Ahad, 8 April 2018

McDonald's Smoky Grilled Beef

Assalammualaikum semua. Kali ini Hans nak kongsi sikit tentang menu kekal baru keluaran McDonald's iaitu Smoky Grilled Beef Burger yang telah pun dijual mulai 26 Mac 2018 yang lepas.


Untuk menu Smoky Grilled Beef Burger ini, ia menggunakan daging lembu yang dibakar dan disalut dengan sos istimewa iaitu sos chipotle yang merupakan sos istimewa Mexico. Sos ini dihasilkan menggunakan cili jalapeno yang dibakar sebelum dijadikan sos. Kiranya menu ini macam sihat sikit lah sebab katanya dibakar. Hehe! Jadi, harga untuk menu ini ialah RM14.95 untuk set lengkap yang didatangkan khas dengan kentang goreng dan air bikarbonat. Kalau nak beli ala carte pula cuma bayar RM12.95.


Jadi, sebelum makan Hans ambil gambar kotaknya dulu. Kotaknya tak besar pun. Biasa-biasa sahaja tetapi sekali pandang macam lawa pula kotak burger nih. Hahaha!


Taraaaaaaaaaaaaaa!!! Satu yang seronoknya sebab bila buka kotak dan tengok burger dalam keadaan yang cantik dan kemas. Susah juga sebenarnya nak dapat tengok rupa burger yang kemas macam nih tambah-tambah bila waktu-waktu puncak yang ramai orang datang untuk makan tengahari. Tahniah pekerja-pekerja McDonald's cawangan Masjid Jamek.


Saja Hans tunjuk gambar dekat-dekat. Baru ala-ala 3D sikit bila tengok dekat laptop atau telefon hangpa tu. Hahahaha! Tetapi, suka tengok rupa roti dia sebab penuh bijan. Nampak menyelerakan!


Sebelum makan biar Hans bedah siasat dulu tengok apa yang ada di sebalik roti burger nih kan. Jadi, agak menyeronokkan sebab tengok banyak sayur dan sos diletakkan. Memang puas hati lah bila isi di dalam nih padat dan mampat.

.
Lagi sekali saja Hans tunjuk isi dalaman Smoky Grilled Beef Burger nih dekat-dekat. Hahaha! Mesti ada yang menyumpah Hans bila tengok nih sebab terus rasa lapar. Kan? Betul tak? Mengaku jer lah! Hahahaha!


Nampak menyelerakan tetapi bila Hans dah makan dan Hans rasa macam tak ada apa-apa keistimewaan sangat. Sedap tu sedap lah tetapi tak ada yang luar biasa. Yang kelakar tu bila makan untuk gigitan pertama, rasa burger nih mengingatkan Hans pada burger keluaran Burger King. Rasa macam dah pernah makan burger yang rasa macam nih. Apa-apapun, alhamdulillah kenyang dan rezeki sebenarnya sebab bos yang belanja. Hehehe! Jadi, kepada yang nak cuba makan tu boleh lah cuba sebab selera setiap orang kan berbeza. Bagi Hans, burger nih ada rasa dan boleh makan. Sedap tu sedap cuma kalau nak kata unik atau rasa yang berbeza tu tak ada lah. Apa-apapun, selamat menjamu selera. 


SKALA SEDAP : 3 / 5

P/S : SIAPA YANG DAH MAKAN MCDONALD'S HOT N' CRISPY CHICKEN? RASA SEDAP TAK? KER BIASA JER?

34 ulasan:

  1. saya baru makan smoky grilled ni je, memang sedap gila dengan sos cheese dia tu pehh. yg perisa ayam tu belum lagi, org kata rasa dia sama mcm chicken mcdeluxe je

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh tak tahu lah
      untuk saya nak kata sedap gila tu tak lah..hehe
      yang ayam ada yang kata sedap...ada kata tak...
      hahaha...apa-apapun kena rasa sendiri kan?

      Padam
  2. saya tengok ramai yang lebih puji dan suka yang perisa ayam berbanding beef ni sebab rasanya yang lebih sedap dan lebih mantop hehhee.

    p/s: saya tak rasa lagi hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. awal-awal dulu saya tengok ramai yang kutuk yang ayam
      diorang kata daging sedap
      bila saya makan daging...rasa biasa-biasa jer lah...
      haha...senang kata kena rasa sendiri sebab selera lain-lain kan..

      Padam
  3. Dah try juga, stuju dgn hans, mmg ada rasa bega king n a bit tawar, kurang umph! mgkin prepare ms waktu puncak kot, actually takda rasa yg buat aku tuk tringin lagi. So-so je

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe...kan? rasa macam burger king..
      tu lah...

      Padam
  4. terliur lak tengok burger nih..sos chipotle blm pernah rasa lg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheh
      cuba try makan
      kut2 kena selera

      Padam
  5. euuuhhh enaknya, sampe ngiler ngiler nih liat nya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      silalah makan bila berpeluang nanti :)

      Padam
  6. Dah try hari tu..
    Sedap jugak..lapar balik bila tengok..hihi

    BalasPadam
  7. Dah try hari tu.
    Sedap jugak..lapar bila tgk balik..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah sampai 2 kali komen
      lapar betul nih
      haha

      Padam
  8. Tak try pun dua2nya lagi, balik kerja rasa mcm nk ke mcD pulak sbb terliur tgok gambar Hans Hanis ni letak.huhu

    BalasPadam
  9. waduhhh aritu KFC kali ni McD plak.. hahaha
    cuba je sekali kan.. xsedap at least da merasa sekali..
    sedap.. boleh cuba berkali2.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe
      tadi baru try burger mcd yang menu baru lagi satu tu
      esok In Sha Allah update dekat blog

      Padam
  10. akak lom try lagi burger ni, Hans.
    lama dah tak ke mcD. busy lately... malas nak kuar. masak aje kat umah, Hans.
    in shaa Allah weekend ni nak ke mcD la.
    byk dah akak baca review burger ni :)

    BalasPadam
  11. HAri2 hero2 mummy ajak makan ni.. tapi mummy malas..hahaha Nak jugak nasik..kikiki

    BalasPadam
  12. kene try mcd pula. minggu lepas dah try burger kfc mozarella pula. terima kasih kongsi

    | blog aimanabdullah |

    BalasPadam
  13. Xtry lg.. Tgk mcm sedap sos tu ..Kena try tgk camne.. Limited time ke?

    BalasPadam
  14. ini semua dusta ini semua godaan kata kan tidak pd entry iniiiiiiiiiiiiiii diet ku terbangggggg hahahaha

    BalasPadam
  15. Mrs. A dah try smoky grilled beef ini okaylah sedap tapi takdelah wow! sangat.

    Tapi yang smoky grilled chicken belum try lagiks!

    BalasPadam
  16. Biasanya anak lelaki sulung yang rajin jadi tester McD ni.

    Anak kata dia suka yang smoky daging lebih lagi dari ayam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehhe
      wah anak jadi tester mcd
      hehehe

      Padam
  17. Alamak banyak burger kat sini...

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi saya melalui email mohamadhanisismail@gmail.com