedap-sedap. Hans tak makan pula semalam sebab fokus pada ayam, daging dan udang. Hahaha! Tetapi, kawan Hans makan dan dia cakap ikan pun sedap.

Secara jujurnya, Hans memang puji kelazatan lauk-pauk yang disediakan oleh Ketua Chef Zairul serta anak buah beliau sewaktu Hans dan rakan menikmati makanan-makanan yang dihidangkan. Memang banyak menu yang popular dari seluruh Malaysia terutama menu masakan kampung yang ditawarkan disini seperti Gulai Kawah, Ayam Pencen Salai Masak Lemak Cili Api, Daging Bakar Masak Lemak Pucuk Ubi, Ikan Goreng Pedas Bumbu Acar dan banyak lagi lah. Senang cakap memang puas hati bila berbuka puasa nanti sebab dapat makan lauk-lauk yang sangat-sangat lazat.


Oh yer! Hans lupa pula nak bagitahu. Kepada siapa yang minat makan kerabu, dekat sini memang syurga kerabu. Ada pelbagai jenis kerabu dan semua sedap-sedap. Terbaik betul lah!


Kepada yang mementingkan kesihatan tu, dekat sini pun ada berpuluh-puluh jenis ulam-ulaman istimewa untuk penggemar ulam. Makan lah sampai kosong bakul tu nanti. Yang penting ulam-ulam dekat sini memang segar dan bersih.


Suasana di dalam Soi 23 Restaurant nih sebenarnya meriah dan cantik. Cuma kamera telefon Hans nih pening sikit kut tiba-tiba jadi warna cerah. Kalau ikutkan keadaan restoran nih romantik-romantik dengan warna jingga lampu tu. Hehehe! Jadi, selepas makan yang berat-berat, manjakan pula perut dengan menu-menu separa berat dan ringan-ringan seperti di bawah nih.



Memang ada banyak menu-menu sampingan yang lain macam Satay Kajang, Bubur Lambuk, laksa, mee rebus, ayam percik, otak-otak, lemang, goreng pisang, murtabak, dan aneka kuih muih tempatan yang disediakan. Cuma antara hangpa larat nak makan atau tak jer. Hahaha!


Pencuci mulut dekat sini memang sedap-sedap. Sampai sekarang Hans masih teringat Cheese Cake dan Moist Chocolate Cake disini. Memang sedap sungguh! Dekat sini juga ada kawasan membuat cendol serta aiskrim. Hans masa nih dah lupa dah nak ambil gambar sebab seronok menikmati rasa manis dan lemak-lemak coklat dan cheese. Hahahaha!


Alhamdulillah! Hans sekarang nih dah memang berisi. Lepas tu sumbat pula macam-macam memang semakin ke depan lah perut tu. Hahaha! Apa-apapun, memang puas hati dengan hidangan-hidangan dan juadah-juadah yang disediakan oleh Chef Zairul dan anak-anak buahnya. Memang sedap dan terbaik! Terima kasih kepada pihak Pacific Regency Hotel Suites serta Soi 23 Restaurant yang memberi layanan yang cukup baik dan mesra serta menghidangkan makanan-makanan yang sedap belaka ini kepada Hans. Jadi, kepada semua pembaca blog hanshanis.com yang berminat untuk merasai dan menikmati Juadah Warisan ini sewaktu berbuka puasa nanti, bolehlah lihat info di bawah ini untuk tempahan 



Juadah Warisan Ramadan Buffet

Alamat:
Soi 23 Restaurant,
Level 23 Pacific Regency Hotel Suites,
Off Jalan P.Ramlee,
50250 Kuala Lumpur,
Malaysia.

Tarikh:
19 Mei 2018 - 13 Jun 2018

Waktu:
6.30 P.M - 10.30 P.M

Harga:
RM98++ (Dewasa)
RM49++ (Kanak-Kanak / Warga Emas)

Nombor Telefon:
+603 2332 7788

Email:
fnbadmin@pacific-regency.com

Laman Facebook:


P/S : Mesti Seronok Kalau Dapat Bawa Keluarga Atau Orang Tersayang Menjamu Selera  Di Juadah Warisan Ramadan Buffet Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur Nih :)

27 ulasan:

  1. Wah hans pun turut hadir sama ya 😎

    Best semua menu di Pacific ni.. Haa husniey pun terlewat sikit hadir ke sini tapi tetap sedapp rasanya aneka menu2 terdapat disitu.. Parking pun tak susah

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh ada juga ker hari tu?
      yang mana?
      yups...memang saya dok makan lauk-lauk dia nak rasa
      tak makan nasi sebab takut nanti kenyang
      hahaah

      Padam
  2. mampu tengok jelah sebab tak pernah berbuka puasa buffet kat hotel2 camni huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehee
      boleh haihh makan..sesekali rewards diri sendiri dan keluarga :)

      Padam
  3. pengsan tengk kambing bakar golek. tengok harga lagi lah...hahaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      tetapi kambing bakar golek dia sedap
      lauk pauk dia memang sedap
      kira berbaloi lah sesekali nak ubah selera berbuka dengan lauk pauk banyak dan sedap2 nih :)

      Padam
  4. kenapa ana tak perasan hans yang mana satu. next time jumpa boleh say hi lah pulak ye.by the way makanan dekat sini memang sedap especially udang sambal dan rendang tu. non stop kami makan hari tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. eh, ada juga ker hari tu? hahaha
      saya nih ada masalah jenis susah nak kenal rupa orang kalau tak pernah jumpa
      nanti kalau jumpa tu tegur-tegur lah saya dulu kalau saya tak tegur sebab saya memang jenis tak berapa nak cam rupa orang kalau tak pernah jumpa..hahaha
      udang sambal tu laju betul habis hari tu..haha

      Padam
  5. nsbla akak baca blog ko lps akak lunch dik, klu tak menahan rasa tekak n perut berdendang jwbnya nengok segala menu yg ada...
    dlm banyak2 tu paling menggoda akak, msk lemak cili api ayam pencen tuh... perkkkkh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha
      nasib baca lepas lunch kan
      ayam pencen masak lemak tu memang sodap

      Padam
  6. Saya suka sama dessertnya sama dagingnya. Lezat bangat itu ya mas

    BalasPadam
  7. Makanan traditional yang membuka selera ni. Pilihan pun banyak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yups...makanan traditional dia sedap2

      Padam
  8. enaknyo dijemput tuk makan gratis,,,nampak sedap semua,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang semuanya sedap-sedap :)

      Padam
  9. Adoilah.. Mengancam betul juadahnya..

    BalasPadam
  10. serius memang mengancam :)
    kena cuba tau

    BalasPadam
  11. Tengok tengah malam ni memang lain macam sikit nampak sedapnya tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      tu lah kan
      rasa lapar tak?
      haha

      Padam
  12. Wow, bestnya menu kat situ... tergoda tengok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      memang best lauk-lauk dia
      chef dia memang pakar masakan tradisional

      Padam
  13. semua nmpk sedap2 belaka...nasib baik belum berpuasa hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehhee
      kalau berpuasa apa jadi?

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com