Selasa, 17 April 2018

McDonald's Hot N' Crispy Chicken

Assalammualaikum semua. Kali ini Hans nak kongsi sikit tentang menu kekal baru keluaran McDonald's yang kedua iaitu Hot N'Crispy Chicken Burger yang telah pun dijual mulai 26 Mac 2018 yang lepas.


Sebenarnya Hans dah melantak burger nih minggu lepas tetapi sebab kesibukan kerja jadi baru lah hari nih dapat kongsikan dengan hangpa semua. Untuk menu Hot N'Crispy Chicken Burger ini, rasanya lebih pedas kerana ia menggunakan sos jalapeno yang dikatakan mampu memberi rasa pedas yang menggigit bibir hangpa semasa dan selepas memakan burger nih. Jadi, harga untuk menu ini ialah RM14.95 untuk set lengkap yang didatangkan khas dengan kentang goreng dan minuman ringan. Kalau nak beli ala carte pula cuma bayar RM12.95.


Jadi, sebelum makan tu macam biasa lah Hans dengan muka tak bersalah ambil gambar kotak dulu. Saiz kotaknya pun biasa-biasa jer. Jadi, mari kita tengok bagaimana rupa burger di dalam kotak nih.


Taraaaaaaaaaaaaaa!!! Alhamdulillah, sekali lagi Hans dapat burger yang berada di dalam keadaan yang baik dan kemas. Lepas tu tengok wajah roti burger nih pun nampak menarik dan menyelerakan.


Sekali lagi Hans cuba menguji keimanan hangpa semua dengan ambil gambar secara dekat, rapat dan jelas. Baru hangpa terliur bila tengok dekat laptop atau telefon hangpa tu kejap lagi. Hahahaha! Jadi, sebelum makan mari kita bedah siasat kejap apakah yang terdapat di dalam burger kali nih.


Seperti biasa semestinya ada ayam goreng crispy, sos cili jalapeno, cheddar cheese, mayonis, salad dan tomato. Macam mana? Nampak sedap tak?

.
Lagi sekali saja Hans tunjuk isi dalaman Hot N'Crispy Chicken Burger nih dekat-dekat. Hahaha! Mesti ada yang berdendam dengan Hans lepas tengok gambar nih sebab mesti perut hangpa semua terus berbunyi. Kan? Hahahaha! Jadi, apa tunggu lagi? Jom tengok Hans makan.


Memandangkan Hans memang peminat Spicy Chicken McDeluxe, jadi memang burger nih rasa sama jer lah cuma yang berbezanya sebab ada sos jalapeno. Cuma itu sahaja! Sos tu memang rasa pedas tetapi sebab Hans nih kaki makan pedas jadi kira tak ada lah pedas sangat. Apa-apapun, alhamdulillah kenyang. Jadi, bagi Hans rasa burger nih memang saling tak tumpah sama macam Spicy Chicken McDeluxe yang cuma ditambah sos jalapeno sahaja. Jadi, memang Hans musykil juga lah sebab apabila dikata menu baru jadi memang Hans mengharap segala-galanya terutama rasa burger pun baru lah kan. Tetapi, tak ada perbezaan apa sangat pun. Jadi, kepada yang nak cuba makan tu boleh lah cuba sebab selera setiap orang kan berbeza. Bagi Hans, burger nih sedap lah juga tetapi kalau nak kata ada kelainan rasa atau keunikan tu....rasa-rasa macam tak ada lah. Apa-apapun, selamat menjamu selera. 

SKALA SEDAP : 3.3 / 5

P/S : BANYAK BENDA NAK TULIS TETAPI INTERNET DEKAT KAMPUNG BERKELAJUAN SIPUT PULA. HAHAHA!

56 ulasan:

  1. dh rasa dua2 akak suka yg smoky grilled beef

    BalasPadam
  2. Umi pun dh makan both SMOKY GRILLED BEEF with smoky Chipotle Sauce dan HOT N’ CRISPY CHICKEN with tangy Jalapeno Sauce tu..mmg sedap tapi rasa mcm tak de beza dgn Chicken Mc Deluxe pun..apa2 pun burger McD mmg sedap lar

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. rasa macam spicy chicken mcdeluxe jer
      hehehe

      Padam
  4. Wah, memang menguji keimanan betul gambar burger tu walaupun kenyang makan megi dah...

    BalasPadam
  5. Tengok gambar, macam Zinger Burger KFC pulak... :)

    BalasPadam
  6. Suka sekali sama ayam crispy nya

    BalasPadam
  7. cheese dia meleleh..

    memang terbaik la burger nie

    BalasPadam
  8. nmpk sedap..blm try. haritu dah try smoky beef burger McD, I like...

    BalasPadam
  9. ingatkn nk citer psl ayam rendang crispy., hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini ayam crispy tanpa rendang...hahaha

      Padam
  10. sedapnyerrr.tetiba terasa lapar (walaupon baru jer makan tadi)bila tengok burger ayam ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe
      esok lah cuba makan burger nih pula

      Padam
  11. memang berjaya buatkan perut ni berkeronconggg! Aishhh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      gambar makanan nampak menggoda kan

      Padam
  12. pehhh ain tak cuba cuba pun lagi burger ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. burger nih menu tetap
      boleh cuba lagi nanti

      Padam
  13. belum cuba lagi. nasib baik tak cuba, baru pergi mcd hari tadi XD

    BalasPadam
    Balasan
    1. burger nih sedap tapi macam chicken mcdeluxe jer

      Padam
  14. Tak tahu pun McD ada keluarkan burger baru. Hehe. Nampak macam chic mc deluxe je. Tambah cheese je nampaknya. Nanti cuba.

    BalasPadam
  15. Kalau anak saya makan sekali 2 bijik bugger. Tak boleh selalu...kopak la Mak dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha...tudia..tak elok makan burger banyak-banyak

      Padam
  16. Nampak sedap tapi saya dah boikot McD, cuma prosperity je takkan boikot selamanya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam mana tu? boikot tapi prosperity tak? haha

      Padam
  17. Mama pun suka gak MC deluxe. Confirm mama pun suka burger ni juga

    BalasPadam
  18. Yang ni Mrs. A belum try lagi.
    Nak juga try ni sooner or later nak tau juga skala pedas dia macam mana huhuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. try lah tengok
      nanti update sini balik skala pedas berapa
      haha

      Padam
  19. Lamanya tak drive thru McD ni.. Sedapppp rasanya tu..

    BalasPadam
  20. em.. asal kakak rasa macam tak de beza jek dengan Spicy Chicken Mc Deluxe ?

    BalasPadam
  21. Hah ha “rasa pedas yang menggigit bibir” . . .

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha
      diorang lah cakap macam tu
      tapi untuk saya tak ada gigit bibir pun
      hehehe

      Padam
  22. nampak sedap tp buat ms ni sy hanya mampu tgk je laa sbb ada ulser x leh kena pedas waaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh
      tak apa
      tak silap saya dua menu nih menu kekal
      jadi ada lagi nanti

      Padam
  23. sedap lah tgk tp sampai skrg tak sempat makan lg entah ada promo lg ke tak.. kfc pun ada burger baru. teringat burger arang mcd tu sampai ulang mkn

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh burger arang yang korea tu kan
      yang tu sedap juga
      hehe

      Padam
  24. Teman dah lama tak makan McD nie... untuk burger, teman prefer Burger King...🤗

    BalasPadam
  25. sedapnya hanss! busyra belum cuba lagi.

    BalasPadam
  26. Hari ni #ganglunch decide pi McD.. Ingat nak cuba burger baru ni. Dari 2 pilihan LZ pilih Smoky Grilled Beef sebab LZ tak makan burger ayam.. >_<

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com