Sabtu, 28 April 2018

McDonald's Burger Nasi Lemak Ayam

Assalammualaikum semua. Dalam dua minggu ini memang Hans sibuk betul dengan kerja. Jadi, memang Hans tak tahu langsung yang McDonald's Malaysia telah memperkenalkan Burger Nasi Lemak Ayam pada minggu ini. Sedar-sedar nampak iklan muncul dekat instagram. Seingat Hans memang Burger Nasi Lemak Ayam ini  pernah dijual oleh McDonalds tetapi cuma di negara Singapura. Memandangkan burger ini sudah wujud di Malaysia jadi Hans mengambil peluang ini untuk berkongsi serba sedikit tentang menu terbaru ini yang dijual dalam tempoh masa yang terhad sahaja.


Harga untuk menu ini ialah RM16.95 untuk set lengkap yang didatangkan khas dengan kentang goreng dan minuman ringan. Kalau nak beli ala carte pula cuma bayar pada harga RM14.95. Secara peribadi, Hans merasakan harga untuk menu Burger Nasi Lemak Ayam nih agak mahal sebenarnya. Jadi, rasa-rasa berbaloi atau tidak Hans beli burger ini? Jawapannya ada dibawah.


Seperti biasa sebelum makan tu, Hans wajib ambil gambar kotak dulu. Warna kotak burger nasi lemak nih nampak menarik sebab mengambil inspirasi kulit daun pisang yang melambangkan nasi lemak.



Kalau rajin boleh baca info ringkas dekat kotak tentang burger nasi lemak kebanggaan McDonalds nih. Jadi, mari kita tengok bagaimana pula rupa burger nasi lemak ayam yang tersembunyi di dalam kotak ini. 


Taraaaaaaaaaaaaaa!!! Alhamdulillah, burger Nasi Lemak Ayam kepunyaan Hans berada di dalam keadaan yang baik dan nampak menyelerakan. Rupa roti burger pun nampak unik dan sedap. Burger Nasi Lemak Ayam ini dibalut dengan kertas untuk memudahkan kita memegang burger dan mengelakkan jari-jemari kita daripada comot terkena sambal. Satu pujian untuk McDonalds Malaysia kerana bungkusan burger yang menarik ini.


Seperti biasa mesti lah nak kena ambil gambar dekat-dekat untuk menguji keimanan para pembaca blog ini. Hahahaha! Jadi, sebelum makan mari kita bedah siasat sekejap untuk melihat dan mengetahui apakah intipati yang terdapat di dalam burger nasi lemak ayam ini.


Tudiaaaaaaaaaaaaaa!! Nampak tak? Kepingan ayam empuk yang dimasak menggunakan santan dan disalut pula dengan kerangupan emping jagung. Kemudian ditambah pula dengan sos sambal istimewa, telur goreng, bawang tumis yang dimasak keperangan, serta kepingan timun segar dan ban cili. Aroma burger ini memang buat Hans terasa macam ada nasi lemak depan mata Hans.

.
Lagi sekali saja Hans tunjuk isi dalaman Burger Nasi Lemak Ayam nih secara dekat istimewa untuk anda semua. Hahaha! Jadi, apa tunggu lagi? Jom mengketedarah sebentar!


Alhamdulillah! Selesai makan tengahari dengan lahapnya., Hahaha! Pada pandangan Hans, burger nasi lemak ayam nih sedap dimakan panas-panas dan alhamdulillah memang Hans dapat burger nih di dalam keadaan yang panas. Rasanya boleh tahan sama macam nasi lemak. Sambal nasi lemak pun boleh tahan sedap sebab tidak pedas dan tidak terlalu manis. Kiranya sesuai dimakan oleh semua golongan dari kanak-kanak sehingga warga emas. Kalau ikutkan Hans yang suka makan pedas nih, memang lagi sedap kalau sambal burger nih lebih pedas dan menyengat.



Jadi, bila Hans tengok balik komen dan ulasan-ulasan oleh ramai pihak yang telah pun mencuba Burger Nasi Lemak Ayam McDonald's nih, ada yang suka dan kata sedap. Ada yang tak suka dan kata tak sedap langsung. Untuk Hans pula, tak boleh Hans nak kata burger nih tak sedap sebab masa makan tadi memang rasa sedap. Nak kata terlampau sedap pun tak boleh juga sebab belum sampai tahap yang buat Hans rasa tak sabar-sabar nak makan burger nih untuk kali kedua. Apa yang Hans boleh cakap, McDonalds Malaysia berjaya membawa dan menterjemahkan rasa nasi lemak itu di dalam sebiji burger dalam keadaan sederhana mengikut kesesuaian dan selera tempatan



Jadi, kepada yang nak cuba makan tu boleh lah pergi ke cawangan McDonalds berhampiran anda kerana menu ini dijual di dalam waktu yang terhad sahaja. Jangan lah pula hangpa tanya mana nasi sebab tak ada nasi di dalam burger nasi lemak ayam ini. Hahaha! Apa-apapun, selamat menjamu selera . 

SKALA SEDAP : 3.5 / 5

P/S : BURGER PUN DAH BEREVOLUSI SEKARANG! SELEPAS NIH BURGER APA PULA AKAN DIJUAL DI PASARAN NANTI?

18 ulasan:

  1. Alhamdulillah...Kak PC tak cuba lagi...biasa kalau macam ni adik-adik sepupu yang rajin mencuba...biasalah ada yang kata ok...ada yang kata biasa-biasa...citarasa masing-masing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      tu lah
      selera masing-masing
      bagi saya kira tengah-tengah
      hehe

      Padam
  2. Belanjaaaaaa + nak tgk infinity war second time

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha...In Sha Allah...tengok nanti masa puasa kalau sempat kita makan-makan noh

      Padam
  3. Tgk review rata2 kata so-so je tu le yg belum terniat nak try, bkn pa bege if guna ayam tak suka sgt, if daging br ok 😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      saya burger ayam kalau restoran fast food boleh layan
      kalau yang dekat gerai-gerai saya suka beli daging

      Padam
  4. ada review 5/10 la, ada 4/10 la. macam tak berbaloi je :3 tapi takpe, nak jugak try nanti. haha. tadi g mall ramai sungguh beratur kat mcd. takpela, kita tangguh dulu niat kan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      tu lah
      selera masing-masing
      hehehe

      Padam
  5. hehehe
    tu lah
    selera masing-masing
    hehehe

    BalasPadam
  6. Tak cuba lagi.. Tapi cam tak berapa nak cuba je.. Kikiki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba lah makan
      ramai jer suka
      saya suka juga

      Padam
  7. belum try..menarik jg..

    BalasPadam
  8. Zumal tak try lagi menu burger baru ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      try lah zumal
      mana tahu kena dengan selera

      Padam
  9. Balasan
    1. nama pun burger
      ada burger jer lah
      haha

      Padam
  10. tengok gambar macam sedap..tak sempat try lagi..

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com